Bella POV
Aku diarahkan untuk membawa sebuah guni hitam untuk dibawa ke atas. Iaitu bilik yang sangat gelap dan suram.
Aku segera membuka pintu itu dan kelihatan dua orang sedang menungguku.
Aku memberikan sebuah guni itu kepada lelaki lebih kurang berusia 50 lebih tahun. Orang itu dikenali Sir Marcus iaitu pembantu peribadi kepada seorang pesakit mental, iaitu tuannya.Aku sebenarnya bekerja sebagai jururawat peribadi kepada seseorang yang jutawan dan merupakan orang yang berpengaruh besar dalam dunia perniagaan.
Dia adalah seorang boleh dikatakan penting dalam mana-mana urusan perniagaan terutamanya dalam Syarikat Telekomunikasi. Hampir semua syarikat dari luar negara berebut-rebut untuk bekerjasama dengan syarikatnya kerana syarikat mereka dapat memberikan keuntungan yang agak besar kepada syarikat lain. Syarikat milik majikannya merupakan syarikat ternama dan diiktiraf sebagai syarikat yang paling terbaik dalam seluruh dunia.
Tetapi malangnya, tuannya mengalami gangguan mental iaitu Borderline Personality Disorder
DIFINISI BPD
Penyebab BPD (Borderline Personality Disorder)
Penyebab pasti borderline personality disorder belum dapat diketahui dengan jelas. Namun, beberapa faktor di bawah ini diduga dapat memicu terjadinya BPD:
Lingkungan
Sejumlah kondisi lingkungan yang negatif diduga berperan dalam menimbulkan gangguan kepribadian ini. Contohnya yaitu pelecehan atau penyiksaan semasa kecil dan kehilangan atau ditinggalkan orangtua. Selain itu, komunikasi yang buruk dalam keluarga juga dapat meningkatkan risiko terjadinya BPD.Genetik
Menurut beberapa penelitian, gangguan kepribadian dapat diturunkan secara genetik atau dari orang tua ke anak. Jadi, seseorang yang memiliki anggota keluarga dengan gangguan kepribadian ambang lebih berisiko mengalami kondisi ini.Kelainan pada otak
Berdasarkan penelitian, penderita BPD memiliki kelainan pada struktur dan fungsi otak, terutama pada area yang mengatur perilaku dan emosi. Penderita BPD juga diduga memiliki kelainan fungsi zat kimia otak yang berperan dalam mengatur emosi.Faktor-faktor di atas memang dapat meningkatkan risiko BPD. Namun, bukan berarti seseorang yang memiliki faktor risiko tersebut pasti akan mengalami BPD. Pasalnya, BPD juga tidak mustahil dialami oleh seseorang yang tidak memiliki satu pun faktor risiko di atas.
Sumber dari google
******
Aku sering bertanya kepada pesakit aku a.k.a majikan aku untuk bertanya apakah yang sedang bermain di kepalanya. Tetapi yang menghairankan aku mulutnya tidak henti-henti menyebut nama rakan aku iaitu Lana. Adakah mereka pernah bertemu? Tapi mengapa Lana tidak pernah menceritakan perihalnya pada diriku. Mungkin Lana yang berwajah lain walaupun nama mereka kedengaran sama?
Tetapi aku tetap juga tidak henti untuk mencari empunya badannya.Sir Marcus menuangkan isi dari dalam guni berwarna hitam ke atas lantai.
Sejurus aja tuanku melihat isi tuangan tersebut dihadapanya lalu dia menggapai isi tersebut dan melahapnya dengan rakus umpama seorang yang tidak pernah menjamah makanan bertahun-tahun.
Aku tidak sanggup melihat adegan itu dihadapanku dan aku hanya mampu mengeluh perlahan sahaja kerana sudah terbiasa dengan keadaan ini. Isi tersebut bukanlah isi yang pernah dimakan oleh mana-mana manusia yang lain kerana isi tersebut adalah organ manusia seperti jantung,usus,otak,perut dan daging.
Aku tidak tahu apa puncanya yang membuatkan seleranya meningkat terhadap makanan terkutuk itu. Aku pernah memujuknya untuk makan makanan berkhasiat yang boleh menyehatkan tubuh badannya yang semakin susut seperti sayur,susu,karbohidrat dan sebagainya tetapi dia ingkar dan berkeras untuk meneruskan pemakanannya yang terkutuk itu.
Dia ni kanibal ke?
Aku melihat suruh bajunya dan wajahnya dipenuhi darah kesan daripada darah organ yang masih segar.
Aku ditawarkan pekerjaan ini sejak dua tahun yang lalu dan aku pernah mengajak Lana untuk turut serta bersamaku tetapi dia menolak ajakan ku. Aku bersyukur kerana dia tidak turut serta bersamaku kerana aku risau jikalau dia kecewa dengan pekerjaanku. Sir Marcus lah yang menawarkan pekerjaan ini kepadaku dan berjanji untuk memberi gaji kepadaku sebanyak RM 10000 sebulan. Aku terima dengan hati terbuka walaupun pada mulanya aku agak ragu-ragu tapi demi menikmati kekayaan aku sanggup. Sebab itulah aku mampu membeli di luar kemampuanku kerana dengan gaji yang lumayan aku mampu membeli segalanya.
Disebabkan godaan duit bernafsu syaitan aku sanggup melakukan perbuatan terkutuk ini!
Ya tuhanku, ampunilah hambamu ini ya tuhanku kerana aku melakukan perbuatan yang bertentangan dengan ajaranmu iaitu MEMBUNUH ORANG.
Sebelum aku memulakan pekerjaan ku, aku diberi kursus latihan dari Sir Marcus cara-cara untuk melayan emosi tuanku dan membunuh manusia demi mendapatkan makanan organ yang segar kepada tuanku.
Aku diajar sehingga mahir dalam melakukan pekerjaanku.
Seusai sahaja tuanku habis menjamu seleranya, aku segera membersihkan sedikit sisa organ di atas lantai dan membersihkan tubuh tuanku.
Tuanku hanya membiarkan sahaja perbuatanku kerana dia sudah terbiasa dengan layananku.
Selepas itu aku segera menapak keluar dari bilik tuanku dan melaksanakan tugasanku seterusnya....
Tidak mengapalah, demi majikan TUAN DAVIS MAXWELL, aku sanggup melakukan apa sahaja...
YOU ARE READING
𝑺𝑬𝑹𝑰𝑬𝑺 1: 𝑫𝑰𝑨 𝑳𝑬𝑳𝑨𝑲𝑰 𝑷𝑺𝑰𝑲𝑶🚫(𝙲𝙾𝙼𝙿𝙻𝙴𝚃𝙴)
TerrorKisah seorang perempuan bernama LANA LYNNE terpaksa mengharungi dugaan untuk berhadapan dengan lelaki bernama DAVIS MAXWELL yang kejam,gila,psiko dan kanibal. Hidupnya mula berubah 360° apabila menjadi mangsa culikan oleh lelaki iblis itu. "Aku saya...