Alangkah terkejutnya aku apabila mendapati bahawa ada mayat manusia yang habis dirobek dengan kejam di dalam bilik tersebut. Terdapat cebisan usus yang terburai membuatkan aku hampir loya. Tangan dan kakinya juga telah dipotong. Banyak darah yang mengalir daripada tubuhnya.
Aku terus menutup pintu dengan cepat kerana tidak sanggup melihat tubuh tersebut. Aku segera melangkah dengan cepat untuk menjauhi bilik tersebut. Mood aku untuk membuka pintu yang lain mula hilang kerana takut sekiranya ternampak benda yang mengerikan.
Ya ampun!!! Jantan ni seriel killer ke? Siapa dia ni sebenarnya?
Aku terlihat terdapat laluan pengudaraan angin pada celah dinding tersebut. Laluan tersebut terletak atas sedikit lebih kurang paras bahu aku. Lebih kurang macam laluan longkang. Aku terus membuka penutupnya dengan menggunakan pisau yang memang sudah tersedia pada tangan aku.
Dah tiberr pula nak jadi spy
Setelah aku berjaya membukanya, aku terus memasuki ke arah lubang tersebut nasib baiklah badan aku tidak begitu besar sangat dan cukup-cukup muat untuk aku melaluinya. Selepas itu aku mengesot dengan cepat sehinggalah aku menemui jalan keluar. Boleh dikira jauh jugaklah aku mengesot.
Kemudian aku ternampak cahaya dihadapanku. Cahaya itu ditembusi melalui pintu laluan udara satu lagi. Aku segera mengumpulkan tenaga aku untuk aku mengesot dengan lebih cepat lagi. Tiba-tiba aku terdengar suara daripada pintu laluan udara tersebut. Aku segera mengesot ke arahnya. Aku cuba mengusya melalui pintu tersebut. Nasib ada lubang kecil yang boleh bantu aku untuk melihat apa yang berlaku disana. Rupanya tempat tu adalah makmal.
Aku terlihat ada sesusuk tubuh yang berpakaian seperti seorang saintis. Dengan kotnya yang berwarna putih. Terdapat banyak hasil uji kaji yang sedang dijalankan olehnya. Aku juga ternampak ada juga bahan kimia yang berbahaya di sana.
Di sana juga terdapat haiwan liar yang terkurung di dalam sebuah sangkar. Lelaki tersebut sedang menyedut cecair dengan menggunakan alat penyuntik. Kemudian, dia menyuntik ke arah haiwan liar yang dikurung di dalam sangkar.
Haiwan liar itu menjadi lebih ganas dengan gigi taringnya tiba-tiba menjadi lebih panjang dan tajam. Matanya tiba-tiba bertukar menjadi warna merah. Badannya membesar dengan lebih cepat berbanding saiz normalnya.
Dia boleh ubah binatang tu jadi macamtu?
Kemudian lelaki itu mengambil daging dan memberikan kepada haiwan tersebut untuk menenangkannya. Haiwan liar itu lantas diam setelah habis memakan daging itu dengan rakus. Lelaki itu membuka topeng mukanya.
Hati aku bertambah debar apabila mendapati bahawa lelaki itu adalah Dave!!
Dave segera mengambil satu beg besar yang berwarna hitam. Kemudian,dia terus membuka zip beg tersebut. Aku terdengar suara tangisan bayi daripada beg tersebut.Yang lebih mengejutkan lagi adalah memang ada seorang bayi dalam beg tersebut! Kenapa Dave sanggup melemaskan seorang bayi dalam beg itu? Adakah dia seorang yang tidak berperikemanusiaan?
Kemudian Dave meletakkan bayi yang sedang menangis itu ke atas meja makmal.
Apa yang lebih menakutkan lagi adalah Dave mencapai sebilah pisau yang tajam. Dia mendekati ke arah bayi yang sedang kuat menangis.Dengan tanpa belas kasihan, dia terus....
YOU ARE READING
𝑺𝑬𝑹𝑰𝑬𝑺 1: 𝑫𝑰𝑨 𝑳𝑬𝑳𝑨𝑲𝑰 𝑷𝑺𝑰𝑲𝑶🚫(𝙲𝙾𝙼𝙿𝙻𝙴𝚃𝙴)
HorrorKisah seorang perempuan bernama LANA LYNNE terpaksa mengharungi dugaan untuk berhadapan dengan lelaki bernama DAVIS MAXWELL yang kejam,gila,psiko dan kanibal. Hidupnya mula berubah 360° apabila menjadi mangsa culikan oleh lelaki iblis itu. "Aku saya...