Lana POV
Aku berlari di sekeliling semak. Kakiku penuh dengan calar balar disebabkan oleh duri yang terdapat pada tanah. Aku masih lagi berlari di sekeliling hutan tebal yang terpancar dari cahaya bulan purnama yang mekar.
Disebabkan aku terlalu letih akibat menghabiskan masa dengan berlari tidak tentu arah. Aku terus bersandar di pohon pokok yang agak tebal. Peluh yang membasahi dahiku segera aku lapkan. Perutku berkeroncong kuat akibat tidak diisi dengan sekian lamanya.
Aku terdengar bunyi derapan kaki seseorang. Hatiku yang tidak tenang secara tibanya terus memaksa kakiku untuk berlari. Serigala itu....
Mahluk itu mesti sudah berada di kawasan ini. Aku harus menjauhi dari kawasan ini. Aku juga turut terdengar suara jeritan binatang buas yang semakin hampir di sini. Kalau tidak memang tamatlah riwayatku di sini. Aku segera berlari dengan perlahan-lahan agar tidak diketahui olehnya.
Sedang aku berlari, entah malang apa yang menimpaku apabila kaki aku terlanggar akar pokok tebal hingga mukaku tersebam ke atas tanah. Aku mula meringis kesakitan akibat menahan seliuh di bahagian kakiku. Aku cuba untuk berdiri tapi apakan dayanya.
Aku terlihat ada sesuatu mendekatiku. Iaitu bayangan hitam yang sukar untuk dilihat rupa fizikalnya. Bayangan hitam itu mula hilang apabila mahluk itu semakin mendekati. Mahluk itu berupa serigala dengan keadaan saiz badannya sungguh besar dan matanya yang sangat merah menajam. Aku mula mengundur sedikit ke belakang.
Kemudian, mahluk itu bertukar kepada rupa manusia biasa. Rupa susuk tubuh itu sukar ditafsir kerana waktu yang sangat gelap ini menutup rupa sebenarnya.
Dia terus mendekati ke arahku hingga aku terlihat senyuman sinisnya. Wajah itu semakin lama semakin terserlah rupa bentuk wajahnya apabila dia mula mengangkat wajahnya. Aku mula tersentak. Dahiku mula mengeluarkan peluh yang tidak terkira jumlahnya.
Aku kenal orang itu. Dan orang itu adalah...
DAVIS MAXWELL
YOU ARE READING
𝑺𝑬𝑹𝑰𝑬𝑺 1: 𝑫𝑰𝑨 𝑳𝑬𝑳𝑨𝑲𝑰 𝑷𝑺𝑰𝑲𝑶🚫(𝙲𝙾𝙼𝙿𝙻𝙴𝚃𝙴)
TerrorKisah seorang perempuan bernama LANA LYNNE terpaksa mengharungi dugaan untuk berhadapan dengan lelaki bernama DAVIS MAXWELL yang kejam,gila,psiko dan kanibal. Hidupnya mula berubah 360° apabila menjadi mangsa culikan oleh lelaki iblis itu. "Aku saya...