"Pergi mana tadi?" Katanya dengan nada yang agak susah untuk ditafsirkan.
Aku pula mula menelan air liur kelat.
"Pergi jalan-jalan kat taman tema gitu-gitu je..." Kataku sambil tersenyum palsu
"Oh ya ke....bukan jumpa jantan lain?" Soalnya.
Jantan lain? Ni mesti bodyguard dia report ni. Memang suka sangat nak tengok aku kena marahkan.
"Tadi tu kami cuma terlanggar je lepastu dia kata sorry dan blah macamtu je. Kami bukannya ada apa-apa pun." Kataku.
"Lepas langgar, falling in love macamtulah?" Katanya
"Awak ni dah kenapa ha? Jangan tuduh saya bukan-bukan boleh tak? Langgar tu memang dah lumrah manusia kalau diorang tak sengaja. Macamni ke nak bina rumah tangga kalau kepercayaan suami isteri pun takda." Kataku
"Ok Im believe you..ingat...kalau kau ada sorok apa-apa kat belakang aku siap kau!" Katanya lalu menaiki tangga meninggalkan aku seorang diri.
Eleh dia curang dengan aku boleh pula siap ada isteri dengan anak lagi. Apa salahnya aku nak curang? Biar aku balas dendam sikit dengan jantan tak guna macam engkau ni. Ada hati nak cakap orang curang...
****
Aku sedang leka memasak ikan tiga rasa. Ni pun aku sendiri volunteer nak masak dari pembantu rumah aku. Takkan duduk rumah 24 jam je tak buat apa-apa kat sini.
Tiba-tiba aku merasakan ada seseorang yang sedang merangkul pingganku dari belakang.
"Sayang kan abang dah cakap jangan masak. Biar suruh pembantu rumah je yang masak.." Kata suamiku
"Biar jelah..bosan juga asyik duduk rumah je..kalau boleh nak juga merasa pegang kuali.." Kataku
"Oklah kalau sayang dah nak, abang tak halang pun. Janji sayang happy. Sayang masa apa dengan ikan ni?" Soalnya
"Masak ikan tiga rasa..." Kataku acuh tak acuh.
Penyibuk lah dia ni. Orang nak masak pun takda mood jadinya kalau asyik-asyik tanya soalan.
"Ok lah abang pergi dulu ya...jaga diri baik-baik tau.." Katanya lalu melabuhkan ciuman pada dahiku.
Kemudian dia beredar dari situ sedang aku ralit memasak.
****
Aku dari tadi berasa senak perut. Kemudian aku mengambil keputusan untuk pergi ke tandas.
Sedang aku melangkah ke arah tandas,aku terlihat susuk tubuh Dave yang sedang bergegas ke arah bilik kerja peribadinya secara senyap. Kemudian hati aku terdetik untuk mengikuti langkahnya secara diam-diam.
Apabila dia sudah melangkah masuk ke dalam biliknya sambil menutup pintu,aku mengambil peluang untuk menekupkan cuping telingaku pada permukaan pintu.
Aku terdengar dia sedang berbicara dengan seseorang...
"Sayang buat apa tu?"
.....
"Ohh...nanti abang belikan,jangan risau ya.."
.....
"Jangan risau dia takkan perasan punya,sebab abang dah pastikan yang semuanya akan berjalan dengan lancar.."
.....
"Jaga anak kita baik-baik ya. Dan lagi satu jangan lupa makan ubat ya."
.....
"Ya, abang hanya sayangkan isteri abang yang cantik lagikan bak bidadari"
.....
"Bye darling..I love you.."
Taktala aku mendengar perbualan tersebut,hati aku dirobek bak dihiris pisau. Pisau yang sungguh tajam dan beracun. Terima kasih Dave. Terima kasih sebab dah berjaya meletakkan kekecewaan pertama kalinya dalam hati aku. Ingatkan bila aku dah belajar jatuh cinta dengan kau,ia bakal memberi sebanyak sedikit kebahagiaanku. Cintakah aku padanya? Tapi malangnya aku silap. Aku silap kerana memilih lelaki yang setan lagikan dayus dalam hidup aku umpama manusia bertopengkan iblis.
Selama-lamanya hati aku akan tertutup dengan mana-mana lelaki lagi-lagi jantan tak guna macam kau.
Kononnya psiko akan aku,gila akan aku. Tapi dalamannya pula,itu hanyalah lakonan dan dusta semata-mata. Selepas ini aku tidak akan sesekali tertipu dengan cinta palsu kau.
Wahai hati,tolong simpankan hasrat ini buat selama-lamanya. Kerana mungkin hati aku ini bakal berbenihkan sebuah dendam.
YOU ARE READING
𝑺𝑬𝑹𝑰𝑬𝑺 1: 𝑫𝑰𝑨 𝑳𝑬𝑳𝑨𝑲𝑰 𝑷𝑺𝑰𝑲𝑶🚫(𝙲𝙾𝙼𝙿𝙻𝙴𝚃𝙴)
HororKisah seorang perempuan bernama LANA LYNNE terpaksa mengharungi dugaan untuk berhadapan dengan lelaki bernama DAVIS MAXWELL yang kejam,gila,psiko dan kanibal. Hidupnya mula berubah 360° apabila menjadi mangsa culikan oleh lelaki iblis itu. "Aku saya...