Lana POV
Dave memberikanku sebuah beg plastik kepadaku. Aku hanya mencapainya dengan perlahan.
"Aku nak kau pakai benda ni nanti." Katanya dengan perlahan.
Aku membuka beg plastik tersebut dan terdapat baju merah yang sangat cantik sekali.
"Cantik tak?" Katanya
"Can..cantik.." Kataku perlahan.
"Lepasni kau pergi mandi dulu." Katanya.
Dia menjinjing tanganku dan menghantarku ke arah tandas. Dia amat sensitif terhadap langkah terhad aku di dalam rumah ini kerana tempat tinggalku sepatutnya di bilik bawah tanah dan diberikan kawalan ketat sepenuhnya. Peluang aku untuk melarikan diri dari rumah ini sangat tipis.
Dia menolah tubuhku perlahan ke arah tandas. Apabila aku ingin menutup pintu dia cepat-cepat menahannya.
"Jangan sesekali tutup pintu ni." Katanya sambil merenung tajam ke arahku. Aku pula hanya menundukkan wajah kerana terlalu takut.
"Pergi mandi sana." Katanya dengan memberi arahan. Aku pula teragak-agak untuk membuka baju di hadapannya. Mata Dave pula masih setia memandangku.
Aku membuka bajuku satu persatu sehingga tanpa meninggalkan seurat benang. Dave pula memerhatiku dari hujung rambut hingga ke kaki. Matanya tertancap ke arah kemaluanku yang penuh dengan bulu yang lebat.
"Dah makin panjang.." Katanya dengan perlahan.
Aku membuka pancuran air perlahan dan membasahkan seluruh badanku. Badanku pula diperhatikan sepenuhnya oleh Dave. Dia kemudiannya mengalihkan matanya ke arah lain kerana enggan membuatku tidak berasa selesa.
****
Aku menilik baju yang dipakai olehku iaitu baju yang dibeli oleh Dave tadi. Dave muncul di belakangku dan memegang pinggangku.
"Cantik. Kena dengan badan kau." Katanya lalu mencium leherku dengan perlahan.
"Lepasni aku nak ajak kau pergi jalan-jalan." Katanya dengan perlahan. Akhirnya dapat juga aku berpeluang untuk lihat dunia luar. Kerana sudah sekian lama aku terkurung di dalam rumah ini tanpa mengetahui khabar berita dunia luar.
****
Aku memandang di luar tingkap kereta. Terlalu ramai orang yang sedang berjalan-jalan di sisi jalan. Mereka juga tampak lebih bahagia keluar bersama pasangan mereka. Tiba-tiba tangan Dave menghalang penglihatanku untuk melihat luar tingkap kereta dan memaksaku untuk melihatnya sahaja.
Aku pula segera memandang ke arahnya. Mataku sekali lagi tertancap ke arah luar tingkap kereta dan Dave sekali lagi menghalang penglihatanku. Aku pula hanya mampu menunduk ke arah bawah.
****
Kami tiba di tempat letak kereta iaitu di kawasan pusat membeli belah. Dave keluar dari kereta dan membuka pintu untuk aku. Dia memimpinku untuk keluar dari kereta dan memegang erat tanganku. Kami menuju ke arah pintu masuk membeli belah. Mataku pula ralit melihat orang di sekeliling dan inilah kali pertama aku melihat orang baru selain daripada Dave.
Dave mencapai trolley dan tangannya memegang tanganku sambil memegang pemegang trolley tersebut. Aku pula hanya mengikut jejak langkahnya. Kami berada di tempat pembelian cat rumah.
Dave melihat satu tong kecil cat berwarna biru.
"Yang ni cantik tak?" Katanya
"Cantik.." Kataku
"Tak..tak..kita cari yang lebih cerah lagi." Katanya lalu mencari biru yang agak cerah sedikit.
Aku yang dari tadi melihat tong cat rumah dan mataku mula mencari keberadaan Dave yang tiba-tiba hilang dari pandanganku. Aku melihat sekeliling dan mendapati hanya orang asing sahaja di sekelilingku. Aku mula dihantui oleh sesuatu bisikan yang menyuruhku untuk lari menyelamatkan diri. Aku pula merasa agak ragu-ragu dengan bisikan tersebut. Aku mencari orang di sekelilingku untuk meminta tolong. Belum sempat aku menuju ke arahnya. Tiba-tiba sahaja Dave mencapai tanganku.
"Tengok. Aku dah jumpa warna ni. Suka tak?" Katanya. Pergerakkanku mula terbantut dan merasa agak sedikit kecewa. Aku pula hanya mengangguk perlahan dengan keadaan memaksa.
"Jom pergi tempat lain." Katanya lalu memegang tanganku dengan erat untuk mengikuti langkahnya.
To be continue...
YOU ARE READING
𝑺𝑬𝑹𝑰𝑬𝑺 1: 𝑫𝑰𝑨 𝑳𝑬𝑳𝑨𝑲𝑰 𝑷𝑺𝑰𝑲𝑶🚫(𝙲𝙾𝙼𝙿𝙻𝙴𝚃𝙴)
رعبKisah seorang perempuan bernama LANA LYNNE terpaksa mengharungi dugaan untuk berhadapan dengan lelaki bernama DAVIS MAXWELL yang kejam,gila,psiko dan kanibal. Hidupnya mula berubah 360° apabila menjadi mangsa culikan oleh lelaki iblis itu. "Aku saya...