Kedengaran suara seseorang yang sayu sayu di ruang pendengaranku. Aku pantas membuka mataku perlahan lahan. Dan kelihatan cahaya yang samar samar menunjahi ke arah mataku. Dan apa yang membuatkan aku kekeruan adalah...aku sekarang berada di bilikku. Macamana aku boleh ada kat sini? Ajaib betul?
Tiba tiba ada seseorang menunjal kepalaku dan terus menoleh ke belakang. BELLA? Iaitu sahabatku
"Kau tengok aku macam kera mati ni dah kenapa?" Katanya yang merasa pelik dengan perlakuan ku seolah olah baru keluar dari gua.
Aku memandangnya dengan begitu lama dan aku tidak tahu bagaimana aku semudah itu terus berada di tempat ini. Disebabkan aku menahan rindu terhadapnya dan aku terus memeluk sahabatku.
"Kau dah kenapa ni?" Katanya dengan cuak
"Aku rindu kaulah bodoh. Kau tau tak betapa kosongnya hidup aku bila aku kena culik dengan lelaki tak guna tu. Aku hampir kehilangan korang kau tau tak!" Aku menghamburkan segala kata kata rinduku.
Bella pula tercenggang cenggang dengan kataku seolah tidak masuk akal.
"Kau merepek apa ni? Bila masa pulak kau kena culik ni? Bukan kau baru balik dari kerja ke semalam. Aku kejutkan kau sebab kau ni dari tadi tak bangun bangun sampai petang. Tidur mati ke apa ni..." Dia mula menggelengkan kepala
Apa? Aku balik dari semalam? Aku bermimpikah? Tapi hati aku kuat mengatakan bahawa mimpi itu adalah benar. Dan mungkin kesan daripada air sihir budak lelaki acah matang itu mengubah keadaan aku menjadi seperti ini.
"Kau kenapa ni na?" Katanya dengan berkerut di dahi.
"Takdalah, mungkin mainan tidur kot" Kataku dengan keluh.
Aku mula berfikir sejenak-jenaknya. Seseorang mula membuka pintuku dan orang itu adalah ibuku. Ibu? .
"Dah bangun pun anak dara ni. Dah cepat mandi sana, ibu ada buat sarapan tadi" Katanya lalu melangkah keluar dari bilikku.
"Aku tunggu kau kat bawah tau.." Katanya lalu meninggalkan aku seorang diri di sini.
Aku mula terkebil-kebil dan menggelengkan kepalaku. Mimpi tu apa maknanya?
YOU ARE READING
𝑺𝑬𝑹𝑰𝑬𝑺 1: 𝑫𝑰𝑨 𝑳𝑬𝑳𝑨𝑲𝑰 𝑷𝑺𝑰𝑲𝑶🚫(𝙲𝙾𝙼𝙿𝙻𝙴𝚃𝙴)
KorkuKisah seorang perempuan bernama LANA LYNNE terpaksa mengharungi dugaan untuk berhadapan dengan lelaki bernama DAVIS MAXWELL yang kejam,gila,psiko dan kanibal. Hidupnya mula berubah 360° apabila menjadi mangsa culikan oleh lelaki iblis itu. "Aku saya...