Baru aku tahu kisah cerita diorang. Dave rupanya seorang CEO kepada syarikat telekomunikasi. Patutlah kaya semacam. Tapi kenapa tempat waktu aku diculik dulu rumah pun dah sama seperti penjara kat luar sana.
Aku pula mula memaafkan Bella sedikit demi sedikit dengan hati yang terbuka. Kalau dah jadi,jadilah,buat apa nak dikenang lagi. Lagipun aku dah cukup kenal segala keperluan Dave dan Bella melakukan semua tu semata-mata untuk memenuhi segala keperluannya. Tapi bagi aku, salah tetap salah di sisi undang-undang dan aku tidak tahu kenapa aku buat tidak endah je dengan semua ni. Yang penting aku taknak masuk campur.
Bella memberitahu kepadaku bahawa Dave mempunyai penyakit mental dan aku sudah dimaklumkan seawalnya oleh Dave sebelum Bella. Tapi semenjak kami berkahwin, Bella mengatakan bahawa emosinya semakin membaik pulih dan menunjukkan kesan positif. Tapi ada kalanya emosinya bertukar menjadi kesan buruk mengikut situasi. Mengikut situasi? Tapi penting ke bagi aku? Adakah perkara ini akan memberi kesan sampingan kepada aku?
Sir Marcus pula aku dah kenal sewaktu Kami bertemu dengannya dan Dave memberitahu kepada aku bahawa Sir Marcus ini adalah pembantu peribadinya.
******
Aku memasuki bilik aku dan juga Dave setelah habis bergosip dengan Bella. Dave sedang ralit bermain telefon di atas katil. Aku juga turut serta baring di sebelahnya.
"Lama betul borak tadi..." Katanya sambil memandang skrin telefonnya.
"Cakap gitu-gitu je...saya tak sangka ehh yang awak ambil rakan saya sebagai jururawat peribadi awak. Kecil juga dunia ni." Kataku
"Mungkin dah ditakdirkan untuk berjumpa lagi dengan sayang kot.." Katanya
"Awak tak kerja ke?" Soalku
"Taklah, takde mood pulak nak kerja bila sayang dah start tinggal kat rumah ni." Katanya
"Kerjalah...awak jangan nak mengada memanjang ehhh." Kataku
"Sayang..." Katanya
"Apa?" Kataku
"Stay at here forever please?" Katanya
"I will" Jawabku kembali
******
Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Kelihatan Dave sedang tidur dengan nyenyaknya sambil memeluk pinggangku yang ramping ini. Setiap kali aku ingin menukar ke posisi lain ada sahaja dia menghalangku berbuat sedemikian. Mintak kaki betullah....Aku yang merasai kehausan terus sahaja bangkit dan melepaskan rangkulan Dave. Belum buat apa-apa dia terus sedar dari mamainya dan merenungku.
"Mana sayang nak pergi ni?" Soalnya
Cehh, mesti dia ingat orang nak lari dari dia
"Nak minum airlah,haus." Kataku
"Jap abang ambilkan air untuk sayang." Katanya lalu bangkit dari katil.
"Ehh...takpayah saya boleh ambil sendiri. Macam nampak menyusahkanlah pulak." Kataku
"Sayang tak pernah menyusahkan dalam hidup abang. Sudah tiba masanya abang untuk layan sayang baik-baik demi menebus segala kesalahan abang pada sayang." Katanya lalu berlalu keluar dari bilik kami untuk menuju ke dapur
Emosi nampak ayatnya tadi. Lantaklah. Yang penting aku tak sabar nak minum air. Haus!!!
*****
Aku tidak dibenarkan kerja disebabkan bantahan dari Dave. Habistu kedai kek aku macamana? Takkanlah nak buat perhiasan kat sana. Tapi ada jugaklah Dave sudi menghulurkan bantuan pekerja tambahan untuk aku untuk membantu mengambil alih tugas aku disana. Lebih kurang 3 orang macamtu. Kedai tu taklah besar sangat nak bawa ramai sangat orang. Tapi gajinya pula akan dibiayai sepenuhnya oleh Dave dan segala pendapatan hasil daripada penjualan kek itu akan menjadi milik aku. Nampak macam bos besarlah pulak aku ni..he..he..he..Aku tidak dibenarkan melakukan apa-apa kerja dirumah kerana Dave mahu aku untuk fokus padanya seorang sahaja. Macam kena layan dia apa yang dia nak. Contoh suap makanan kat dia, teman dia jalan-jalan. Yang paling penting undang-undang tugas aku sebagai isteri adalah melayannya setiap masa di atas katil. Benda itu wajib selepas dia pulang dari kerja kalau tak kena melenting teruklah padahnya.
Isteri...isteri...Apa boleh buat kalau dah isteri.
Aku menuju ke luar rumah untuk menikmati angin segar bugar ditambah dengan suasana malam yang indah lagikan penuh dengan bulan yang mengambang.
Sungguh selesa apabila wajahku terkena tamparan angin yang meliuk kencang. Tiba-tiba ada seseorang mencuit bahuku dari belakang dan orang itu adalah...
Budak lelaki misteri..
Aku memandangnya dengan perasaan terkejut beruknya kalau pontianak tadi memang aku lari tak cukup tanah jadinya.
Dia merenungku sedalam yang mungkin.
"Kau memang mencari maut bukan?" Katanya seolah memberi amaran
Aku mengerutkan dahi dengan pertanyaannya itu.
"Ada masalah ke?" Kataku dengan agak cuak
"Kau harus berjauhan dengannya kalau kau tidak mahu riwayat kau terhapus begitu sahaja." Katanya
"Kenapa? Aku ada buat sesuatu yang tersilap langkah ke?" Kataku
Tiba-tiba kedengaran namaku dipanggil oleh seseorang tanpa henti. Dave yang datang entah dari mana terus meluru laju ke arahku. Aku memandang di sebelah aku dan mendapati susuk tubuh itu hilang.
"Kau buat apa kat sini?! Masukkk!!!" Katanya dengan perasaan marah
"Saya lepak kat sini je nak ambil angin. Relakslah.." Kataku
"Aku kata masuk,masuk!!! Jangan nak degil!!" Katanya lalu mencapai tangan aku dan menarik aku dengan kasar untuk melangkah masuk di dalam rumah.
Haram kejadah apa yang dia marahkan sangat ni bukannya aku nak lari dari dia pun. Tiba-tiba sahaja kata-kata budak lelaki misteri itu terngiang-ngiang di kepalaku.
YOU ARE READING
𝑺𝑬𝑹𝑰𝑬𝑺 1: 𝑫𝑰𝑨 𝑳𝑬𝑳𝑨𝑲𝑰 𝑷𝑺𝑰𝑲𝑶🚫(𝙲𝙾𝙼𝙿𝙻𝙴𝚃𝙴)
HorrorKisah seorang perempuan bernama LANA LYNNE terpaksa mengharungi dugaan untuk berhadapan dengan lelaki bernama DAVIS MAXWELL yang kejam,gila,psiko dan kanibal. Hidupnya mula berubah 360° apabila menjadi mangsa culikan oleh lelaki iblis itu. "Aku saya...