Aku dari tadi menunggu kepulangan Dave. Jam dah menunjukkan pukul 10 malam tapi batang hidungnya langsung tidak kelihatan. Biasanya lebih kurang pukul 9 malam macamtu dia akan tiba di rumah. Tapi hampeh...
Aku mengambil peluang untuk mengusya di bilik tingkat 3 untuk mengetahui rahsia sebenar budak lelaki misteri itu. Nasib baik tiada Sir Marcus di sini kerana dia juga turut bersama dengan Dave atas urusan kerja.
Aku menuju ke tingkat 3 dan memastikan tiada sesiapa di sekelilingku. Aku membuka tombol pintu itu tapi malangnya berkunci.
Aku memandang pasu bunga di sebelahku seolah-olah menarik perhatianku. Aku mengangkat pasu itu dan mendapati bahawa ada segugus kunci.
Macam kebetulan semacam je tapi lantaklah asalkan aku dah jumpa kunci. Aku membuka tombol pintu menggunakan kunci satu demi satu. Disebabkan banyak sangat kejadah kunci ni jadi terpaksa aku menahan kesabaran.
Dan akhirnya aku berjaya jua membuka kunci tersebut dengan hasil titik peluh aku.
Tanpa menunggu lama lagi,aku terus menerjah masuk ke dalam pintu itu dan menutup semula pintu tersebut agar tidak terkantoi.
Sebaik sahaja aku sudah masuk,aku melihat bilik tersebut penuh dengan patung yang menakutkan bersama aroma bau yang agak memualkan. Bau darah?
Apabila aku memandang sekeliling bilik itu yang kelihatan suram dan gelap,aku terlihat ada banyak tengkorak digantung pada dinding tersebut. Aku tahu yang semua ini adalah mayat mereka dan memang tak salahlah kalau bukan disebabkan oleh perbuatan Dave.
Aku memandang suatu tempat seolah-olah tempat pemujaan seseorang. Tulisan yang terhasil pada tempat pemujaan itu sangat asing bagiku dan sukar untuk difahami.
Aku dapat merasakan bahawa tempat ini adalah tempat pemujaan untuk agama santanism. Ya, agama santanism adalah agama yang memuja terhadap setan-setan.
Aku seolah-olah pernah melihat tempat ini di saluran youtube. Aku masih ingat apa yang pernah dikatakan oleh Dave dahulu bahawa dia tidak mempercayai tuhan dan tidak wujud baginya.Aku berasa agak sedikit kesal dengan perbuatannya dan patutlah dia melarang aku untuk mendekati tempat ini. Aku sebenarnya memerlukan suami yang boleh membimbing aku ke arah jalan yang benar dan bukannya dengan cara terkutuk ini.
Kalau beginilah perbuatan terkutuknya setiap hari, aku kalau boleh tidak mahu hidup bersama dengannya. Biarpun dikatakan isteri derhaka tapi demi berpegang teguh pada tuhan,aku sanggup.
Aku terlihat ada sebuah keranda yang di sudut sana. Aku menuju ke arahnya dan membukanya dengan perlahan. Aku melihat tengkorak yang kecil seolah-olah saiz budak.
"Itu adalah mayat aku.." Aku terdengar suara tersebut dan menoleh ke arah belakang. Budak lelaki misteri...
Wait..what?! Mayat dia? Jadi selama ni pembunuh budak itu adalah Dave?
"Ya,benar sangkaanmu bahawa dialah pembunuhku. Ambilkan mayatku dan hantarnya pada nenekku.." Katanya lalu menghilang daripada pandanganku.
"Lana?..." Aku mencari empunya suara itu dan orang itu adalah Dave. Aduhai kantoilah pulak!!
Dave merenungku dengan tajam dan melihat keranda tersebut terbuka luas. Aku menelan perlahan air liurku dan tidak tahu bagaimanakah nasibku selepas ini....
******
Tanganku diikat bersama dengan kakiku di atas katil. Dave berdiri tegak dihadapanku dan menuduk kearahku sambil merenung tajam kearahku.
"Kenapa kau degil pergi kat bilik tu?" Katanya dengan nada yang agak keras.
"Aku tanya kenapa bodoh sangat pergi kat biliktu sial?!!" Hamburnya lagi
"Kau bunuh budak tu kan..." Ujarku
Dave tersenyum sinis
"Kalau aku bunuh pun apa kene mengenanya dengan engkau?" Katanya dengan sinis
"Kau tau tak perbuatan kau tu dah melampau!!! Lepastu kau puja lagi dengan agama sial kau tu!!" Ujarku
Dave lantas menampar pipiku dengan kuat akibat berasa sakit hati dan aku meringis kesakitan
"Habis selama ni aku bunuh orang kau rilek je. Bukan tu je, bunuh bayi pun aku dah buat banyak kali. Yang kau melenting tetiba ni dah kenapa bukannya tak biasa pun." Katanya
Aku terdiam seketika. Memang benar aku tidak kisah dengan perbuatannya selama ini. Tapi kalini disebabkan aku berasa kasihan dengan budak itu dan aku terpaksa membantahnya untuk menuntut keadilan terhadap budak itu.
"Saya tak kira saya tetap nak tahu kenapa awak buat semuani?" Soalku
"Nak tahu kenapa?" Katanya dengan sinis
"Sebab budak tu dah ganggu aku waktu 3 tahun yang lalu. Taktaulah setiap kali aku nak bunuh orang ada-ada aje dia halang aku. Aku tahu yang budak tu sebenarnya ada motif nak sihirkan aku supaya senang untuk aku dibunuh dengan cepat. Disebabkan aku dah tahu lama motif dia sebenar,so terpaksalah aku bunuh dia awal dulu dan kebetulan mayat dia sesuai untuk dijadikan sebagai bahan pemujaan aku." Katanya
"Kenapa dia nak bunuh awak dan kenapa awak puja semua setan apa kejadah tu?" Soalku
"Sebab aku nak dapatkan kekuatan sihir daripada hasil pemujaan aku untuk dikuasai dalam badan aku. Disebabkan aku makan organ manusialah supaya mudah aku kekalkan semua kekuatan aku. Aku perlukan semua tu supaya senang aku nak lawan mana-mana manusia yang cuba menentang aku." Katanya
"Pasal masalah budak tu, mungkin dia berdendam dengan aku sebab aku pernah bunuh ibu bapa dia waktu entah keberapa tahun yang lalu. Tapi aku memang nak bunuh diorang pun sebab bapa dia tu ada muslihat untuk jatuhkan syarikat aku. Masalahnya diorang tu bodoh sebab mana mungkin syarikat aku sesenangnya nak jatuh dengan mudah sekali sebab aku dah set awal-awal plan untuk pasang perangkap dalam syarikat aku." Katanya lagi
"Memang patut pun dia bunuh awak sebab awak dah bunuh ibu bapa dia. Siapa yang tak sakit hati kalau orang yang kita sayang dibunuh macamtu je. Kalau saya jadi dia pun memang dah jadi arwahlah awak kena saya." Ujarku
"Tapi saya tetap tak suka perbuatan awak yang memuja perbuatan syirik semata-mata untuk dapatkan kuasa apa kejadah indah yang tak masuk akal tu. Saya pun dah macam dalam dunia Alice in Wonderland ada air sihirlah,kuasa sihirlah entah apa kebenda." Kataku
"Jadi selama ni kau lari daripada tempat aku senang aceng dulu tu gara-gara air sihirlah maknanya. Memang hebat sangatlah perbuatan budak bangsat tu." Katanya
"Awak jangan nak hina budak tu ya dan budak tu mati gara-gara perangai setan awak!!" Kataku
"Biarlah dia mati lagipun ni semua punca daripada bapa sial dia tu." Katanya
"Saya nak cerai...." Kataku apa kebenda sebab aku pergi lontar ayat macamni.
YOU ARE READING
𝑺𝑬𝑹𝑰𝑬𝑺 1: 𝑫𝑰𝑨 𝑳𝑬𝑳𝑨𝑲𝑰 𝑷𝑺𝑰𝑲𝑶🚫(𝙲𝙾𝙼𝙿𝙻𝙴𝚃𝙴)
HorrorKisah seorang perempuan bernama LANA LYNNE terpaksa mengharungi dugaan untuk berhadapan dengan lelaki bernama DAVIS MAXWELL yang kejam,gila,psiko dan kanibal. Hidupnya mula berubah 360° apabila menjadi mangsa culikan oleh lelaki iblis itu. "Aku saya...