Aku sedang menyusun kek di dalam showcase. Sedap mata memandang apabila melihat semuanya berwarna warni.
Tiba-tiba Josh datang ke arah aku dengan tidak semene-mene nya.
"Hai,beauty"Katanya
"Kalau takde apa-apa baik kau belah" Kataku seolah-olah menghalau
"Nak tengok sayang kerjalah. Salahke?" Katanya
"Tak payah bersayang sangatlah aku jijik tau tak. Tengok muka kau kat sini pun takda semangat aku nak kerja." Kataku
"Watch your words,darling,before I do something bad at here" Katanya seolah olah memberi amaran.
"Do I care" Kataku seperti tidak peduli
Josh mengeluarkan sesuatu dari koceknya dan menghidupkan api dihujungnya iaitu rokok. Lalu dia menghembuskan asap di sekeliling kedai aku hingga orang sekeliling sekilas itu menutup hidungnya.
"Kau nak buat apa ni jahanam!" Kataku yang tidak berpuas hati
"Kau sendiri yang minta, aku buatlah" Katanya dengan sinis
"Bapak kejadah engkau aku suruh kau buat macamtu. Kalau kau kat sini semata-mata nak tunjuk perangai beruk, pergi blahlah dari sini!!" Kataku
Aku mengheret tubuhnya keluar berjauhan dari kedaiku dan sejurus itu aku memberi amaran kepadanya.
"Ingat!! Kalau kau buat hal lagi dengan aku! Anggap saja aku ni musuh kau!! Remember that!" Kataku seraya meninggalkannya yang terkebil-kebil.
*****
Aku sedang menyiram pokok di sekeliling taman kawasan rumah kami. Memandangkan off day harini, jadi banyaklah masa yang aku boleh buat untuk isi masa lapang. Aku memandang ke arah keretaku dan kereta Bella. Ada sesuatu yang menarik perhatian aku terhadap kereta Bella.
Selepas itu aku melihat sekeliling keretanya dan firasat aku mengatakan bahawa ada sesuatu aura boleh dikatakan agak kuat dari keretanya.
Yang menarik perhatian adalah bonetnya, kenapa aku rasa macam nak geledah dalam tu pun aku tak tahu. Aku cuba membuka bonetnya, tapi tidak berjaya kerana masih terkunci. Memandangkan Bella sedang tidur dalam biliknya, jadi aku senyap-senyap mencapai kunci keretanya yang tergantung pada dinding rumah.
Sejurus mendapat kunci, aku terus membuka kuncinya dan melihat isi dalam bonetnya. Apa yang ada dihadapan aku sekarang ni adalah sebuah guni hitam. Tetapi bau yang sedang berlegar-legar dalam ruang pernafasan aku adalah bau hanyir seolah-olah bau darah.
Aku perlahan-lahan membuka ikatan guni tersebut dan mataku membuntang apabila melihat isi organ di dalamnya. Masa silam terus sahaja menerajuhi mindaku apabila mengingatkan saat Dave memakan jantung bayi sewaktu dirinya diculik olehnya.
"Jadi ni selamanya pekerjaan kau yang haram kejadah tu. Kau membunuh rupanya! Patutlah selama ni kau selalu mengelak kalau aku tanya pasal pekerjaan kau. Aku anggap kau kawan bodoh! tapi tak sangka pulak kau boleh buat kerja terkutuk ni!" Marahku dalam hati
*****
Aku melihat kereta milik Bella sudah berlalu pergi pada waktu siang itu. Selepas itu aku mengemas barang aku yang apa endah dan mencapai kunci kereta dengan perasaan tidak sabarnya. Aku tak sanggup nak duduk serumah dengan pembunuh dan lebih baik aku jauhkan diri aku dari dia. Sebelum itu aku meninggalkan sepucuk surat dan berlalu pergi....
YOU ARE READING
𝑺𝑬𝑹𝑰𝑬𝑺 1: 𝑫𝑰𝑨 𝑳𝑬𝑳𝑨𝑲𝑰 𝑷𝑺𝑰𝑲𝑶🚫(𝙲𝙾𝙼𝙿𝙻𝙴𝚃𝙴)
TerrorKisah seorang perempuan bernama LANA LYNNE terpaksa mengharungi dugaan untuk berhadapan dengan lelaki bernama DAVIS MAXWELL yang kejam,gila,psiko dan kanibal. Hidupnya mula berubah 360° apabila menjadi mangsa culikan oleh lelaki iblis itu. "Aku saya...