Sudah 2 tahun berlalu, sedar tak sedar usia makin mengejarku.
Kerja aku bukan lagi kerja yang dulu iaitu sebagai pekerja di kedai KFC. Sekarang aku mula menceburi dalam bidang perniagaan kek. Banyak aneka jenis kek yang aku jual termasuklah Brownies, Red Velvet, Lava Chocolate, Vanilla Cheese dan sebagainya.
Nak tau kenapa aku mula menceburi bidang ni? Sebab aku dari dulu lagi memang minat kek. Modal pula? Aku dapat daripada sahabat setia aku iaitu Bella Claudia. Macamana dia boleh dapat semua duit tu pun aku tak tau.Kedai Chocolate rainbow ini diusahakan sendiri oleh aku dan juga Bella. Bella kadang kala je datang sini tolong aku sebab dia kata ada pekerjaan lain yang dia kena buat. Dia kata pekerjaan dia tu adalah sebagai jururawat dan aku gembira jugaklah dengan kejayaan dia tu. Tapi yang buat aku pelik adalah.....kerja jururawat apa yang dia buat sampai mampu beli sebuah bunglow yang berharga RM3 juta dan sebuah kereta Porche yang sangat bernilai.
Aku kadang-kadang nak usya juga hospital tempat dia kerja tu tapi dia selalu tak kasi aku chance untuk tengok tempat kerja dia. Ada gajah di sebalik batu ke?
Yang menjadi satu persoalan adalah... Mana lelaki dayus yang lagikan jahanam yang lagikan syaitan yang lagikan kejam? Siapa lagi kalau bukan Dave? Ikutkan hati aku nak aja aku jahit mulut aku gara gara tersebut nama dia sebab dia tu memang sesekali dan diharamkan untuk disimpan dalam almari otak aku. Dah mati ke? Lantaklah, yang penting aku bahagia sedamai damainya.
Tiba-tiba bahu aku dicuit oleh seseorang dari tepi sewaktu mata ku ralit melihat warna warni kek aku dihadapanku.
"Woi, jauh termenung.." Katanya
Sapa lagi kalau bukan Josh
"Takde pape. Pahal datang?" Kataku acuh tak acuh
"Nak tak keluar dengan aku?" Katanya
"Gi mana?" Kataku
"Keluar dating ehhh...maksud aku jalan jalan cari makan" Katanya dengan cepat cepat menukar jawapan.
Tapi aku tak silap dengarkan? Keluar dating? Apa kejadah minah ni?
Ni aku nak simpulkan sikit pasal minah bernama Josh ni. Sepanjang aku berkawan dengan dia kan. Dia ni tak habis habis nak berkepit dengan aku mengalahkan Bella yang dah jadi sahabat aku bertahun lama. Dia ni nanti kalau aku tak terima ajakan dia nanti nak tengking akulah, marah akulah lepastu sepahkan barang entah apa kejadah sampai dia puas. Perangai dia ni tak ubah macam panas baran macam lelaki. Lepastu, yang paling aku geram kat dunia ni adalah dia kadang kadang ada juga dengan sengajanya nak peluk akulah, cium pipi akulah, cubit pipi akulah. Aku geli tahu tak dengan semua tu. Layanan dia terhadap aku tak betah seperti pasangan bercintalah konon. Aku ada juga nak mengelak dari dia tapi tak taulah apa kejadah dia cari aku sampai ke lubang cacing. Benci tau dengan dia ni!! Benci!!
"Camna?" Katanya
"Ok oklah dan tengok keadaan" Kataku dengan dingin
"Ok janji tau!" Katanya dengan teruja sambil mencium sebelah pipiku dan berlalu pergi dari kedai kek aku.
Aku segera mengelap bekas ciumannya di pipi aku kerana aku jijik dan jijik!!
YOU ARE READING
𝑺𝑬𝑹𝑰𝑬𝑺 1: 𝑫𝑰𝑨 𝑳𝑬𝑳𝑨𝑲𝑰 𝑷𝑺𝑰𝑲𝑶🚫(𝙲𝙾𝙼𝙿𝙻𝙴𝚃𝙴)
TerrorKisah seorang perempuan bernama LANA LYNNE terpaksa mengharungi dugaan untuk berhadapan dengan lelaki bernama DAVIS MAXWELL yang kejam,gila,psiko dan kanibal. Hidupnya mula berubah 360° apabila menjadi mangsa culikan oleh lelaki iblis itu. "Aku saya...