Aku membuka mata aku perlahan selepas aku terlelap tidur. Tak taulah dah pukul berapa sekarang sebab aku rasa dah lama sangat aku tidur ni. Mata aku mula melilau untuk mencari jam dinding. Tapi malangnya, jam dinding langsung tidak kelihatan di bilik ini.Aku mengeluh perlahan. Macamana lah bilik sesempurna begini langsung takde jam dinding.
Baru aku teringat waktu tu aku ada bawa beg tangan sekali. Kini aku mula meneliti beg tangan aku di sekeliling, nyamun aku langsung tidak melihatnya. Bukannya apa, kalau beg aku ada senanglah aku nak ambil telefon aku. Tapi takde guna jugak macamana nak menaip kalau tangan pun digari. Kalaulah tangan aku tak digari macamni,mesti senang aku nak usya rak-rak yang lain. Mana tahu boleh jumpa pentunjuk untuk larikan diri.
Tiba-tiba aku terdengar bunyi kasut seseorang yang sedang melangkah ke pintu bilik ini. Dia membuka pintu perlahan dan rupa-rupanya, dia lagi yang datang. Tapi masih pakai topeng muka.
Dia menghampiri ke arah aku dan membuka setiap besi gerigi besi di tangan aku. Selepas itu aku terus menahan tangan aku yang berasa kebas sedikit tadi akibat gerigi besi tersebut.
"Ikut aku..." Ujarnya
Dia segera memimpin tangan aku dan membawa aku ke sesebuah tempat.
"Kalau kau cuba lari dari aku,ingat,pistol ada dengan aku sekarang ni, faham?!!!!" Tegas lelaki itu. Aku hanya mengangguk tanda setuju.
Aku melihat di sekeliling kawasan ini. Seram!!! Dahlah gelap. Tapi nasiblah ada satu dua lampu macamtu kat setiap sudut.Kau pernah kan main game SLENDRINA.
Tapi game tu memang best doh walaupun suka buat jumpscare mengejut. Hehe..
Lebih kurang macamtulah tempat dia. Tempat ni memang banyak bilik. Macam hotel.
Tengok tempat ni terus aku teringat game slendrina. Mana tau ada benda muncul depan aku,naya aku. Nasib ada mamat ni depan aku. Kalau tak,memang aku menangis sorang-sorang kat sini. Maklumlah aku dari kecil memang penakut orangnya!
Tiba-tiba aku terdengar bunyi orang menjerit. Seram weh!!!!
Sewaktu dia memimpin tangan aku. Aku perlahan-perlahan bertanya padanya. Walaupun aku berasa sedikit gagap untuk bercakap. Maklumlah introvet.
"Nama awak Briyan kan?"Dia mengendahkan soalan aku. Nak tau macamana aku dapat tau nama dia. Waktu aku panggil grabcar haritu. Nama yang tertera pada orang yang nak ambil aku adalah Briyan Zakrie. Memang betullah kan nama dia macamtu?
"Anda yakin dengan tekaan anda?" Dia menduga sangkaan aku. Tapi aku masih tak dapat melihat wajahnya. Malu kot?
Janganlah jual mahal kalau muka tu hensem. Nak tengok gak. Hehe...
"Yelah kan" Aku pun seperti tidak pasti dengan jawapan aku. Setelah itu, kami pun berhenti di hadapan sebuah pintu.
Sampailah dia membawa aku ke sesebuah tempat....
YOU ARE READING
𝑺𝑬𝑹𝑰𝑬𝑺 1: 𝑫𝑰𝑨 𝑳𝑬𝑳𝑨𝑲𝑰 𝑷𝑺𝑰𝑲𝑶🚫(𝙲𝙾𝙼𝙿𝙻𝙴𝚃𝙴)
رعبKisah seorang perempuan bernama LANA LYNNE terpaksa mengharungi dugaan untuk berhadapan dengan lelaki bernama DAVIS MAXWELL yang kejam,gila,psiko dan kanibal. Hidupnya mula berubah 360° apabila menjadi mangsa culikan oleh lelaki iblis itu. "Aku saya...