Aku membuka mataku perlahan..
Adakah aku berada di syurga?
Tak..tak mungkin sebab kesalahan aku membunuh diri sudah pastinya tempatku adalah neraka.Tapi mengapa tempat ini seolah olah familiar bagiku? Bilik keberadaanku juga sama seperti bilik iaitu tempatku dikurung hari yang lepas.
Apakah yang sudah terjadi ini? Adakah aku sudah mati? Kalau ya mengapa aku masih berada disini.
Tiba-tiba seseorang telah membuka pintuku secara perlahan-lahan. Dan orang itu adalah
Bella..Bella membawa tray makanan bersama makanan yang disediakannya. Kemudian dia menghulurkanku secawan air kosong kepadaku.
"Minumlah..kau belum stabil lagi.." Katanya
Aku mengerutkan dahiku. Mengapa dia berada disini dan apakah yang sedang berlaku ini? Bukankah aku sudah mati akibat menggantungkan diri? Bagaimana pula aku boleh hidup sewenangnya begitu?
"Aku...masih hidupke?" Soalku padanya
Bella memandangku dengan pandangan hambar.
"Kau ingat kau dah mati?" Katanya
"Macamana aku boleh hidup semula? Bukan aku dah mati ke?" Soalku
"Macamana kau boleh hidup ke, mati ke, tu aku langsung tak tau sebab orang yang nampak kau gantung diri haritu pun Tuan Dave yang nampak." Katanya
"Tapi aku rasa aku dah mati doh.." Kataku
"Kau ni ingat mati je dalam kepala otak engkau tu. Takkan kau tak fikir perasaan orang kat sekeliling kau terutamanya ibu bapa kau. Kau tau tak bila aku tau keadaan kau haritu habis air mata aku gara-gara menangis pasal kau. Apa punya motif kau buat semua tu? Tak takut tuhan?" Katanya
"Aku bukannya apa Bella sebab aku memang dah tak tahan duduk kat dunia ni lagi-lagi duduk dengan setan tu. Dave tu jahat dan dia buat sesuka hati dia je kat dunia ni tanpa kenal hukum dan haram. Dia tu lebih kepada ajaran sesat berbanding ajaran betul. Suami macamtu mampu ke bimbing aku. Aku memang tak sanggup lagi-lagi dia tu adalah pembunuh yang tak berhati perut. Aku jujur yang aku memang tak sanggup nak hidup dengan dia." Bidasku yang panjang lebar.
"Ya bukan kau saja yang tau pasal dia,aku pun tau juga cuma belum tiba masanya nak bagitahu kat kau. Aku takut kalau kau tetiba lari dari dia lepastu tak pasal-pasal aku kena marah." Katanya
"Kalau kau dah tau kenapa tak bagitau aku?! Sanggup kau berahsia dengan kawan kau sendiri.." Kataku
"Sorrylah kawanku. Kau tau-tau kan yang aku ni kerja dengan dia nanti tak semena-mena aku kena buang kerja sayang tu. Aku pun jujur juga yang aku tak beberapa suka sangat dengan kerja haram Tuan Dave tu." Katanya
"Dahlah malas nak fikir panjang-panjang. Satu je yang aku nak tahu macamana aku boleh hidup semula? Pelik bin ajaib" Kataku
"Kau dah jumpa semua roh ke kat sana?" Katanya
"Belum..entahlah.." Kataku yang teragak-agak
"Sebelum tu kau minum dulu air ni dah beberapa tahun aku pegang cawan ni untuk tunggu kau minum." Katanya dengan sarkastik
Aku hanya mencebikkan mulut lalu mencapai cawan tersebut untuk diminum.
"Kalau kau nak tahu..betapa marahnya,sedihnya,kecewanya dia bila dia tengok kau waktu kau gantung diri kau kat sini. Bila dia check nadi kau yang kau memang betul-betul dah mati. Lepastu dia menjerit macam orang gila dan hempas barang sana sini bagai orang gila. Meraung kejadah apa endah lepastu goyang-goyang badan kau untuk hidup semula. Macam pulak hambar dengar tapi kau tau-taulah kan yang Tuan Dave tu macamana. Aku pun turut meraung menangis juga sebab kebetulan aku pun kat situ juga waktu nak pergi kat bilik kau." Katanya
"Aku taknak tau reaksi dia dan lantaklah semua tu. Yang penting aku nak tau macamana aku boleh hidup." Kataku bersungguh-sungguh.
"Yang pasal tu aku tak tau sangatlah tapi lepas 2 hari macamtu tiba-tiba nadi kau bergerak semula. Lepastu Tuan Dave pun menangis kegembiraan dan aku pulak macam what the fuck dan macamana pulak semua tu boleh terjadi walaupun aku agak kekok waktu tu. Serious macam tak percaya tapi gembira tu memang gembiralah. Aku tanya Tuan Dave macamana kau boleh hidup dan dia pula senyap je taknak bagitau apa-apa. Dan sampai sekarang aku masih fikir pasal keajaiban hambar itu." Katanya
Aku pula memikirkan seribu tanda tanya. Aku mesti juga siasat yang apa sebenarnya sudah terjadi.
"Ni kalau Tuan Dave tengok kau sedar ni mesti dia happy. Lagipun dia dah tunggu kau beberapa hari untuk tunggu kau sedar." Katanya
Ceh..ada aku kisah..
YOU ARE READING
𝑺𝑬𝑹𝑰𝑬𝑺 1: 𝑫𝑰𝑨 𝑳𝑬𝑳𝑨𝑲𝑰 𝑷𝑺𝑰𝑲𝑶🚫(𝙲𝙾𝙼𝙿𝙻𝙴𝚃𝙴)
KorkuKisah seorang perempuan bernama LANA LYNNE terpaksa mengharungi dugaan untuk berhadapan dengan lelaki bernama DAVIS MAXWELL yang kejam,gila,psiko dan kanibal. Hidupnya mula berubah 360° apabila menjadi mangsa culikan oleh lelaki iblis itu. "Aku saya...