Dave POV
Aku menyusun setiap gambar Lana yang cantik mahupun sundal di setiap sudut bilikku. Hati ku senang kerana merasakan Lana sedang berada di sisiku.
Sejurus itu aku melihat dua susuk tubuh manusia yang berbogel di sebelah aku dengan keadaan dirinya diikat supaya tidak dapat melepaskan diri.
Aku mendekati ke arah mereka dan mata mereka merenung aku dengan renungan ketakutan.
"Tahan sikit ya, mungkin sakit ni akan berhenti buat selama-lamanya..." Kataku dengan sinis
Aku tanpa membuang masa terus mencapai pisau dan menoreh di bahagian dada mereka untuk mendapatkan jantung yang boleh dikatakan bahagian organ kegemaranku. Seterus itu aku memakan organ tersebut dengan lahapnya.
Susuk tubuh di sebelah aku menjerit ketakutan dengan keadaan mulutnya yang tertutup. Disebabkan mental aku yang makin menjadi-jadi aku terus mencungkil kedua-dua matanya dan menyumbat mata tersebut ke dalam mulutnya. Aku mengugutnya untuk makan.
Selepas itu, aku melihat di bahagian perutnya dan menorehnya menggunakan pisau sehingga darahnya keluar dengan membuak-buak. Aku mencapai ususnya dan melahapnya dengan rakus.
Selepas itu, aku menghumban kedua-dua mayat tersebut di dalam pembakar api. Api tersebut telah menjilat tubuh mereka dengan rakusnya sehingga meninggalkan abu-abu.
Aku tersenyum puas..
******
Dave POV
Seusai sahaja menamatkan mesyuarat di syarikat aku, aku terus melangkah pergi ke arah kereta Lamborghini Veneno. Aku berasa puas hati kerana memenangi projek dengan beberapa kalinya. Dan projek itu bukan calang-calangnya dengan berjumlah RM20 Juta.
Aku tahu ramai yang tidak berpuas hati dengan aku kerana seolah-olah tidak adil bagi mereka kerana langsung tidak diberi peluang untuk mendapatkan projek tersebut. Aku juga telah dianugerahkan sebagai CEO yang berjaya dalam dunia walaupun dalam usia yang muda.
Aku terpaksa menipu Lana tentang taraf hidup aku kerana aku ingin mengujinya sama ada dia cintakan aku kerana wang atau dari kerana hati yang tulus ikhlas.
Memang betul kalau aku nak dapatkan wang mudah saja dengan cara hacker. Tapi hacker untuk menjatuhkan syarikat disebabkan dendam. Aku merupakan CEO dalam syarikat telekomunikasi sudah pastinya mampu menggodam data peribadi setiap negara. Mereka ada juga menjalankan siasatan siapa dalangnya oleh kerana aku seorang yang bijak aku mampu menghapuskan segala bukti. Kalau dibandingkan gaji yang sering aku terima memang tidak akan habis sampai penghujungnya. Aku boleh dikatakan orang yang terkaya dalam dunia ini tetapi ramai yang tidak tahu di sebalik wajah jutawan ini kerana aku lebih pentingkan privasi.
Yang lebih menggembirakan aku adalah aku terlibat dalam membantu penyiasatan data bersama dengan pihak keselamatan iaitu polis dan askar untuk mengesan kedudukan jenayah. Memandangkan aku juga seorang pembunuh bersiri memang mudah bagi aku untuk memantau aktiviti harian mereka agar aku tidak terkantoi dalam rancangan untuk membuat kegiatan penculikan.
Sir Marcus dan Bella kelihatan sedang menunggu aku dalam kereta. Walaupun aku ada penyakit borderline personality disorder, tapi aku masih mampu mengawal penyakitku. Ada kalanya mampu adakalanya tidak mampu kalau aku tidak dapat mengawal perasaan emosi aku sebetulnya. Dalam melakukan setiap pekerjaan juga aku akan dikawal oleh beberapa orang penjagaku untuk memastikan aku dalam keadaan normal.
Hidup aku sudah cukup segala-galanya. Tapi satu yang tidak lengkap iaitu cinta sejati, Lana..
"Wait for me bitch...."
YOU ARE READING
𝑺𝑬𝑹𝑰𝑬𝑺 1: 𝑫𝑰𝑨 𝑳𝑬𝑳𝑨𝑲𝑰 𝑷𝑺𝑰𝑲𝑶🚫(𝙲𝙾𝙼𝙿𝙻𝙴𝚃𝙴)
TerrorKisah seorang perempuan bernama LANA LYNNE terpaksa mengharungi dugaan untuk berhadapan dengan lelaki bernama DAVIS MAXWELL yang kejam,gila,psiko dan kanibal. Hidupnya mula berubah 360° apabila menjadi mangsa culikan oleh lelaki iblis itu. "Aku saya...