BAB 21

10.5K 296 7
                                    

Aku masih lagi tertanya-tanya. Betulke aku dah bebas ni? Jangan aku masih bermimpi sudah. Mana tahu kalau aku buka mata dari tidur dan tiba-tiba aku masih berada di tempat neraka itu. Ya tuhanku, haraplah ini bukan mimpi. Sebenarnya ini yang aku impikan dari dulu lagi. Tolong lah jangan kecewakan hasrat hambamu ini ya tuhanku.

Kataku dalam hati dengan penuh harapan. Tiba-tiba tidak semena-mena aku dilanggar oleh seseorang dari belakang.

"Woi! kau pahal la berdiri kat depan ni! Nak lalu pun susah! Yang kali kalau nak jadi patung, berdiri kat tepi sana takdalah nak menyusahkan orang!" Kata susuk badan itu.

Ya, aku sekarang sedar bahawa aku sedang berada di pusat membeli-belah bersama sahabatku, Bella. Aku tadi sedang menunggunya di hadapan tandas wanita dan seketika itu aku mengelamun sahaja sepanjang menunggunya di luar tandas. Tak tau pula apa nasib yang menimpa ke arahku tiba-tiba dilanggar oleh seseorang minah yang acah tomboy ni.

Dari segi penampilannya, nampak sangat yang dia selekeh dengan rambut pendek serabai seperti lelaki dan berpakaian selekeh tak kurang macam lelaki juga dengan seluar jeans yang koyak sana sini. Mungkin style zaman sekarang kot.

"So? Ada masalah ke?" Kataku dengan sinis

"Ha, memang masalah aku sekarang ni adalah engkau. Kalau ikutkan hati aku, nak aje aku tumbuk muka kau yang acah cantiklah sangat. Tapi nasib kau baik harini sebab kat sini ramai orang. Kalau aku jumpa kau lagi, memang bersepah muka kau kena aku. Blahlah!!" Katanya lalu menolak bahuku dengan kasar.

Aku mendengus geram. Dahlah tomboy ada hati nak berperangai acah macam lelaki. Telur pun takda.

Tiba-tiba Bella memegang bahuku.

"Pahal ni Lana?" Katanya dengan penuh persoalan.

"Tak taulah minah tu. Tiberr je nak mengamuk. Orang halang laluan dia pun nak marah. Sekurang-kurangnya tegurlah baik-baik sikit!" Kataku dengan sisa-sisa yang tidak berpuas hati

"Dah salah kau jugakkan yang bodoh sangat nak halang laluan orang. Dahlah, pandai-pandailah kau tanggung sendiri." Katanya sambil meninggalkan aku.

"Cis! Ada kawan pun serupa macam musuh juga." Kataku lalu mengikut jejaknya dari belakang.

*****

"Weh, kau rasa nak tak tukar job baru?" Kata Bella sambil minum secawan latte coffe di gerai Starbucks.

"Pahal pulak?" Kataku dengan hairan

"Aku ada offer kerja dari seseorang. Dia kata kalau dapat kerja sana boleh dapat gaji yang besar. Dalam RM 10000 sebulan. Kalah dengan gaji kita weh." Katanya dengan teruja

"Kerja apa kejadah sampai RM 10000 tu. Gaji  pilot pun tak lepas" Kataku dengan penuh yakin.

"Masalahnya kerja ni boleh dikatakan berbeza jugaklah berbanding kerja normal yang lain" Katanya

Kerja normal? Maksudnya kerja ni tak normalah gitu?

"Kerja kejadah apa tu?" Kataku dengan berkerut seribu

"Yang tu aku tak tahu sebab dia cuma cakap yang kerja tu memang berbeza dari yang lain. Tapi kena tahan dari segi fizikal dan mental" Katanya

"Tahan dari segi mental dan fizikal? Jangan-jangan kerja haram. Kau ni mudah sangat kena scammer dengan orang lain." Kataku dengan sinis

"Kau ni tak baik berprasangka buruk. Kalau tak percaya,aku bawa kau bersemuka dengan orang tu." Katanya

"Sorry, aku tak terima lagi dan tak hingin pun nak jumpa dia. Aku kalau boleh taknak tukar job aku dan aku rasa job aku tu selesa bagi aku. Sorry ye saya tidak berminat itu semua" Kataku dengan penuh yakin

"Suka hati kaulah orang dah ajak nak tolak camtu jak. Jangan menyesal..." Katanya

"Tidaklah. Adinda tidak sama sekali menyesal." Kataku dengan sarkastik

Sesudah kami melepak di kedai starbucks dan terus beransur pulang ke rumah.

Tanpa mereka sedari ada sesusuk tubuh yang sedang memandang mereka dengan tajam.

Tanpa mereka sedari ada sesusuk tubuh yang sedang memandang mereka dengan tajam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝑺𝑬𝑹𝑰𝑬𝑺 1: 𝑫𝑰𝑨 𝑳𝑬𝑳𝑨𝑲𝑰 𝑷𝑺𝑰𝑲𝑶🚫(𝙲𝙾𝙼𝙿𝙻𝙴𝚃𝙴)Where stories live. Discover now