Selepas aku menyediakan makanan di atas meja, lalu aku pun duduk di atas kerusi.
"Eh!! Siapa suruh kau duduk dulu,mana pinggan dengan sudu aku?!!!"
Eh eleh dia ni,ingat aku ni maid ke nak sediakan itu bagai?! Ambillah sendiri!! Gerutu aku dalam hati. Lepas tu aku lantas mengambil dua pinggan dan dua sudu.
"Mana air?!! "Dia memandang aku dengan bengis.
"Ok macamni, kau ambil air sejuk kat dalam peti sejuk sana,ambil cawan lepastu tuang...FAHAM!.....tu pun nak kena ajar ke?!"
Aku terus mengambil cawan air yang dikatanya tadi. Selepas aku menuangnya aku terus letak cawan yang berisi air tersebut ke atas meja tadi. Tidak semena-mena dia lantas menumbuk perut aku.
"Aarghhh!.." Aku mengerang kesakitan
Bodoh ke apa jantan ni?!
"Kau ni memang dasar perempuan bodoh!!! Takkanlah benda simple macamtu pun kau susah nak buat. Apa kau buat kat rumah parent kau selama ni ha?!!!"
"Sa..saya janji akan jadi lebih baik la..lagi" Padahal dalam hati aku dah sumpah seranah jantan ni. Sakit doh..
"Bagus...."
Selepas habis je makan, dia terus keluar dari bilik ini tanpa berkata apa-apa. Aku hanya mengeluh perlahan dan mengemas pinggan di atas meja. Sebab bukannya apa, dah memang peraturan untuk memastikan tempat ini bersih.
Aku sendawa tanda kekenyangan. Memang sedap kari ayam tadi!! Walaupun aku sudah lama berdiam diri tadi,nyamun hati aku masih sakit dan berharap agar aku dapat keluar daripada tempat ini secepat mungkin dan juga berharap agar dapat bertemu semula kedua-dua ibu bapa aku.
Aku tidak tahu kenapa malang sungguh nasib aku hari ini. Lelaki itu seolah-olah kenal aku dengan lama. Tetapi,aku langsung tidak pernah mengenalinya sebelum ini. Kalau pernah nampak pun..kat mana ye?
****
Aku mengambil peluang untuk baring di atas katil selepas mandi. Aku tidak seberapa suka sangat dengan baju yang aku pakai kerana terlampau terdedah. Seperti pakaian orang pelacur. Aku tidak faham kenapa lelaki itu suka sangat beri aku pakaian sebegini.Sambil aku baring itu, rindu semakin membelenggu dalam diri aku. Aku rindu akan kawan aku,Bella dan ibu bapa aku juga. Mesti mereka tengah risau dengan keberadaan aku sekarang ni disebabkan aku belum pulang ke rumah semenjak hari itu.
Aku tidak faham mengapa lelaki itu mengurung aku di sini? Apa sebenarnya yang dimahukan oleh lelaki itu? Mengapa aku diperlakukan seolah-olah pembantu rumah di bilik ini? Hanya tuhan sahaja yang tau perasaan aku sekarang ini.
Selepas itu aku mengambil peluang untuk membuka tv di hadapanku kerana terlampau bosan. Saluran tv yang ada sekarang ni pun cuma saluran kartun sahaja. Dia ingat aku ni budak kecil ke sampai nak tonton cerita kartun. Haih! Tapi apa boleh buat kalau dah terlampau bosan sekarang ni.
"TIDUR!!!!!..." Aku mula tersedar dan mencari-cari di mana suara itu hadir.
"Oi perempuan!!! Kalau aku suruh tidur, tidur jaklah!!!" Tapi mata aku masih melilau untuk mencari dari mana suara itu datang. Walaubagaimanapun,suara itu memang tidak asing lagi bagi aku kerana suara itu mirip sekali seperti suara lelaki itu. Aku tanpa berdolak dalih terus memadamkan tv dan melelapkan mata dengan perlahan.
YOU ARE READING
𝑺𝑬𝑹𝑰𝑬𝑺 1: 𝑫𝑰𝑨 𝑳𝑬𝑳𝑨𝑲𝑰 𝑷𝑺𝑰𝑲𝑶🚫(𝙲𝙾𝙼𝙿𝙻𝙴𝚃𝙴)
KorkuKisah seorang perempuan bernama LANA LYNNE terpaksa mengharungi dugaan untuk berhadapan dengan lelaki bernama DAVIS MAXWELL yang kejam,gila,psiko dan kanibal. Hidupnya mula berubah 360° apabila menjadi mangsa culikan oleh lelaki iblis itu. "Aku saya...