Lana POV
Sejurus sahaja aku habis bekerja selepas pukul 7 malam, aku terus pulang ke rumah untuk berehat. Aku terus menjalankan rutin harian aku iaitu mandi dan makan malam selepas itu. Nak tunggu Bella balik jangan katakan sebab biasanya dia akan balik lebih kurang pukul 9 malam lebih macamtu. Ya, aku dan Bella memang memutuskan untuk tinggal serumah memandangkan Bella mengajak aku untuk tinggal bersama dirumahnya.
Seusai sahaja habis makan malam, aku terus berada di bilik aku dan menghempaskan diri di atas katil.
Dalam menikmati kelembutan katil, telefon aku tiba tiba sahaja berdering. Apabila aku melihat nama panggilan tersebut terus sahaja mood aku yang baik bak pelangi bertukar menjadi mood nang jahanam.
Sapa lagi kalau bukan budak bernama Josh tu. Orang nak berehat pun tak kesampaian. Aku mengangkat endah tak endah kerana aku dah serik menjawab panggilannya setiap malam. Kalau tak diangkat, menggila lah dia kat tempat kerja aku nanti.
"Nak pa" kataku dengan malas
"Buat apa tu?" Katanya
"Tengah bina keranda kenapa?" Kataku dengan sarkastik
"Eh...jangan macamtu..jahatnya mulut.." Katanya
"Dah waktu malam, tidurlah...nak buat kerja apa lagi memalam buta ni. Dahlah aku nak tidur!" Kataku
Belum sempat aku menutup panggilan dia terus sahaja mencelah
"Jap!! Selamat malam sayang, muahhh!" Katanya lalu menutup panggilan sekilas itu.
Aku meluat dengan cara ucapannya padaku.
Nak taknak, kena jugak terus terang kat dia ni esok.****
Seusai sahaja jam menunjukkan pukul 6 pagi, aku terus bangun dan mandi. Selepas itu aku bersarapan bersama Bella kerana Bella juga bangun awal untuk pergi ke tempat kerjanya.
"Na, nak tanya sikit boleh tak?" Katanya
"Ya, ada apa tuan puteri?" Kataku sambil menghirup mug berisi mocha coffee.
"Kau ada pernah bercinta dengan seseorang tak?" Katanya
"Kau jangan nak tuduh aku bercinta dengan Josh ehh, aku tak lesbian.."Kataku
"Bukan minah tulah..maksud aku,mana mana lelaki 2 tahun yang lalu." Katanya
"Kau merepek apa ni? Mana adalah.." Kataku
"Kenal tak orang bernama Dave?" Katanya
Aku mendengar nama tersebut terus sahaja menghentikan aktiviti aku untuk bersarapan. Jantungku berdegup kencang tanpa keruan.
"Kau merepek apa?! Mana adalah. Jantan mana yang kau sebut ni?" Kataku dengan nada enggan mengambil tahu tentang lelaki setan itu.
"Takkanlah tak kenal langsung?" Katanya
"By the way, aku sibuk dan aku nak keluar cepat ni." Kataku lalu mencapai kunci kereta dan berlalu pergi dari rumah itu.
*****
"Sial,babi,sial!! Macamana dia boleh muncul balik?!! Aku ingatkan kau dah mati jahanam mati lakhnat!! Aku nak bebas bodoh! Aku nak bebas! Kenapa kau ni umpama syaitan berbisa dalam hidup aku ha!!!" Carutku sambil memandu kereta yang tidak tentu arah entah kemana jadah.
"Sapa Dave dalam hidup Bella ha! Macamana dia tahu?!! Ni mesti dia gunakan Bella untuk jejak aku!" Gumamku sendiri
"Ataupun ada something wrong dengan kerja dia selama ni...aku kena juga siasat pekerjaan kejadah Bella ni." Kataku sendiri
YOU ARE READING
𝑺𝑬𝑹𝑰𝑬𝑺 1: 𝑫𝑰𝑨 𝑳𝑬𝑳𝑨𝑲𝑰 𝑷𝑺𝑰𝑲𝑶🚫(𝙲𝙾𝙼𝙿𝙻𝙴𝚃𝙴)
TerrorKisah seorang perempuan bernama LANA LYNNE terpaksa mengharungi dugaan untuk berhadapan dengan lelaki bernama DAVIS MAXWELL yang kejam,gila,psiko dan kanibal. Hidupnya mula berubah 360° apabila menjadi mangsa culikan oleh lelaki iblis itu. "Aku saya...