bab 1

268 17 0
                                    

Bab 1

♥️ 15 TAHUN LEPAS ♥️

•••••••

Aku melajukan langkah ku menuju ke meja makan di hujung kantin. Geram di hati sudah bergelodak tidak berhenti. Hati yang masih panas dari malam tadi masih kekal dengan status 'keep warm'. Walaupun rasa bersalah masih menghantui diri aku,tapi hati tetap kental bahawa dirinya juga turut bersalah.

Makin aku hampir mendekati dengan kumpulan lelaki itu,makin panas hati aku. Manakan tidak. Batang hidungnya tetap aku tidak nampak. Mana kau ni Izriel? Saja cari masalah dengan aku.

Sampai sahaja aku di barisan kerusi tempat kumpulan lelaki itu duduk,terus aku mengambil tempat dan mula bersuara.

"Nampak Izriel tak. Aku nak jumpa dia ni" tanya aku kepada rakam sekelas Izriel.

"Tak nampak pula. Lagipun,dia mana datang awal awal macam ni. Baru pukul 6:50 pagi kot. Dia datang pun paling cepat seminit sebulum pintu pagar tutup." ujar Akhdan.

Kemudian dia menghirup air milo di tangannya. Terliur jugak aku tengok. Milo kot. Gila tak terliur.

Tapi hati kena kental. Ni soal perasaan ni.

"Alah. Lambat lagi ke dia nak datang ni. Kenapa dia datang lambat" ujar aku gedik. Kalau dapat dilihat dari jauh,situasi aku sekarang mungkin seperti perempuan murahan.

Ye lah. Duduk dengan lelaki yang tua setahun dengan kau pagi pagi buta ni. Tapi,bagi aku,tu tak penting sebab aku bukan dating.

"Tunggu je lah. Nanti Izriel sampai lah." ujar Akhdan lagi lalu menghirup lagi air milo sama seperti kawan sebelahnya.

Aku menjulingkan mata ke atas sambil mendongakkan muka mencari kelibat Izriel. Eeeee. Izriel ni. Datang lah awal sikit. Orang dah nak bertugas ni.

Lima minit aku duduk di kerusi bertentangan dengan tiga orang lelaki yang aku tak kenal.

"Ishhh. Lambat lah Izriel ni. Aku dah nak pergi bertugas dekat pagar dah ni." rungut ku sambil memeluk tubuh.

Akhdan yang melihat gelagat aku terus menegakkan badannya sebelum membuka bicara.

"Tak pe lah,Irsa. Kau bagi tahu aku apa yang kau nak cakap dengan Izriel. Nanti aku sampaikan dekat dia." pujuk Akhdan.

Mata aku terus memandang wajahnya.

Boleh percaya ke dia ni. Karang lain yang aku suruh,lain pulak yang dia buat ni. Aku terus mengerutkan dahi aku.

"Percaya lah. Kalau kau tunggu dia,memang ke laut lah tugasan kau tu. " ujar Akhdan kemudian sambung sandar ke kerusi.

Tidak lama aku memikirkan,terus aku membuat keputusan. Yes. Aku cakap dengan dia je. Senang.

"Okay. Kau bagi tahu dia yang aku mintak maaf sebab lari dari dia malam tadi. Aku tak nak jumpa dia sebab aku marah. Ye lah. Kelas tambahan pun nak mula. Dia pulak boleh pulak datang lambat.

Penat aku tunggu dia dengan kawan aku dekat dewan. Tup tup. Cikgu yang jumpa aku. Bukan dia. Tak pasal pasal aku dengan kawan aku ada larian merathon." ujar aku sambil menyilangkan tangan ke dada dan bersandar di kerusi.

"Ouh. Jadi kau lah perempuan yang Izriel nak jumpa time rehat malam tadi?" soal Akhdan dengan riaksi wajah terkejut.

"Ye lah. Aku lah tu. Tapi sebab aku malas nak dengar explanation dari dia,tu yang aku suruh kawan aku halau korang. " balas ku geram. Aku ketap gigi ku buat seketika.

"Ouhh. Faham faham. Tak pe. Nanti aku bagi tahu dia. " ujar Akhdan.

"Boleh percaya ke. Entah entah kau lupa je nanti" balas aku was was. Kecil besar kecil besar je aku tengok Akhdan ni.

ACID'SWhere stories live. Discover now