"Awak buat apa tu?"
Meremang bulu roma aku mendengar suara keras Akhdan. Mulut terketar-ketar hendak menjawab 'salamnya'.
Situasi sebegini, memang nampak seperti aku hendak mencuri sesuatu di tempatnya, tetapi aku bukan nak mencuri. Aku nak bagi hadiah je.
"Ermm. Saya tengah kemas."
"Kemas apa?" suara yang dilontar agak keras. Dia mahu melihat aku pengsan ke apa?
Tubuhnya mendekati aku yang sedang berselindung di belakang kerusi hitam metalik yang agak besar untuk menyorokkan badan.
Tangannya mula menarik kerusi.
Aku gugup. Takkan nak biarkan dia tengok hadiah yang aku letak dekat atas kerusi ini sekarang. Cis. Macam mana dia boleh masuk bilik ini sekarang?
Aku merentap kerusi sebelum di tarik keluar.
"Awak kenapa? Saya nak duduk ni?" suaranya keras.
Tak pernah aku lihat 'birthday boy' marah di saat hari terbahagianya.
"Ermm. Apa kata Tuan turun bawah. Saya boleh temankan." Aku cuba menipu helah Akhdan. Naya aku kalau dia nampak hadiah ini.
"Jom tuan." Aku terus mengajak-ajaknya keluar.
"What the hell are you doing?" umpatnya seketika.
Tak kiralah apa yang kau cakap. Aku tetap tak nak kau tengok hadiah yang aku bagi itu.
Baru sahaja aku dapat membawanya keluar dari bilik, dia tiba-tiba bersuara.
"Sekejap. Saya nak tukar kasut. Kasut saya dekat bawah meja. Awak tunggu dekat luar bilik. Without any excuse!" arahnya keras.
Aku kembali gugup. Seperti jantung mahu jatuh ke lantai. Dunia seperti gelap. Langkah Akhdan aku perhati tajam. Semakin dekat Akhdan dengan kerusinya, semakin laju jantung aku bersenam.
Aku terus keluar dari bilik. Lebih baik keluar sekarang sebelum dia memandang aku dengan wajah yang tidak aku tahu setelah dia melihat patung itu.
Debaran demi debaran membuatkan aku tidak senang duduk walaupun aku sudah berada di luar bilik.
Beberapa saat kemudian, Akhdan muncul dari dalam bilik bersama patung beruang di tangannya.
Aku terbeliak,tetapi cepat-cepat aku membuka tirai teater lakonan.
Wajahnya bisu tiada respon. Aku seperti tertanya-tanya.
"Wah. Ada orang dapat anak patung lah." aku memerlinya setelah kami membisu seketika.
Kental itu penting walaupun dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.
"Saya rasa nak jumpa tukang bersih bilik saya lah." balasnya ringkas.
"Kenapa pula." Aku bingung. Takkan dia nak cakap yang patung beruang tu, cleaner yang bagi. Tak masuk akal betul. Penat aku fikir nak bagi hadiah apa.
"Saya rasa, ni patung anak cleaner tu. Kalau saya tak pulangkan, mesti anak dia nangis."
Aku berhenti berjalan.
Terasa bagai tubuh hendak rebah ke lantai, atau lebih tepat, masuk ke dalam bumi. Hai mambang tanah, ratahlah aku. Cobaan ini tidak terdaya!!!
Mulut terasa melopong seketika. Manakan tidak, hadiah aku dia kata macam itu. Cecair jernih mula menakung di kelopak mata.
Tak apa, Irsa. Kena kuat.
"Saya gurau je. Thanks for the gift." Ujar Akhdan sambil melambaikan tangan patung beruang itu kea rah aku.
YOU ARE READING
ACID'S
Romance𝘗𝘢𝘯𝘤𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘤𝘪𝘯𝘵𝘢 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘮𝘢𝘵𝘢 𝘩𝘪𝘵𝘢𝘮 ••••••••• Akhdan Carlos x Irsa Daneen "Dia ni gila!'' Suara aku bergetar mengungkap kata-kata itu. Puas hati aku. Setelah lama aku bersabar, tiba juga waktu yang paling sesuai. Wajah pelaja...