Aku mengatur langkah menuju ke bilik disiplin. Memang rutin aku setiap hari jumaat dan waktu rehat, aku perlu pergi ke bilik disipiln untuk menghantar buku laporan pengawas. Menyusahkan tapi kehidupan. Terima sahaja lah walaupun separuh hati.
Ezra pula aku tidak nampak dari mula rehat sampai sudah nak tamat waktu rehat. Aku syak dia mesti melencong ni. Kata je bertugas, tapi ada kerja sampingan dengan kekasih dia. Maklumlah, dah lama tak jumpa, banyaklah yang terpendam dan belum dituan keluar.
Beberapa langkah lagi untuk aku sampaike pintu bilik disiplin, satu suara yang agak lantang datang dari dalam bilik. Terkejut aku. Apa sekarang ni orang yang jengkot dah tak boleh nak jalan depan bilik disiplin ke?
Perlahan lahan aku mendekati pintu bilik.
"Apa yang awak buat ni salah tahu tak!!! Awak nak jadi apa huh!!!"jeritnya dari dalam.
Aku denan keadaan takut dan sedikit gementar bersandar di belakang pintu. Kenapa cikgu nak marah aku ni? Sedangkan batang hidung aku pun belum menerjah lai ruang bilik, tiba tiba tengkin orang.
" Suraya Eva, awak tak boleh fikir ke?" soalnya.
Terus lega hati aku. Penat aku pam darah banyak banyak tadi. Rupanya cikgu tak marah aku pun. Aishhhh!!!!
Tidak kedengaran jawab balas dari Sue a.k.a Ikan Pari. Walaupun aku tidak boleh melihat wajahnya, tapi aku pasti yang dia juga mesti sedang menggeletar naik sawan. Aku yang terperasan ni pun dah kecut teruk.
Makin aku ingin mengetai di celah celah pintu,makin dada aku berdebar. Denan kaki aku lagi yang berlu bertongkat, aku rasa baik dengar sahaja dahulu perbualan cikgu dari luar. Itu juga salah satu kerja aku. Perisik sekolah. HEHEHEHHEHE.
"Kenapa awak boleh nak bagi gambar awak yang separuh tidak berbaju kepada seseorang lelaki? Awak tak kesah tentang maruah awak ke,Suraya?"soal cikgu tersebut.
Hati aku terus tersentak. Gambar separuh bogel yang diberi kepada lelaki. Buang tebiat ke dia ni. Aku memang kena jauhkan diri dari dia. Kalau aku terpengaruh sama, habis jatuh maruah mak ayah aku. Mak, ayah, abang , polis, tapi anak penduduk di pusat pemulihan. Fuhhh. Harap dijauh jauhkan lah.
"And you. Awak lelaki bukan, mana sifat seorang lelaki sebenar?? Kenapa awak tak bertidak dengan memberitahu hal ini?"soal cikgu tersebut.
Sekarang aku faham bahawa ada dua orang pelajar di dalam bilik ini. Suraya dan seorang lelaki yang aku syak lelaki penerima gambar Sue. Nak sahaja aku tampar tampar muka dua orang ni. Yang betina, otak tak ada,yang jantan,miang semacam. Makhluk jenis apalah ni.
"Bisu ke dua-dua ni. Saya tanya dari tadi, awak berdua diam je ye?" soal cikgu itu lagi. Aku boleh agak dah yang cikgu itu memang frust.
Aku yang taka da kena mengena ni pun tertonggeng tonging nak mengintai.
BUK!!!
Tongkat kiri aku tiba tiba terjatu dan menyebabkan aku tidak seimbang. Terus aku terjelupuk jatuh betul betul di hadapan pintu. Dalam keadaan cemas ini, memang aku tak sempat nak memandang wajah makhluk di dalam bilik.
Aku mencari tongkat aku dan cuba untuk berdiri. Hati ini rtak berhenti henti berdandut. Mulut pula tak berhenti henti terkumat kamit berdoa agar tiada kekecohan berlaku anata aku denan cikgu itu pula. Gabra tahap kritikal dah ni.
"Irsa? Awak buat apa tu?" soal cikgu tersebut setelah melihat aku yang seperti ulat gonggok nak jadi rama-rama.
Terus aku mengangkat wajah aku memandang cikgu itu. Tertelan air liur aku seraya melihat wajahnya.
"Tak cikgu. Saya terjatuh. Ni saya nak hantar buku laporan. Tumpang lalu ye"ujar aku kemudian beralih pandang ke arah dua orang pelajar yang ditengking dari tadi dan penyebab aku jadi ulat gonggok.
YOU ARE READING
ACID'S
Romance𝘗𝘢𝘯𝘤𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘤𝘪𝘯𝘵𝘢 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘮𝘢𝘵𝘢 𝘩𝘪𝘵𝘢𝘮 ••••••••• Akhdan Carlos x Irsa Daneen "Dia ni gila!'' Suara aku bergetar mengungkap kata-kata itu. Puas hati aku. Setelah lama aku bersabar, tiba juga waktu yang paling sesuai. Wajah pelaja...