bab 13

69 5 0
                                    

Mana pulak si Aril ni tahu tentang dugong jadian?

Kau kenal pulak dugong? –Irsa Daneen.

Aku dengar kau dengan si jenglot tu mengumpat tentang dia dalam kelas malam haritu . –Aril Senget.

Aikkk. Jenglot mana pulak ni.

Seminit kemudian,... ouh!!!!! Ezra. Kahkahkahkahkah. Jenglot?? Kalau aku bagitahu Ez ni mesti esok Aril kena siku skala 6 tepat dekat dahi dia.

Ouhhh. Aku nak tanya tentang alamat rumah dia. Aku rasa rumah dia dekat dengan rumah kau kan? Boleh aku tahu? –Irsa Daneen.

Kau ni sama macam Siti. Asik tanya tentang dia je. Dah lah. Aku cau. –Aril Senget.

LAST SEEN

Aril pergi begitu sahaja. Terkontang – kanting Irsa dibuatnya. Irsa terus beralih pandangan ke hujung katil. Esok memang sah sah diakena jenguk Si Dugong tu dekat padang. Kecoh satu sekolah bila pasukan bola sepak sekolah masuk ke separuh akhir.

Menyusahkan aku betul. Kalau tak, memang tak lahesok aku nak jumpa dia. Buang masa je. Tapi takkan aku nak lupakan visi aku dan biarkan ramai lagi perempuan merana sebabkan dia.

Tak boleh jadi!! Buku sudah pun bertemu dengan ruas. Aku akan ajar kau cukup cukup. Penataku layan drama TV3. Tak kan aku nak biarkan ilmu tu ke laut.

TING!!!

Satu notifikasi masuk ke dalam telefon. Terus aku mencapai capai telefon.

Call aku-Ezra

Pelik. Selalunya kalau dah malam malam buta ni tak pernah pula sicina tulen ni berjaga.

Terus aku mandail no fonnya.

"Hello. Mengigau ke?"soal aku.

Lama Ezra berfikir."Irsa, Akhdan masuk hospital."

Aku termenung aku sebelum manamatkan panggilan. Masuk hospital? Lepas tu kau nak aku buat apa. Meratap lambert lagi nak sedih. Bertambah gembira adalah. Esok tak payah tercongok tepi padang.

Tiba tiba aku sangsi. Apa punca Akhdan masuk hospital? Confirm terseliuh. Jawapan cliché orang tak nak datang sekolah. Menyampah.

Terus aku mengubah posisi aku dan mengadap meja besar yang terselitnya buku rahsia aku.

Berita tergempar hari ini, 'lakonan Akhdan, aku dapat baca'

Sesuai jadi main tajuk dalam buku rahsia ni. Kisah Si Dugong dilanda kesepian kehidupan. KAHKAHKAHKAHKAHKAH.

Aku gelak sendiri sebelum memulakan 'karya'.

>>>>>>>>>>>>>>>

"Huh? Stress? Stress belajar ke?" bertukar reaksi aku setelah mendengar ujaran Ezra.

"Apa ke bengap sangat kawan aku ni. Akhdan, nak belajar? Rebut petir pun tak tentu lagi. Dia stress sebab kau" balas Ezra.

Aku? tak ada pula aku suruh Akhdan melantak pokok pulak tadi. Kenapa nak stress pulak?

Aku mengerutkan dahi.

Ezra yang sudah sebati dengan reaksi aku terus berkata " kau jangan fikir nonsense pulak. Bukan semalam kau balik terus ke. Kau tak tunggu pun sampai perlawanan habis."

Tiba tiba, baru aku teringat yang aku memang balik terus lepas Ezra kena sound dengan Aril. Sebabnya aku memang dah penat. Tak kan nak suruh aku membuta dulu baru boleh balik. Tak tertelan pulak air liur nanti.

PUK

Kepala aku terasa diketuk.

PUK

"Apa yang kau berkhayal lama sangat tu. Karang aku tak cepuk, aku penampor je."marah Ezra.

ACID'SWhere stories live. Discover now