bab 9

67 4 0
                                    

"Sebenarnya, apa yang kau dengar tentang aku kena tangkap dekat luar sekolah tu, tak betul pun. Actually, aku yang tangkap orang dekat luar sekolah. Yang paling pentingnya, orang yang aku tangkap tu Akhdan.

Aku nampak dia tengah peluk someone yang dulu dia sekolah sini tapi sekarang dia berhenti sekolah. "ujar Lucas panjang.

Hiba perasaan aku ketika itu. Lelaki yang aku agung-agungkan itu mempunyai latar belakang yang misteri. Sampah. Menyesal!

"Dah lah, Irsa. Benda pun dah jadi. Kau tak boleh macam ni."pujuk Ezra lalu memeluk belakang aku.

Aku mula lemah. Bagaikan tulang rusuk aku kian lembik dan tidak dapat bertahan lama. Hal tadi pun masih hangat lagi dalam fikiran aku.

Ini bertambah lagi dengan hal yang memang aku anggap keji sekali.

Lucas yang aku anggap teruk dulu sangatlah kontra dengan sifat sebenarnya. Entah kenapa aku rasa bersalah denan Erza.

Memang patut juga aku rasa bersalah dengan dia. Sebabkan vcerita palsu aku, Ezra murung selama seminggu.

Sakit hati ini apabila perangai  yang aku benci adalah perangai orang yang aku sayang. Mata aku mula berkaca. Lara hati ini mengenangkan masalah aku. Aku tak kuat. Aku tak sanggup lihat wajah Akhdan. Aku benci dengan dia. Tapi aku tak berdaya untuk menafikan cinta aku terhadap dia.

Aku masih tidak faham kenapa hati aku masih lagi inginkan dia.
"Irsa, stop crying. Aku takut cikgu syak apa-apa nanti bila kau masuk kelas. Stay calm until the last period." Ujar Lucas sedikit tegas.

Dengan sifat prihatinnya, memori bersama Akhdan terlintas di fikiran aku.
Aku berjalan perlahan lahan bersama Ezra dan Lucas menuju ke kelas. Sebising manapun dataran sekolah itu dengan riuhan dan jeritan murid yang sedang berehat, hati aku masih sayu tidak terkata. Sudah lah. Aku penat. Kalaulah aku mampu mengubah masa lalu.

>>>>>>>>>>>>>>.

"Dah lah tu,Irsa. Seminggu dah berlalu. Kau masih macam ni. Murung diam durjana. Family kau pun dah mula tertanya-tanya dengan perubahan kau ni. Kau kena kuatlah. Jangan sebab seorang lelaki, kau jatuh tersungkur ke tanah. Dia tak berhak buat kau macam ni."ujar Umna.

Dialah satu satunya jiran aku yang sangat rapat dengan aku. Rumah pun selang beberapa buah je dari rumah aku. Hampir setiap petang dia akan menjenguk aku.

Dia juga faham dengan keadaan keluarga aku yang sebok dengan urusan kerja mereka.

Halus sahaja suara dia di hujung katil aku. Itulah dialognya setiap hari tetapi tidak mampu mengubah hala tuju hidup aku.
Aku masih lagi berdiam diri. Aku rasa dengan cara ini sahaja aku mampu teruskan kehidupan aku. Aku rasa takut untuk ke sekolah. Minggu ini sahaja, aku datang ke sekolah hanya sekali. Alasan yang munasabah yang aku mampu beri kepada cikgu adalah aku demam panas.
Memang sepanjang seminggu ini,demam aku kejap on kejap off.

Entah kuat betul aura Akhdan Carlos terhadap aku sampai mampu runtuhkan kehidupan aku.

Ezra juga sekali sekala melawat aku. Ada juga dia berceritakan kepada aku keadaan Akhdan sekarang. Katanya perangai sebelum ini,kembali menyerlah. Entah berapa kali Sue diugut di kantin ataupun di belakang blok. Hidupnya sangat bertentangan dengan aku.

Dia tidak pernah rasa kesepian malah hidupnya lebih bahagia berbanding sebelum ini. Adakah kerana dia sudah berpuas hati melihat aku yang sudah gagal untuk berdiri?

"Irsa, aku balik dulu ye. Aku dah telefon mak kau. Dia kata dia balik lambat. Mungkin dalam pukul 10 atau sebelas macam tu. Ayah kau pun sama. Nanti abang kau dah balik, aku suruh dia panaskan lauk yang mak aku masak." Ujar Umna lalu mendekati aku yang masih memeluktubuh di hujung tingkap.

ACID'SWhere stories live. Discover now