Aku hanya berdiam diri. Tidak bercakap, hanya lakonan kebahagian. Aku dah tak sanggup nak simpan perasaan ni. Sekarang, hanya aku dan buku. Dan tiada lagi sisa-sisa kasih sayang. Aku sudah tutup hati aku untuk lelaki.
Ezra di sebelah turut fokus mendengar segala yang diajar oleh ciku di hadapan kelas. Hidup aku sudah tidak bermakna lagi tanpa kehadiran Akhdan sejak dari tahun lepas.
"Okay, itu sahaja yan saya ajar hari ini, tahniah Irsa, atas pencapaian kamu yang sangat cemerlang ini. Jangan lupa sesi bergambar pukul 10 nanti." Pinta guru tersebut. Aku hanya mengangguk dan tersenyum tawar.
"Waw. Bagus eh kau sekarang. Dah jadi senior contoh dekat sekolah ni. Macam mana exam tengah tahun kau tu boleh naik mencanak markahnya. Kau guna doa apa?" soal Ezra demi menceriakan wajah aku.
Aku hanya menggeleng, malas hendak melayan karenahnya. Aku memalingkan wajah ke luar tingkap. Diketinggian 4 tingkat ini, pemandangan di luar sangatlah cantik. Nak pula memang atas bukit. Tenang.
Ezra yang melihat aku yang mula berubah rentak, kembali bersuara.
"Irsa, kau ingat lagi dekat dia ke? Dah ye. Lupakan dia tau." Pujuk Ezra lalu memeluk bahu aku.
Aku memandang dalam-dalam wajah Ezra. Berat untuk aku meminta pertolongan darinya. Tapi, kalau aku tak buat, aku sendiri akan sedih balik.
"Erza, jom kita rehat dekat kelas Akhdan."ujar aku lembut bercampur dekat esakan. Wajah aku polos apabila Ezra tidak menjawab pertanyaan aku.
"Ez, boleh ye. Kelas sabtu macam hari ni, mana ada orang yang duduk dalam kelas dia, yang datang ni pun tahun 6 je. Sekejap pun tak apa lah." pujuk aku lagi.
Ezra mengeluh perlahan. Berat hatinya untuk membiarkan aku berterusan dalam dunia kerinduan.
Air muka Ezra berubah dan mengangguk perlahan. Terukir senyum manis di wajahnya.
Aku mengelap titisan jernih di hujung mata sebelum berdiri.
Aku memilih meja Akhdan. Sebelum sempat punggung aku mendarat di kerusinya, aku mengusap dahulu mejanya dengan penuh perasaan.
Rindu kau. Tunggu aku ye. Kau tak akan pernah keluar dari hati aku. Sekarang baru aku fahm erti cinta yang pernah kau kongsi dengan aku. Maaf kerana sifat aku dulu, kau terpaksa korbankan. Hari pertama kau tinggalkan aku, aku sudah sayangkan kau sepenuh hati. Kau tunggu aku ye. Bisik hati bersama arus air mata yang deras.
"Diminta, Irsa Daneen dari kelas 6 Seri Melur untuk datang ke pejabat sekarang bersama beg dan barang barang lain." Tiba-tiba satu pengumuman dilakukan setelah aku selesai menghabiskan sisa nasi lemak.
Wajah kebingunan terpahat pada aku dan Ezra. Kenapa aku perlu balik pula? Kelas tambahan belum tamat lagi?
Terus aku masuk ke dalam kelas dan memasukkan semua barang ke dalam perut beg sambil dibantu oleh Ezra.
Laju langkah aku berjalan dek kerana masih tertanya tanya dengan situasi sekarang. Sampai sahaja aku di pintu Pejabat, wajah wajah sembab mak long dan makngah kelihatan. Aku bertambah hairan melihat mereka yang sudah bertambah sesedu tatkala melihat wajah aku.
"Irsa." ujar makngah lembut lalu mendapatkan aku. dienggam tangan aku kuat sebelum membuka mulut.
"Irsa kuat ye sayang. Makngah nak bagitahu yang abang dengan papa Irsa terkorban dalam kemalangan."ujarnya dengan prihatin.
Lutut aku mula hilang kekuatan seblum dipapah oleh maklong. Mata aku sudah tidak berhenti berair setelah menerima kejutan dari mereka berdua. Ukar untuk aku bernafas selarang ini.
YOU ARE READING
ACID'S
Romance𝘗𝘢𝘯𝘤𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘤𝘪𝘯𝘵𝘢 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘮𝘢𝘵𝘢 𝘩𝘪𝘵𝘢𝘮 ••••••••• Akhdan Carlos x Irsa Daneen "Dia ni gila!'' Suara aku bergetar mengungkap kata-kata itu. Puas hati aku. Setelah lama aku bersabar, tiba juga waktu yang paling sesuai. Wajah pelaja...