"Nenek cadang, nenek nak kahwin kah Anisya dengan cucu kawan nenek. Nenek pasti kamu semua kenal dengan cucu kawan nenek tu, dia yang selalu datang rumah pak long. Nama dia Faril. Kamu semua setuju tak?"soal nenek sambil menghayun kakinya yang tergantung di atas kerusi roda.Aku terus memandang wajah abang yang penuh dengan kelesuan. Anisyalah perempuan yang Berjaya menawan hati abang. Walaupun umur mereka sebaya, tetapi pengenalan mereka membawa abang ke satu perasaan yang lain.
"Tapi kan mak, Anisya ni masih kerja lagi. Kenapa mak nak paksa dia kahwin. Entah-entah Anisya ni dah ada kekasih hati sendiri." Balas Mak Ngah.
"Kerja tu sampai tua akan sentiasa ada. Apa kau nak tengok cucu aku ni jadi andartu? Umur pun dah masuk 26."bidas nenek. Memang orang tua ini tidak mahu mengalah betul. Ada juga yang mati lemas dalam kolam tepi rumah pak long ini nanti.
"Tokyah dah buat keputusan, kami akan bagi harta kami kepada cicit-cicit kami. Kalau kami tak kenal dengan cicit kami, macam mana harta nak turun?"ujar atuk pula.
Memang tak sedar diri betul. Umur dah nak masuk lingkungan 80an, harta juga yang difikir. Tak terlintas langsung otak tu nak fikirkan perasaan cucu dia ni. Aku memandang lagi wajah abang yang masih tertunduk. Aku tak kuat betul lah sekarang ni.
"Kalau ayah dah kata macam tu, cuba ayah cari anak along. Entah-entah anak along dah anak anak."bidas mama pula. Memang saja dia mahu memerli pak long yang masih memekakkan telinganya. Dapat aku melihat papa menyuit lengan mama dengan lembut tanda menzip mulutnya.
"Kamu jangan nak libatkan cucu kesayangan aku. Sebabkan kau lah dia lari tinggalkan kami."marah nenek kepada mama. Walaupun aku tidak tahu hal yan menyebabkan keluarga ini porak peranda, tapi aku pasti ada sesuatu berlaku antara mereka.
"Dah lah mak. Janganlah marah adik su. Dia tak bersalahkan tentang hal tu. Sekarang ni, saya nak tanya mak, kenapa anak saya,Anisya yang kena kahwin paksa."potong mak lang pula.
Kalau bukan mak lang yang menghentikan pergelutan ini, memang subuh nanti ke laut lah. Nenek dengan atuk mungkin tak kesah tentang solatnya, malah aku rasa sejadah pun dia tidak kenal.
"Mak nak cicit. Kamu tak faham ke?!"tengking nenek lagi. Kali ini urat di lehernya mula menimbulkan diri. Sengaja mahu buat drama. Nanti, tiba tiba sahaja dia pengsan dan anak anak yang lain terpaksa mengikut rentaknya.
Aku sudah sebati dengan perangai nenek. Tokyah pula seperti tokoh pujaan seniman. Tak lapuk dengan lakonannya yang kadang-kadang berjaya menipu helah kami.
"Dah lah mak. Mari kita tidur dulu ye. Kita sambung berbincang esok ye." Pujuk mak long yang setia menjaga ibu mertuanya.
Seperti biasa, hanya pujukan menantunya yang diterima. Aku sungguh tidak mengerti dengan kehidupan nenek yang sangat memlih kasih. Baginya, hanya keluarga pak long sahaja yang baik. Aku syak nenek ni dah buta ni. Kornea dekat mata dah berkarat.
Segalanya bersurai. Tiada lagi tengkingan dari satu sama lain. Masing masing kembali ke bilik tidur. Aku turut sama kembali ke bilik bersama dengan kakak Anisya. Itulah roommate aku ketika berkumpul.
Kakak Anisya sudah pun terlelap, tetapi mata aku masih terbuka lagi. Hati aku masih bertanya tanyakan keadaan abang sekarang ini. Muram atau gembira? Masih tiada jawapan.
Tanpa berfikir lagi, aku terus mengatur lankah keluar dari kamar cicak ini dan menuju ke ruang tamu di tingkat atas di mana abang akan tidur di situ.Tujuan aku adalah untuk memastikan keadaan abang. Dalam aku geram geram dengan abang, ada juga perasaan sayang aku kepadanya. Dia sahajalah yang setia menjaga aku sejak papa dan mama mula sibuk dengan kerja di pejabat.
YOU ARE READING
ACID'S
Romance𝘗𝘢𝘯𝘤𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘤𝘪𝘯𝘵𝘢 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘮𝘢𝘵𝘢 𝘩𝘪𝘵𝘢𝘮 ••••••••• Akhdan Carlos x Irsa Daneen "Dia ni gila!'' Suara aku bergetar mengungkap kata-kata itu. Puas hati aku. Setelah lama aku bersabar, tiba juga waktu yang paling sesuai. Wajah pelaja...