bab 2

141 13 10
                                    


Di dalam kelas,selalunya aku akan fokus. Semestinya kerana aku kelas nombor dua dari sebelas kelas. Sebab itu lah aku perlu fokus,tapi lain pula hari ini. Fikiran aku asyik diganggu dengan bayangan wajah Akhdan di kantin.

Walaupun itu kali pertama aku berjumpa Akhdan dan berbual dengannya,tapi resah gelisah aku dibuatnya. Lagi lagi waktu dia pandang aku. Aiiiii!!! Tersenyum kerengga aku dibuatnya. Aku menepuk dahi aku yang dari tadi berkerut kerut.

Kemudian aku menepuk pula mulut aku yang tak berhenti tersenyum ni. Dua kali dah aku tepuk mulut aku,tapi masih tersenyum lagi.

Pinggang aku pula dah bengkok bengkok menahan ketawa sampai tak sedar Sir Azman sedang memandang aku.

"Irsa! Why are you smiling like cencorot the whole time?" tengking Sir Azman dari depan kelas.

Terkejut beruk aku dibuatnya. Malu terus aku lagi lagi apabila semua orang memandang aku. Panas sahaja muka aku ni.

"Sorry sir. I'll be more focus now" maaf aku. Itu sahaja lah ungkapan yang mampu aku buat.

Tatkala itu,aku terus memandang keluar tingkap. Memang tempat aku berdekatan dengan tingkap koridor pun.

Sir Azman kembali mengajar semula dengan sedikit tenang.

"Okay class. I have one question for you. Macam mana proses fotosintesis berlaku terhadap tumbuhan? Any volounteer?" soal Sir Azman.

Masing masing menukar kedudukan kepala. Semua memendekkan tengkuknya termasuklah aku.

Aishh. Kalau aku kena soal ni. Habislah. Fotosintesis pun aku tak pernah dengar. Adoi!

"Faster,class. Any volounteer or i'll choose?" soal Sir Azman lagi. Laju tangan aku mencubit lengan Ezra.

"Bangun lah. Kau pandaikan. Nanti dia pilih lagi lah susah" marah ku perlahan sambil tertunduk tunduk.

"Tak nak lah. Susah lah!" ujar Ezra pula.

Panas gegendang telinga aku apabila mendengar respon Ezra.

Adoi. Someone. Tolong lah jawab.
Ujar aku lembut.

Aku menundukkan kepala aku dan menutup muka aku dengan buku sains.

"Oh. Semua tak nak ye. Takpe. I'll choose the greatest one. And it's............. Irsa Daneen,please" jemput Sir Azman menyuruh aku berada di hadapan kelas.

Menggeletar badan aku. Tidak!!!!!!
Merenik peluh yang keluar di dahi aku.

"Irsa. Faster. Come in front,now!" jerit Sir Azman.

Matilahnak. Apa aku nak jawab ni!!!!! Jerit hati aku.

Perlahan lahan aku berjalan ke hadapan kelas. Ezra pula sudah membuat tangan good luck kepada aku. Malangnya hari ini!!!!

Aku berdiri menghadap rakan kelas aku. Masing masing dengan muka menunggu jawapan dari aku. Kemudian aku memandang wajah 'bengis' Sir Azman.

"Start now!" kata Sir Azman lalu melabuhkan punggungnya ke atas meja.

Saat ini,memang aku doakan bahawa meja Sir Azman tu patah. Biar tergolek orang tua tu.

Aku menggenggam tangan mencari kekuatan untuk bersuara. Satu...dua...tiga...

"Ermmm. Fotosintesis tu macam.....errrrrr... Proses untuk tumbuhan. Errrrr... Dia macam proses ......errrrr" memang gagap aku dibuatnya. Apa nak cakap ni......

"Irsa. Faster please! Sir ada banyak lagi nak ajar ni!" marah Sir Azman.

"Errrr. Sir, saya tak faham sangat tentang proses ni." ujar aku sambil mengerutkan dahi. Resah gelisah aku apabila melihat wajah bengis Sir Azman. Riaksi nak makan orang ni. Adoi....

ACID'SWhere stories live. Discover now