" Tuan Akhdan. Maaf ganggu. Saya minta sangat-sangat supaya tuan tarik balik laporan tenatng hal saya dengan Tengku Jabrar. Saya tak nak orang yang tak tahu apa-apa turut kena tempias." Luah aku dengan penuh perasaan. Sudah tidak kira lagi dengan kehadiran Izriel di sebelah aku.
"Apa maksud awak?"
"Maksud saya, kalau Tengku Jabrar tu jatuh hukuman, habislah ahli syarikat yang tak berdosa kena buang kerja. Mana diaorang nak cari duit." Ujar aku. harap sangat boss kesayangan aku ni faham.
" Pasal tu jangan risau. Saya dengan Dad memang pegang saham terbesar dalam syarikat tu. Sebab tu, kami kena pecahkan tembelang dia. Saya tak nak, sebabkan syarikat di bawah syarikat kami jadi punca ekonomi terganggu. Sebab tu kami tengah cuba untuk beli ke semua saham syarikat itu sebelum syarikat lain dapat tahu hal ni." Ujar Akhdan sangat jelas.
" Ouhhhh. Caiya lah Tuan. Banyak pandai." Ujar aku cuba untuk stablkan keadaan. Buat malu je. Konon nak jadi hero, Akhdan lagi laju bekerja dari kau.
"Awak rehat sekarang. Jangan sebok nak bekerja bila saya bagi cuti." Arah Akhdan tegas.
Akak Lova di belakang aku hanya menggelang memandang aku.
"Maaf Tuan Akhdan. Saya dah pesan banyak kali supaya jangan banyak gerak. Tapi itu lah, otak dia kena sampuk kut. Itu yang terencat lain macam tu." Ujar Akak Lova dengan penuh harapan agar Tuan Akhdan tidak meroyan lagi.
Aku hanya menjeling ke atas. Entah bila dia pesan dekat aku pun aku tak tahu.
Aku kembali ke tempat aku sambil dibantu oleh Akak Lova.
"Kau ni Irsa. Tak reti duduk diam-diam ke. Kalau sakit, buat cara orang sakit. Ini tak, kerja nak bongkar rahsia orang je." Marah Akak Lova. Garang macam singa, tapi sayang aku macam singa betina jaga anak.
"Ni satu lagi aku nak bagitahu kau."
"Haaa. Apa-apa?" tidak sabar-sabar pula aku ingin mendengar sesuatu dari Akak Lova.
" Amboi. Gelojoh sama macam kau makan ayam ye." Perlinya.
Aku menjulingkan mata. Sebok lah, aku nak berdangdut ke, metekedarah ke semua nak kritik. "Aishhh cepat lah bagitahu kak."
"Ishh ye lah ye lah. Tapi kau janji, ni rahsia kita berdua je tau. Eh, bertiga, dengan Encik Izriel sekali." Pesannya.
Alku menganguk laju. Daripada tadi aku terangguk-angguk, dia tak juga baitahu. Geram aihhhh!
"Encik Izriel ada bagitahu, waktu Irsa pengsan dalam bilik mesyuarat tu, dia kelang-kabut sangat-sangat. Encik Izriel sendiri nampak ada air yang mengalir dekat pipi Tuan Akhdan. Akak syak, boss kita tu dah macam dulu lah. Dah kenal Irsa."
"Lah, patutlah Irsa rasa ada air yang mengalir dekat pipi Irsa waktu tu. Sebab Irsa ingat lagi, waktu tu Irsa tak larat nak nangis. Tapi Irsa tak tahu sapa yang selamatkan Irsa sampailah sekarang baru Irsa tahu."
Aku menyambung lagi ayat. " Tapi, Irsa tak rasalah akak. Sebab dia pernah cakap, semua pekerja dia, dia akan bertanggung jawab kalau salah berpunca dari dia sendiri. "
"Kalau macam tu, ye lah kut. Ceh! Baru nak bergembira kalau-kalau Tuan Akhdan dah berubah." Ujar Akak Lova dengan keluhan.
"Hmmm. Lambat lagi lah akak. Saya pun tak tahu nak buat macam mana, baki tinggal 3 bulan je lagi saya akan bekerja dekat sini. Kalau gagal, macam dosa saya tak dimaafkan je lah." aku pula mengeluh .
"Tak pe lah. kau makan dulu. Akak ada kerja nak buat." ujarnya lalu bangkit dari duduk.
Aku menganguk melihat Akak Lova pergi.
YOU ARE READING
ACID'S
Romance𝘗𝘢𝘯𝘤𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘤𝘪𝘯𝘵𝘢 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘮𝘢𝘵𝘢 𝘩𝘪𝘵𝘢𝘮 ••••••••• Akhdan Carlos x Irsa Daneen "Dia ni gila!'' Suara aku bergetar mengungkap kata-kata itu. Puas hati aku. Setelah lama aku bersabar, tiba juga waktu yang paling sesuai. Wajah pelaja...