"Irsa,aku sedih lagi lah pasal boyfriend aku. Dalam kelas pun aku bukan fokus sangat. Asyik asyik teringat dekat muka dia. Aku tak sangka yang dia macam tu. Dia baru darjah enam kot. Masih tak cukup umur lagi."bebel Ezra panjang.
Aku yang masih berjalan disebelahnya menuju ke kantin hanya bersimpati melihat dia. Siapa sahaja yang tak sedih bila boyfriend dia curang dengan girlfriend sendiri.
Aku hanya berdiam diri sama seperti ezra disebelahku.
Hampir sahajalangkah aku mendekati meja makan,ada seorang perempuan menghalang langkah aku.
"Hey girl. Are you,Irsa Daneen?"soal perempuan itu.
Aku kemudian memandang Ezra di sebelahku dengan seribu tanda soal.
"Yes. Saya lah tu. Kenapa ye?"soal aku.
Perempuan itu kemudian mengatur langkah menghampiri aku. Apahal minah ni?
"You ke yang tengah hangat di pasaran sekarang ni?" soalnya sinis.
Berlapis dahi aku buat seketika. Minah ni merepek apa. Bila masa aku jadi ikan pulak ni?
"Ermm sorry. Saya tak faham maksud awak. Apa yang awak cakap ni?"soal aku pelik.
''Kesian I tengok you ni, mudah dipermainkan!"ujarnya lagi dengan gaya sinis.
"Awak,saya nak makan ni. Jangan ganggu saya ya. Saya takut nanti tak sempat nak makan pulak."ujar aku cuba melarikan diri dari minah ikan pari ni.
Tetapi perempuan itu tetap menghalang laluan aku. Naik rimas aku dibuatnya. aku menolak kasar tangannya.
"Tunggu sekejap. I nak cakap sesuatu"ujarnya lalu menarik tangan aku untuk membuntutinya.
Aku menjulingkan mata ke atas lalu memandang wajah cina tulen disebelah aku. Bingung aku di buatnya. Perempuan yang aku tidak tahu namanya tiba tiba mengganggu masa makan aku. Perut pun sudah ber-club-ing dah ni.
Hampir dimeja makan,aku terus mengambil tempat dan menarik tangan Ezra supaya duduk disebelah aku manakala minah ikan pari itu sudah melabuhkan punggungnya di kerusi bertentangan dengan aku.
"You nak tau tak,Irsa. Akhdan is not a good guy. He is so pervert!"ujarnya sinis.
Dapat aku lihat senyuman maut yang terukir dibibirnya. Makin berlapis kulit di dahi aku.
"Saya kenal awak pun tak. Awak rasa saya akan percayakan awak?'soal aku pelik.
"Tapi you tak kenal Akhdan jugak"desisnya.
tersentak aku seketika. ada benar jugak apa yan minah ikan pari ni kata. Tapi........
Tiba tiba datang seorang perempuan dari belakang menghala ke meja kami.
Aku mengenali perempuan itu. A.K.A diva overG. Over geletis. Nama dia pulak aku malas nak ambil tahu.
"Sue! Lama aku tunggu kau."jerit perempuan itu lalu duduk di sebelah minah ikan pari.
"Hi,babe. Kan aku dah cakap aku ada hal sikit"ujar minah ikan pari lalu memberikan pelukan mesra kepada diva overG.
"So,siapa perempuan ni? I guest dia orang ni junior kita"ujar diva overG.
Aku pula rasa geram aja melayan kelembekkan badan dua perempuan ni. bengkok sana, bengkok sini. Nama je pakai tudung, tapi perangai nauzubillah!!!
"Yang malay ni,girlfriend baru Akhdan. Yang cina ni pulak aku tak tahu."ujar minah ikan pari sambil memandang aku sebelah matanya. Aku jolok karang tak pasal pasal viral ikan pari buta sesat dekat sekolah.
YOU ARE READING
ACID'S
Romance𝘗𝘢𝘯𝘤𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘤𝘪𝘯𝘵𝘢 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘮𝘢𝘵𝘢 𝘩𝘪𝘵𝘢𝘮 ••••••••• Akhdan Carlos x Irsa Daneen "Dia ni gila!'' Suara aku bergetar mengungkap kata-kata itu. Puas hati aku. Setelah lama aku bersabar, tiba juga waktu yang paling sesuai. Wajah pelaja...