bab 18

52 3 0
                                    

"Kak Farr, singgahlah rumah saya dulu. Kalau balik nanti, takut tak sempat solat pula." Pinta aku. simpati pula aku melihat wajah Kak Farr di sebelah yang sudah lenguh lenguh badan.

Nasib baik memang aku bawa kereta aku, kalau tak, mahu balik naik Grab je lah.

"Ermmmm. Boleh juga. Dekat rumah Irsa ada Ibu kan?"soalnya balik.

Aku yang sedang memandu kereta, sudah mempunyai kawan berborak setelah sekian lama menunggu respon dari jiran sebelah sit.

"Mama dengan Aunty Maryam tu, kalah orang bercinta. 48 jam berkepit aje."balas aku. nasib baik lah Mama tak buat oerangai sampai nak suruh Aunty Maryam tidur dekat rumah tu.

"Biasalah. Bakal besan." Ujar Kak Farr perlahan.

"Apa akak cakap. Saya tengah memandu, akak nak main bisik bisik pulak."balas aku. aku pun dapat bezakan juga orang sedut hingus dengan orang berbisik.

"Oh tak ada apa-apa." Elatnya.

Aku mengerutkan dahi. Ini ada konflik apakah ini? Takkan Kak Farr nak kentut tapi malu nak bagitahu aku kot. Hmmmm. Entahlah. Husnuzon je lah.

"Akak. Irsa nak tanya. Kenapa nama EBA tu pelik sangat?"

"EBA tu, natang apa nya?" respon yang aku tunggu. KAHKAHKAHKAHKAHKAH. Wajah biawak terkejut terpapar di wajah Kak Farr.

"Encik Boss Anas. Nama dia panjang sangatlah. Berbelit lidah ni nak menyebut. Ini belum tambah nama belakang dia tu, apa kejadah yang colour colour tu. " aku memuncungkan bibir.

"KAHKAHKAHKAHKAHKAH. Bukan colour lah Irsa oi. Cullen. Anas Cullen. Tak susah pun nak nyebut nya. Lidah Irsa tu kena adjust sikit nama mat salleh. Mentang-mentang belajar dekat jepun, nama mat salleh pun Irsa susah nak sebut. Akak rasa, orang jepun lagi susah nama diaorang kan?" balasnya panjang sambil mengusap perutnya yang sudah sarat.

"Tak susah. Nama diaorang. Kalau tulis dalam BM pun, tak susah nak sebut. Ini, dari C jadi K. dari U jadi A. Saya tahu juga tentang BI. Tak sangka pulak nama orang pun ada macam tu." Balas aku.

"Itulah Irsa. sibuk layan artis Malaysia sampai tak tahu dunia luar. Banyak je nama mat salleh lah. Chris, Cyron, Carl, Carlos. Tu semua bermula dengan hurus C. Cuma lidah je kena tebalkan sikit." Ujarnya panjang.

Hati aku bedegup laju. Kenapa dalam banyak banyak nama dalam dunia ni, nama tu juga terselit dekat lidah Kak Farr. Kak Farr yang merasai kelajuan kereta makin berkurang berpaling dan menegur.

"Irsa, kenapa perlahan pula Irsa bawak kerata ni. Irsa okay tak?"soalnya.

Aku memandang wajahnya. Aku taknak ingat lagi kisah tu. Kalau aku buka mulut, memang takkan tidur malam aku. Cerita lama. Buat apa dikenang. Aku dah hantar memori aku itu jauh ke dunia Jepun. Luka yang dulu, tak perlulah dihiris lagi.

"Ermm. Tak. Irsa tepersona dengan nama-nama tu. Itu nama saintifik haiwan ke akak?" soal aku kembali melajukan panduan.

"HAHAHAHAHA. Irsa, Irsa. Sah lah yang Irsa memang tak faham apa yang akak sebutkan tadi. Dah lah. akak ngantuk. Akak nak lelap sekejap boleh ye?" soalnya.

Aku hanya mengangguk perlahan. Tidurlah akak. Kalau akak bukak mulut nanti, silap hari bulan, nama Si Lucas, suami Ezra tu pun kene petik juga. EHHH!!! Ezra!!!! Lama tak jumpa dia. Sejak balik KL ni, batang hidung dia pun aku tak nampak lagi. Kalau dekat Jepun ,berborak macam esok nak mati.

>>>>>>>>>>>>>>>

Selesai sahaja menunaikan solat, Akak Farr berdiri di sebelah meja solek aku sambil membelit tudungnya. Mulanya, malas untuk aku bertanya, tapi hati ni meracau-racau dan dibanjiri persoalan.

ACID'SWhere stories live. Discover now