" Sit and calm. We talk professionally."pinta Tuan F. Di dalam bilik yang megah ini, hanya aku, Akhdan, Akak lova dan Tuan F sahaja. Terlalu privasi dan aku rasa seperti semuanya bersekongkol menipu aku, termasuk Akak Lova.
"I resigned. Semua surat saya dah failkan. Here the file." Ujar aku lalu menghulur bekas simpan kertas berbentuk segi empat tepat ke arahnya.
"Irsa, fikir sebelum bertindak." Desaknya tanpa menyambut huluranku.
Wajah Akak Lova sudah kepucatan sama seperti Akhdan. Masing-masing gerun jikalau rahsianya pecah di mulut.
"Saya tak nak fikir lagi. Cukup dua hari saya berfikir. Saya tidak akan senang-lenang membiarkan hidup saya dipermainkan sesuka hati. "
"Irsa, saya tahu saya salah. Saya tak maksudkan untuk gunakan awak. Dengan cara ini sahaja, saya boleh rapat dengan awak." Ujar Akhdan pula. Telinga aku membahang tidak semena-mena.
"Cara apa? Pijak maruah saya semata-mata nak tunjuk yang awak boleh dapatkan cinta saya semudah petikan jari?" aku mengherdik.
"Can you guys tell me the real story? Don't let it hang without a rope or I will cut the rope." Aku mendesak. Memang aku terdesak. Aku tidak snaggup mahu biarkan jiwa raga aku merana lagi.
"Okay. Biar saya explain segala –galanya." Ujar Akhdan lalu menjejakke ruang rehat di hujung sudut sebelum melabuhkan punggungnya ke sofa.
Aku yang duduk bertentangan Tuan F di mejanya hanya memeluk tubuh.
" I'm so sorry Irsa. Memang saya mengaku yang saya sudah lama sihat. Betul apa yang saya katakan kepada awak dua hari lepas di hadapan sekolah rendah kita. Saya sudah lama sihat. Saya juga cukup sifat sebagai seorang lelaki. Kemurungan itu hanya rekaan semata-mata." Ujar Akhdan lemah.
"Wah. Pandai Tuan didik anak tuan. Pemenang pelakon terunggul." Aku mendesisinya lalu melagakan tapak tangan aku.
"Irsa, memang saya yang salah. Saya mintak maaf." Rayu Tuan F.
Aku tidak menghiraukan. Hanya menunggu sambungan cerita dari mulut Akhdan sahaja.
" Saya rasa bahagia bila dapat bertemu dengan awak. Saya tahu, kalau saya tak gunakan cara ini, awak tidak aka nada dekat syarikat ini dan kita tidak akan ada apa-apa hubungan lansung.
Sebab tu, saya suruh Dad email temuduga awak denggan syarikat ini untuk mendapatkan kerja. Satu lagi, saya memang duduk dekat sini. Saya tidak pernah menetap di Johor pun. Saya hanya beri awak masa untuk suaikan diri di sini sehinggalah Dad arahkan Abang saya, Anas untuk pindah ke Johor."
"Maksudnya, awak dah rangka kehidupan saya?" aku mengangguk-anggukkan kepala. Bertapa kejamlah lelaki di sofa itu.
"Saya buat ini untuk kebahagian kita."
"Awak rasa saya bahagia ke dengan keadaan saya sekarang ini?" aku membantah keras.
"Saya dah baca surat yang awak selitkan dekat dalam anak patung tempoh hari."
Aku menelan air liur. Menyesal sungguh aku menulis surat itu.
"Sebelum Irsa mengamuk lagi, biar saya pula yang jelaskan selanjutnya." Tuan F pula yang mengambil alih tugas.
Lenguh dah kepala aku pusing sana, pusing sini.
" Untuk pengetahuan Irsa, dulu memang Akhdan kemurungan. Dia sukar untuk bergaul dengan kaum sejenis mahupun bukan. Dia tertekan apabila masuk ke dalam sekolah tahfiz setelah selesai sahaja menjawab UjIian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Saya mushkil dengan perwatakkan dia dahulu. Seperti yang Irsa tahu, dia sangat liar.
YOU ARE READING
ACID'S
Romance𝘗𝘢𝘯𝘤𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘤𝘪𝘯𝘵𝘢 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘮𝘢𝘵𝘢 𝘩𝘪𝘵𝘢𝘮 ••••••••• Akhdan Carlos x Irsa Daneen "Dia ni gila!'' Suara aku bergetar mengungkap kata-kata itu. Puas hati aku. Setelah lama aku bersabar, tiba juga waktu yang paling sesuai. Wajah pelaja...