bab 6

77 5 0
                                    


Aku melangkah masuk ke dalam bilik sakit yang tidak jauh dari bangku aku duduk tadi.

Terus aku menuju ke sofa dengan berjalan terhincut hincut sambil dipapah Ezra.

Kemuadian,seorang guru masuk ke dalam bilik itu lalu memeriksa keadaan kaki aku.

“Not too serious, but awak kena pergi klinik ni. Dari luaran memang nampak lebam, tapi saya tak tahu pula bahagian dalaman”ujar cikgu tersebut.

“Jadi cikgu,saya kena balik ke?”soal aku pelik.
Aku mula risau dengan keadaan aku.

Memang sekarang ini mama dengan papa sibuk sangat. Kemungkinan besar mereka sukar untuk mengangkat telefon.
Abang aku pula kalau nak sampai ke sekolah, memang lambat. Dengan keadaan jalan yang tak pernah habis kereta lagi.

“Saya rasa parents awak kena datang sekolah lah. Sebab saya takut melarat pulak. “ujar cikgu.
Kemudian, cikgu itu terus meminta nombor telefon mama dan papa.

Berkali kali dia menelefon mereka. Tetapi jawapannya hampa.tiada sebarang respon yang diberikan.

“Tak pe lah Irsa. Biar saya yang hantar awak ke klinik. Saya dah mesej parents awak. Lagi pun klinik tak de lah jauh mana.”cadangnya.

Aku hanya mengangguk setuju. Aku memang sudah aak dari awal lagi. Mengenangkan kaki aku yang masih berdenyut denyut, aku mengiakan sahaja cadangannya.

Aku kemudian memandan Akhdan dan Ezra di muka pintu bilik.

“Korang pergilah kantin. Pergi makan dulu. Cikgu ada dekat sini.”ujar aku.

“Eee. Kau ni. Cuai sangatlah. Nasib baik Akhdan ada. Aku naik atas dululah. Aku ambilkan barang barang kau. Kau memang nak balikkan?”soal Ezra.
“haah. Terima kasih,Ez!” ujar aku.

Kelibat Ezra terus menghilang serta merta.
Aku memalingkan wajah memandang Akhdan yang masih bersandar di muka pintu.

“Awak, pergilah. Nanti cikgu pelik pulak tengok awak yang masih tak berganjak ganjak lagi”ujar aku perlahan agar tidak didengari oleh cikgu.

“Seriously Shiner boleh handle semua ni?”soalnya lalu mengagkat keningnya.

“Boleh. Awak pergilah makan dulu.” Ujar aku lalu bersandar ke sofa.

Tiba tiba seorang lelaki yang Akhdan jumpa tadi kembali mendekatinnya.

Di tangan lelaki itu terdapat sebungkus mee goreng dengan seketul ayam di atasnya serta secawan air milo kegemarannya. Terdapat juga sebungkus air di tangan kirinya.

Terus Akhdan mencapainya lalu menghulurkan kepada aku.
“saya punya ke?”soal aku pelik.
Macam tahu tahu je aku tengah terliur. Aishhhhh!!!!!

“Haah. Ambillah. Awak mesti tengah lapar kan? Ais ni pulak awak tuam dekat tempat bengkak” ujarnya.

Dalam segan silu, aku mengambil juga makan itu. Sakit sakit jugak. Rezeki jangan ditolak. Bersorak gembira perut aku tatkala ini.

“Haaa, baguslah. Sementara saya nak uruskan kerja saya ni, awak makan dulu. Lepas makan kita pergi klinik.harap dah lepas tuam tu,elok sikitlah kaki awak.”ujar cikgu tersebut lalu menyambung kerjanya.

Aku hanya tersenyum memandang cikgu.
Pandangan aku beralih ke wajah Akhdan kembali. Kelibat ‘rider’ tadi pun sudah hilang.

“Terima kasih tau. Ini kali ke dua saya makan guna duit awak”ujar aku.

“It’s okay. Saya pergi dulu ye. Take care,Shiner”ujarnya.

Akhirnya tinggal aku dan guru tersebut di dalam bilik Ini. Aku dengan menikmati makanan dengan penuh selera manakala guru itu sedang buat entah apa kerja pun aku tak pasti. 

ACID'SWhere stories live. Discover now