"Sini. Kau sorok dekat sini." Ujarnya perlahan, membisik.
Menyorok belakang blok adalah perkara terbaik buat ketika ini. Mahu bersemuka dengan Akhdan dalam keadaan muka sembab ni? Memang jauh dari hidup Irsa Daneen.
Aku meninjau ke dalam kelas melalui lubang-lubang dinding.
Akhdan Carlos.
Akhdan terus masuk ke dalam kelas aku. Ada juga dua tiga orang rakannya dari belakang sedang memerhati kelas aku.
"Irsa mana?"soal Akhdan menyinga memandang Aril yang masih terkebil-kebil lagi.
Janganlah kau cakap aku dekat tandas pulak. Si bendul tu bukan boleh harap pun. Sekelip mata sahaja mulut dia itu, melepas.
"Ermmm. Rasanya Irsa ada dekat tandas kot" ujar Aril sedikit gagap.
Bengap!! Aku dah agak dah ni.
Terus Akhdan mengatur langkah keluar dari kelas menuju ke belakang blok. Tempat aku!!!!
"Tunduk-tunduk!" arah Ezra.
Ditolak-tolaknya kepala aku ke ketiaknya. Ya allah. Apa bala ni. Ketiak bau bangkai! Tak pakai deodorant ke?
"Woi. Busuklah ketiak kau! Kalau macam ni,baik aku jumpa dia dari jumpa malapetaka macam ni. "bisik aku.
"Kau kena beruntung. Ketiak aku hero kau tau. Shhhhh"bisiknya.
Aku tidak mengendahkan apa yang diarah. Terus aku mencari dompet untuk mengambil cermin. Telen teruk dah kepala aku. Tak tahu macam mana keadaan tudung aku. Jangan jadi gegelung sudahlah. Terbelit nanti, mati katak pula aku dekat belakang blok ni.
Ketara. Makin Akhdan mendekati aku, makin berzumba jantung aku ni. Nak tak nak. Marathon lah kau malam ni.
Berdesup aku lari masuk ke dalam tandas. Cina itu pulak, aku tak tahu. Harap pandai lah dia berlakon jadi hantu cina sesat belakang blok nanti.
Aku menutup ketat pintu utama tandas. Aku pasti,Akhdan sudah ada di luar menunggu aku keluar.
"Irsa.keluarlah. Saya rindu lah"ujarnya lembut dari luar.
'Rindu kepala otak dia. Sehari suntuk aku dekat sekolah. Kau berindu-rinduan lagi dengan aku. Ada yang kembung air paip nanti. '
Aku kentalkan jiwa aku. Tiba-tiba, lampu tandas terpadam. Ahhh. Berderau dah darah aku. Kalau aku jerit, dia kata aku pengecut. Kalau aku keluar, macam masuk mulut biawak pulak nanti.
"Tak payah lah tutup lampu. Apa dah terencat sangat ke nak tutup lampu tandas?"jerit aku dari dalam.
"Tak payah lah tutup lampu. Nehnehnehnehneh"ejek Akhdan,mengikut ayat aku.
Aishhhh. Otak aku pun dah berdandut. Entah apa yang difikirkan dalam geoap ini.
"Irsa, cuba pandang kiri awak. Lepastu pandang kanan. Nanti pandang atas bawah pulak. Ada nampak apa-apa tak?"pintanya.
Nak takutkan aku ke apa jantan ini. Entah kenapa pula waktu-waktu begini, ada pula lagu iringan yang sengau sedang mengilai-ngilai. Kalau nak diingatkan cerita Mya, kawan aku tu. Dia pernah nampak darah menitik-nitik haritu dalam tandas ni.
Ahh. Aku mengalah. Aku keluar jugak. Oksigen pun dah makin berkurang dalam tandas ni. Maklumlah, mulut serupa vakum. Nyedut je!
Muka aku kelihatan di muka pintu bertentangan dengan Akhdan.
Dak dik duk. Jantung berdebar, amboi!!!
"Keluar pun. Rindu nak perhatikan wajah awak yang comel ni"ujar Akhdan manja.
YOU ARE READING
ACID'S
Romance𝘗𝘢𝘯𝘤𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘤𝘪𝘯𝘵𝘢 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘮𝘢𝘵𝘢 𝘩𝘪𝘵𝘢𝘮 ••••••••• Akhdan Carlos x Irsa Daneen "Dia ni gila!'' Suara aku bergetar mengungkap kata-kata itu. Puas hati aku. Setelah lama aku bersabar, tiba juga waktu yang paling sesuai. Wajah pelaja...