"Irsa sini!!" jerit Ezra. Terus aku menghantar bola kepadanya.
Satu langkah, dua langkah.
Terus dia mencampak bola ke GS dan menjaringkan gol.
Masing masing memberikan tepukan semangat antara sary sama lain.Pritttttttt !!!!!
Bunyi wisel bergema ke seluruh ruang dewan.
Semua wajah bertukar dari riang ke riaksi terkejut. Ada jua yang mendengus.
"Guys. Kalau wisel berbunyi sangat lama dan dua kali, that's means yang permainan tamat.
Tolong jangan main kalau dalam pertandingan sebab saya takut nanti awak kena penalti nanti. Clear?"soal Cikgu Hanei, guru yang melatih aku.Jeling,jeling, jeling.
Aku perati sahaja gelagat senior aku yang selalu mengkritik Ezra. Ada jugak balik bergusi ni karang.
Ezra hanya buat tidak tahu. Memang dia sudah sebati dengan orang yang cemburu buta dengan kecantikan dia.Bawah panas hariterik pun muka dia cun lagi. Aku dekat sebelah dia pun dah melecur.
"Okay semua. Saya nak kamu berkumpul dekat tepi dewan."arah Cikgu Hanei.
Masing masing pelik dengan arahannya. Dewan punya lah besar, yang dekat sudut jugalah yang dia suruh duduk. Apa nanti ada perarakan tarian singa ke dekat tengah tengah padang ni?
Tiba tiba sahaja bunyi bising dari belakang dewan membuatkan aku tidak sedap hati.
Aku menarik tangan Ezra.
"Aku tak sedap hatilah, Ez"ujar aku lembut di tepi telinga Ezra. Tidak mahu perbualan kami didengari oleh mana-mana orang sekeliling kami.Ezra hanya meletakkan jarinya ke bibir, menyuruh aku berdiam diri. Nak tak nak, kena ikut jugak lah. Takkan aku nak terpekik terlolong sorang sorang kot.
Cikgu Huz."Cikgu Hanei. Kalau budak-budak saya duduk rehat dekat sini boleh tak. Padang hujan lah. Team bola sepak ni ramai. Tak muat kalau nak duduk dekat pondok."pinta Cikgu Huz kepada Cikgu Hanei.
MATILAH NAK!!!!!
Cikgu Hanei tiada pilihan. Atas dasar simpati, dia mengalah juga. Dia menyuruh geng bola sepak untuk duduk di atas pentas sementara kami memulakan sesi latihan kami di bawah pentas.
Merenik peluh aku di muka mahupun di belakang. Udah bersauna pula aku ni. Ah.
Memang kena bersauna.
Akhdan Carlos.
Mamat tu lah tergolong dalam kumpulan bola sepak. Tertunduk tunduk aku menuju ke posisi dalam court. Memang kalau sebelum ni aku tak takut dengan dia, tapi sekarang ni aku kena lompat lompat. Bayangkan kalau aku tengah lompat, tiba tiba aku tersadung. Naya!!!!
Banyak kali dia memandang aku di tepi gelanggang.
Banyak kali jugalah aku hilang fokus. Sama ada nak pandang bola ataupun muka dia. Memang muka dia dulu lah aku kena waspada. Ahhhh. Kenapaaku perlu rasa macam ni.?
"Irsa!!!!!!!" jerit Kak Ras sebagai center sekali gus merembat takhta ketua kumpulan kami. Aku mencari cari punca suara oran yang memanggil aku.
Tetapi lain pula yang aku jumpa.
Bola. Bola.
Laju menuju ke arah wajah aku. Tidak tidak! Jangan goal dekat kepala aku.
Aku menjerit.
Siewwwwwwww .
Ezra terbang menangkap bola yang sipi sipi menghentak kepala aku. Dia pun selamat mendarat dan berjaya menyelamatkan aku dari jadi ting tong.
YOU ARE READING
ACID'S
Romance𝘗𝘢𝘯𝘤𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘤𝘪𝘯𝘵𝘢 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘮𝘢𝘵𝘢 𝘩𝘪𝘵𝘢𝘮 ••••••••• Akhdan Carlos x Irsa Daneen "Dia ni gila!'' Suara aku bergetar mengungkap kata-kata itu. Puas hati aku. Setelah lama aku bersabar, tiba juga waktu yang paling sesuai. Wajah pelaja...