Bab 36

76 3 0
                                    

Bab 36

Aku menggolekkan bola bowling itu di atas lantai dengan tolakkan yang kuat.

STRIKE! Aku menjerit dengan lopatan yang sedikit tingi. Berbunga-bunga memandang Akhdan yang sedang mendengus geram.

"Your turn!" ujar aku sinis.

Akhdan mengangkat kening.

Tringg!

Pin yang di hadapannya semua bergolek kebelakang.

STRIKE! Juga!

Ishhh! Macam mana nak menang? Dah banyak kali main, asyik dia je yang strike. Sakitnya hati! Bibir terjungkit memandang Akhdan yang senyum riang d sebelah.

"Saya nak menang. Tak boleh ke mengalah dengan saya?" sergah aku.

"Aikk!"

"Apa aik aik? Tak nak tak pe. Saya boleh menanglah. Huh." Aku mendengus lagi.

Langkah di ayun menuju ke susuan bola Bowling.

Adoi. Mana pula bola yang aku guna ni? Tak sampai sampai lagi ke?aku mengerutkan dahi.

14

Mak aii. Takkan nak guna yang berat gila tu? Patah 1000 tulang belakang aku.

Apabila mengenangkan muka Akhdan yang cukup ceria mengata aku, tangan terus mendapatkan bola Bowling itu.

Sekali angkat, mak aihh! Aku angkat apa ni. Kenapa berat sangat? Koyak ketiak aku macam ni.

Mulut aku sudah terkumat-kamit membaca mentara-menteri yang aku sendiri tidak faham. Hembus sahaja lah.

" Boleh ke tu?" soal Akhdan dengan watak yang digalas, prihatin.

" Hmm." Aku membalas,menyampah. Nak perli pula.ini Irsa lah. setakat bola, celah gusi tak bergigi je.

Dengan muka lagak, aku menajamkan fokus terhadap susunan pin di hadapan aku.

Aku cuba mengayun bole tersebut perlahan. Semakin sempurna ayunan aku. Ayunan terakhir ditolak dengan kuat. Segala kudrat yang ada, dikeluarkan.

Eh eh! Sekejap!!!!!

Tiba-tiba, pergelangan tangan aku tidak terlepas dari tempat memegang bola bowling. Bola yang sudah berada di hadapan aku terus menarik badan aku kehadapan.

Oh no! tak boleh nak seimbangkan badan. Anak tekak aku tergelincir untuk mengeluarkan suara.

"Arhggg" jerit aku kuat apabila terasa badan aku condong45 darjah kehadapan sambil tangan masih lagi terjulur ke depan.

4 saat aku terasa bagaikan diri aku terapung di udara. Tangan kiri aku digenggam kuat oleh seseorang. Pinggang aku dirangkul kemas oleh Akhdan.

Mata kami tidak berkelip apabila bertentang mata. Tangan kiri aku melekap di dada yang luas itu.

Dup dap dup dap.

Laju dada Akhdan berombak ketika tangan kanan aku pula yang mendarat di dadanya setelah bola bowling tadi melepaskan tangan aku.

Aku yang masih dalam rangkulannya, membatu. Badan yang condong, sudah tidak dipeduli.

Tangan kiri digerakkan ke sisi manakala tangan kanan mengganti tangan kiri dan mendarat di dada Akhdan.

Degupannya sangat laju. Sama seperti aku.

Aku memandang matanya yang redup itu, entah kenapa, aku terlihat wajah aku di anak matanya yang bersinar.

ACID'SWhere stories live. Discover now