14 tahun kemudian
***************
Aku berjalan dengan sangat bangga. Setelah 5 tahun aku belajar, dapat juga aku jejak balik ke bumi Malaysia. Rindunya aku dekat Mama. Tak sabar betul nak tunjuk sijil yang aku dapat. Belajar di Jepun, sangat membanggakan.Dengan segulung sijil degree dari Universiti Tokyo. University ke 13 terbaik di dunia. Yes, that’s me. Im the lucky girl. Not ready to continue until master. Maybe later!
Balik ni, nak cari kerja, nak kumpul duit, nak bawak mama pergi umrah and haji!!! Bucketlist!!!
Aku memilih untuk mengambil grab. Ezra sudah awal-awal lagi memberitahu perjalanan di era ini di Kuala Lumpur. Ezra, kawan yang setia dari sekolah rendah. Paling kurang, seminggu 3 kali aku telefon dia. Dah tak kesah tentang bil telefon. KAHKAKAHKAHKAHKAHKAH.
Sampai sahaja di hadapan rumah dua tingkat, aku tersenyum mekar. Walaupun kenangan aku dalam rumah ni singkat, tapi orang yang tersayang masih ada. Rumah lama aku, rumah paling aku sayang, sudah di rampas oleh manusia yang tidak berhati perut.
Tapi sekarang, aku dah tak kesah. Aku boleh bagi mak aku, rumah lagi besarlah. Bukan macam kau, tumpang kesenangan orang lain. Lintah darat betul.
“Mama!!!!!!” aku menjerit setelah mama muncul di muka pintu.wajah tua yang kini berseri seri mendapatkan aku.
“ Irsa. Lah kenapa tak cakap nak balik sekarang. Boleh mama jemput dekat KLIA tadi.”soal Mama setelah mencium pipi dah dahi aku.
“Malas lah. Nak buat surprise.”ujar aku.
Tatkala aku mahu membuka kasut, terdapat sepasang sandal tebal dan cantikdi tepi pintu. Berlapis dahi aku.
“Mama, ni kasut sape?” soal aku.
Mama terus menarik tangan aku ke dalam rumah. Wajah seorang perempuan setengah abad tersenyum memandang aku. Dari segi gaya, aku dapat teka, seperti orang ada-ada. Tapi, dia buat apa pula dekat rumah ni?
Terus aku menyalamnya. Dalam kehairanan, sifat suci perempuan melayu terakhir perlu ditonjolkan juga. Barulah classy!
“Aunty ni siapa?” soal aku separa gadis melayu.
“Ni lah kawan mama. Sepanjang Irsa dekat oversea, dia lah yang temankan mama.” Balas Mama lalu mengambil tempat di sofa diikuti perempuan sebayanya itu.
“Aunty Mariam?”soal aku. terbeliak beliak mata aku. takkan lah kot. Nama kampong kampong gitew, tapi gaya macam orang ado ado.
“Ye lah. Aunty lah tu.” Balasnya lembut. Tak pelik lah kalau mama tidak bosan selama ni. Ada kawan rupanya. Dah setahun pencen, mana taknya. Itu lah kot kawan pergi balik masjid.
“OUHHH. Irsa naik atas dulu lah ye. Bau pun dah masyem.” Ujar aku tersipu-sipu.
“Haaa. Cepat. Nanti turun makan. Mama dengan aunty dah masak your favarite food.” Ujar mama lalu menuju ke dapr sementara Aunty Mariam sedang ralit menonton rancangan masakan Cef Wan.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Pak cik tua ini, aku perhati aje. Sekali je lagi dia kelip mata dekat aku, muka dia aku ludah.
“Okay, Zai. You keluar dulu. I nak interview this girl.” Arahnya tegas. Sempat dia mengelipkan mata kepada perempuan cantik memakai blaus merah di sebelahnya.
Kak Zai yang cantik dan langsing itu hanya mengangguk sebelum beransur dari bilik megah ini.
“So, Irsa. You nak kerja dekat sini as apa?”soalnya.
YOU ARE READING
ACID'S
Romance𝘗𝘢𝘯𝘤𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘤𝘪𝘯𝘵𝘢 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘮𝘢𝘵𝘢 𝘩𝘪𝘵𝘢𝘮 ••••••••• Akhdan Carlos x Irsa Daneen "Dia ni gila!'' Suara aku bergetar mengungkap kata-kata itu. Puas hati aku. Setelah lama aku bersabar, tiba juga waktu yang paling sesuai. Wajah pelaja...