Besar kecil besar aku perhatikan wajah cina tulen itu dari jauh. Entah apa yang dibualkan dengan Lucas sampai boleh tinggalkan aku terkontang kanting dekat sini.
Mata aku hanya meliar melihat sekeliling kantin. Masuk ni, kali ke dua dah aku lakukan 'spotcheck' terhadap kantin. Memang membuang masa aku.
Akhdan pula aku masih tidak dapat melihat batang hidungnya. Tapi dalam hati memang tidak ingin jumpa dia. Tak nak lah jumpa dia dalam keadaan terhincut-hincut ni. Tidak pasal-pasal dia tinggalkan aku.
"Hoi!!!" sergah Ezra dari belakang.
Terperanjat anak beruk dibuatnya.
"Ish. Kurang asam jawa betul kau ni. Kau nak aku mati ke?"marah aku.
"Eleh. Kau ni. Sensetif sangat. Aku nak tanya kau ni" ujar Ezra lalu mengambil tempat di sebelah aku.
Mata aku pula masih memerhatikan Lucas yang berada di hadapan aku dan Ezra.
"Kau buat apa pula dekat sini. Dah lah curang dengan kawan aku" marah aku.
PAP!!!!!!
Ezra mengetuk kuat kepala aku. Berdengung atas kepala aku. Dengan laju tangan aku mengusap tudung aku. Kepala kalau sakit,boleh jumpa doctor, tapi kalau tudung hancur, dekat mana nak betulkan?
"Main ketuk je kepala orang. Apa kau ingat kepala aku ni gendang brassband?" marah aku.
"Engkau tu yang tuduh melulu" ujar Ezra.
Berjerutu dahi aku memikirkan ayat terakhir Ezra.
"Kau tak payah nak berkerut dahi tu. Kau dengan apa yang Lucas nak cakap"ujarnya lalu menolak kepala aku menghadap Lucas.
"Sekarang ke. Kelas dah nak start. Nanti nanti tak boleh ke?" soal aku sambal memuncungkan mulut.
"Ishh kau ni. Kena santau ke. Bukan selalunya kau ke orang terakhir masuk kelas." Ujar Ezra sambal membelek belek muka aku dengan tangannya.
"Ishh. Kau ni. percaya sangat eh. Kau tak nampak ke ni"ujar aku lalu menunjukkan kaki aku.
"Apa kau ingat sekolah ni ada sediakan perkhidmatan eskelator ke untuk orang cacat macam ni?"ujar aku lagi.
"Haah lah. Kau kan sekarang ada 4 kaki. Aku lupa pulak."ujar Ezra sambil memukul lembut dahinya.
Aku menjuihkan mulut aku. Memang sah perempuan ni angau. Baru sahaja jumpa kekasih hati, dah hilang ingatan.
"It's okay lah baby. Next time kita berborak tau. Dekat sekolah ni ada budak kaki kena tambah pulak."ujarnya sambil menjeling kepada aku.
Aku pula menjuling mata ke atas. Baby,baby!! Aku tengok Lucas tu tak de pulak pakai lampin bayi.
"Eleh, cemburu pulak. Bukan kau dengan Akhdan tu pun macam tu ke?"soal Ezra.
Tersipu malu aku dibuatnya. Siap ada panggilan tetap lagi. Rindu pula nak dengar panggilan Shiner dari dia.
"Akhdan?"soal Lucas.
Memang apek ni tak tahu apa apa ke dekat sekolah? Katak bawah besen betul.
"Yes,Akhdan. Irsa's boyfriend"balas Ezra.
"Did you know......"terputus ayat Lucas apabila tiba tiba Akhdan dating dari belakang.
"Shiner!!!!!"jerit Akhdan lalu mendekati aku.
Berderau darah aku melihat wajahnya. Nak peluk ke nak salam?
PAP!!!!!
Aku tampar lembut pipi aku. Memang itu sahaja cara yang paling berkesan untuk aku keluar ke alam nyata.
YOU ARE READING
ACID'S
Romance𝘗𝘢𝘯𝘤𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘤𝘪𝘯𝘵𝘢 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘮𝘢𝘵𝘢 𝘩𝘪𝘵𝘢𝘮 ••••••••• Akhdan Carlos x Irsa Daneen "Dia ni gila!'' Suara aku bergetar mengungkap kata-kata itu. Puas hati aku. Setelah lama aku bersabar, tiba juga waktu yang paling sesuai. Wajah pelaja...