Bab 35

69 3 0
                                    

Bab 35

"So, betullah Sue kena tangkap basah?" soal aku sambil membuntuti Akhdan di hadapan.

"Hmm."

"Dan kena tangkap dengan ayah tiri dia?"

"Hmmm."

"Maksudnya, Tengku Jabrar bukan ayah kandung dia?"

"Hmmm."

Tak ada mulut ke mamat ni? Baru lepas buat pembedahan kerta lidak ke sebelum keluar bilik tadi. aku menomel sendrii dalam hati setelah aku melangkah masuk dalam lif bersamanya.

"Mana Tengku Jabrar?"

Akhdan memandang aku dengan sangat dalam. Nasib baik pandangannya tidak menembusi tubuh aku.

"Last question and last answer. Tengku Jabrar dekat rumah dia dengan isteri dia."

Aku menyebut 'o' dengan perlahan dan panjang sambil mengangguk-angguk kepala aku perlahan.

"Jangan bincang perkara ini selepas pintu lif terbuka. Saya tak nak ada orang luar tahu. Nanti jatuh nama syarikat Tengku Jabrar termasuklah syarikat ini." balasnya.

Aku hanya senyum tawar sebelum pintu lif terbuka dan kami keluar serentak.

Kami berdua tersekat di tengah-tengah pintu lif dek kerana masing-masing keluar secara serentak. Hampir sahaja bahu kami bergesel sebelum Akhdan menapak selangkah kebelakang memberi ruang untuk aku berjalan dahulu.

Gentle lah sangat!

Aku keluar tanpa menghiraukannya di dalam lif.

>>>>>>>>>>>>>

Situasi di dalam bilik Tuan F yang aku record, berkali-kali aku dengar. Walaupun tiada video, tetapi suara mereka jelas kedengaran. Cukuplah sebagai bahan untuk aku jatuhkan nama syarikat ini.

Senyum senget.

Senyum bangga.

Senyum sinis.

Semuanya terukir di wajah aku.

Kalau boleh ditilik, mahu sahaja aku mengenalpasti bilakah waktu yang paling sesuai untuk melakukan kerja gila ini sebelum aku keluar dari syarikat.

Berkobar-kobar bara di dalam hati mengenangkan wajah mereka.

Aku mendekatkan diri di jendela.

Kereta Akhdan megah menyusur di hadapan rumah aku. Sesaat aku tersentak. Selepas kereta itu melepasi perkarangan rumah aku, barulah hati mula lega. Jam menunjukkan tepat pada nombor 8 malam. Pasti dia baru balik kerja.

PA apa aku ni. Langsung tak tahu jadual Akhdan.

Sedar tak sedar, aku baru teringat bahawa rumah Akhdan terletak selang beberapa buah rumah dari rumah ini.

Teringat juga keadaan Suraya Eva sekarang. Pasti maruahnya diragut. Dengan peragut upahannya SENDIRI.

Menjijikkan apabila kaum sendiri yang terlibat. Ah!

Jauh di sudut hati aku, seperti ada satu suara yang menyeru.

'Beza dengan kau? Macam sama je.'

Aku tersentak mendengar kata hati.

Aku dengan Sue tidak jauh beza. Sama cantik, sama jahat. Sanggup nak jatuhkan nama tempat aku kaut rezeki.

Aku melabuhkan punggung dengan hati yang berbaur.

Baru sahaja hati aku mahu bertenang, ia kembali berdentum-dentam apabila telefon memanggil-manggil aku untuk menjawab panggilan daripada Akhdan.

Perlahan-lahan aku menekan skrin.

ACID'SWhere stories live. Discover now