bab 15

62 6 0
                                    

Aku mula gelisah. Ya,sangat sangat tertekan. Akhirnya, segala yang Ezra lakukan terhadap aku, membuatkan hati aku bertolak ansur. Ya, aku sangat sangat serba salah. Dalam dunia ni, tidak ada sesiapa pun yang tak bersalah. Cuma Akhdan yang tak pernah tahu.

Aku kena ajar dia ke jalan yang betul. Mungkin pertemusan aku ni yang membetulkan jalan hidup dia. Tapi, boleh ke. Aku hanya sekadar budak darjah 5 yang mentah.

Makin laju kaki aku berjalan ke merta tempat di sekolah. Hari pertama aku di sekolah selepas UPSR tamat. Tetapi wajah Akhdan tetap aku tak nampak.

"Irsa!!! sabar lah. Kau fikir aku robot ke?" jerit Ezra yang termengah mengah mengejar aku dari belakang.

Sekelip mata aku memberhentikan diri lalu memusing menghadapnya.

"Chop. Bukan kau ke yang jadi punca aku hidup dalam serba salah ni. Lepas tu kau pulak yang terhegeh-hegeh dekat belakang." Marah aku balik.

"Eh eh. Aku pulak. Kau tu yang cari masalah. Aku pulak yang kena. Karang ada yang kena sapu cat dekat dinding ni guna lidah karang." Bidas Ezra seraya menjeling memandang dinding blok yang sudah nazak stage 4.

"Dah lah. Cepat. Aku dah penat cari dia ni. Kalau kau jumpa mana-mana kawan dia. Kau bagi tahu aku. Batang hidung dia pun aku tak nampak dari tadi" rungut aku kemudian kembali dalam keadaan tergesa gesa.

Ezra yang kembali termengah mengah di belakang membuka mulut."Irsa. Nanti-nantilah kita cari dia. Jom masuk kelas. Nanti kau jumpalah dia. Karang kalau batang hidung dia kau tak jumpa, batang hidung Sir Azman pulak yang terjah masuk dalam benak fikiran kau nanti. " pujuk Ezra.

Ikutkan hati, malas sahaja aku mahu terpujuk dengan pujukan Ezra,tapi, kerana kaki aku pun dah macam kayu kena bakar lepas tu masak lemak salai, pendam sahajalah hasrat ni.

Hati aku sayu apabila melangkah masuk ke dalam ruangan kelas. Kosong. entah macam mana, rasa serba salah ni makin lama makin bertambah tambah pula. Menyesal pula aku racun diri aku. terasa bagaikan diri aku mula lemah gemalai. Nak pegang pen pun, dah macam kena berenang lautan pasifik. Sudah!!!! Jangan demam!!!!

>>>>>>>>>>>>

"Zaid. Kau nampak......." Berat pula aku mahu menyebut nama Akhdan selepas kejadian itu.

"Akhdan?" entah macam mana pula si Zaid ni pun boleh baca fikiran aku.

Aku hanya mengangguk perlahan. Seperti mahu menyembah bumi sahaja. Sudah masuk tiga hari aku datang sekolah, batang hidung Akhdan tetap aku tak nampak.

"Aku pun tak nampak dia. Lepas UPSR tu, dia macam ghaib je. Tapi warga sekolah ni tak ada lah tertanya-tanya sangat. Masing-masing dah boleh agak yang dia mesti tengah gila meroyan. Macam yang kau cakap jugak lah. Dia kan ada sakit mental, kau bagi tekanan dekat dia kot, tu yang kena tahan wad kot. Entah lah. Aku pun tak tahu." balas Zaid panjang.

Berubah terus wajah aku. ya memang aku katakana semua itu, tapi aku tak nak lah dia sampai masuk hospital gila pulak. Dah lah handsome, tapi gila pula. Ahhh. Serba salahnya!!!!!

Aku menundukkan wajah aku. makin berat beban yang aku tanggung sekarang.

"Tak ape lah. nanti kalau kau jumpa Akhdan, kau roger dekat aku. tau." Ujar aku tersenyum tawar sebelum melangkah pergi.

"Ouh, Irsa. Cuba kau cari Izriel. Aku rasa hari ni dia datang sekolah. Mana tahu dia ada contact dengan Akhdan." Idea Zaid memhantar berita gembira kepada aku. mula terukir sisa sisa bahagia dalam hati. Tanpa berlengah lagi, aku terus menuju ke port lepas geng Akhdan.

Sempat aku menarik tangan Ezra yang masih lagi tercegat sambil makan popcorn. Terpinga pinga cina tulen itu.

"Irsa. Berterabur popcorn aku. kau jalan perlahan sikit boleh tak?" soal Ezra. Cepat cepat dia membetulkan jalannya yang seperti jalan orang tempang.

ACID'SWhere stories live. Discover now