bab 14

58 5 0
                                    

"Bodoh lah kau ni. Kau jatuhkan maruah dia depan orang tahu tak. Even di gila sekali pun, kau tak patut cakap macam tu. Kau tak layak lah hina dia macam tu."marah Izriel.

"Dia pun tak layak nak hina orang lain sesuka hati dia." Balas aku.

Aku menjeling memandang Izriel atas bawah. Entah apa yang dia bela sangat kawan dia tu sampai lupa apa yang Akhdan pernah buat dekat dia awal tahun hari tu.

"Irsa. Kau tahu tak Akhdan tu sayang sangat dekat -------"ayatnya terputus setelah aku bersuara.

"Sayang dekat aku. Haih. Jijiklah. Aku nak juga orang yang ada kerjaya. Bukan setakat nak boyfriend bukan lepasan UPSR. Come onlah. Aku nak juga dapat yang bermutu tingi. Setakat Akhdan tu, nak buat apa. No class. Gila pulak tu. Menyusahkan aku je nanti." Bantah aku. saja aku kuatkan suara.

Memang hanya ada aku, Ezra dan Izriel di hujung blok ini. Tapi aku pasti yang Akhdan duduk di sebalik tembok sedang mendengar perbualan kami.

Teruslah aku selitkan sedas dua.

Aku memandang wajah Ezra yang juga pucat. Tak perlu aku jelaskan apa apa lagi. Hati aku puas apabila semua sudah mengenal diri Akhdan sebenar yang tidaklah sempurna seperti semua orang sangkakan.

Baru sahaja aku mahu mambuka langkah, Izriel bersuara lagi.

"Kau akan menyesal atas perbuatan kau ni Ezra. Mungkin sebab fikiran kau masih mentah, sebab tu kau senang senang nak bukak aib orang. Tapi, aku percaya, satu hari nanti....."aku memotong lagi cakapnya.

Nak tazkirah aku ke? Jangan harap.

"Satu hari nanti apa? Aku pulak yang jadi gila?"

"Kita tak tahu Irsa. Sama ada kau gila atau kau sendiri akan jilat apa yang kau ludah."balasnya pedas.

"Sorry sikit. Aku bukan anjing kurap macam dia nak raih simpati orang. Silap hari bulan, anjing pun tak mengaku kaum." Balas aku.

Terus aku menariktangan Ezra. "Jom Ez. Aku tak ada masa nak layan lintah darat tak ada masa depan macam dia orang ni."

Terus aku melangkah pergi dengan seribu kepuasan.

>>>>>>>>>>>>>>

"Irsa. Kau tak rasa kau melebih lebih ke semalam?" soal Ezra cuak.

"Kau, kalau datang rumah aku hari sabtu ni semata mata nak ceramah aku, tak payah. Simpan ceramah kau tu. Aku taknak dengar. Aku dah nekad dengan keputusan aku. Dan yes. Itu yang aku nak buat. Aku nak bagi pengajaran dekat dia. "

"Tapikan Ir------"

"Dah lah tu Ez. Aku tak nak kusutkan fikiran aku dengan toksik macam tu. Please. Jom belajar. After UPSR ni kan, ada ujian mengejut dari ciku math. Kau nak fail ke?"soal aku mengubah topic.

Ezra hanya mengangguk setuju. Dari dalamhatinya, pasti tak terkata perasaan geramnya pada aku. apa akukesah. Asalkan aku dah buat apa yang aku idamkan selama 6 bulan haritu.

Pengenalan aku dengan Akhdan banyak ajar aku erti kehidupan. Mungkin sebab aku masih budak darjah 5, tapi aku dah dapat pengalaman macam ni. Pengalaman yang biasa je.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Entah kenapa, hal hari tu, aku masih tidak dapat lupakan. Dengan perangai Ezra yang masih tidak putus asa untuk aku tebus salah aku terhadap Akhdan mengundang rasa bersalah dalam diri. Siot betul Ezra ni. Tahu je kelemahan aku.

Teringat lagi ayat terakhirnya sebelum dia balik rumah Selasa lepas.

"Kau orang Islam kan? Aku tahu agama kau sangat mulia. Malah nabi kau sendiri orang yang baik. Tapi kerana kau ikutkan hati dan amarah kau tu, kau hilang sifat Mazmudah eh? Sifat yang baik tu. Aku ada terdengar ustazah korang cerita pasal tu waktu kelas agama.

ACID'SWhere stories live. Discover now