bab 32

65 3 0
                                    

Aku keluar dari kereta. Badan juga tidaklah berat seperti dua hari lepas. Badan aku sudah kembali gah untuk mula bekerja. Opss. Bukan bekerja, malah mengerjakan seseorang.

HEHEHE.

Aku menjungkitkan bibirku.

Langkah diatur dengan penuh bangga. Perlu tunjuk yang aku sudah kuat. Bukan lembik dan mudah di goreng. Eh salah. Itupisang.

"Irsa. Kenapa datang kerja?" soal Akhdan menjerkah aku dari belakang. Kawasan tempat letak kereta bagi staf biasa, dia ada? Buat apa dia datang sini. Bukan diua VVVIP sangat ke. Aku memeluk tubuh.

"Biarlah. Salah ke saya nak datang?" aku memerli dengan mata hitam berpusin-pusing ke atas ke bawah.

" Tidak salah. Saya lagi suka adalah. Dapat saya lepas rindu." Ujarnya lalu menapak menghampiri aku.

What! Eee. Nak dekat-dekat pula. Ingat aku magnet?

"Tak payahlah nak ambil hati saya sangat. Saya tak terdesak nak kata-kata semangat pun." aku membalas dengan satu jelingan. Mahu sahaja aku menyambung ayat aku ' Lagi-lagi dengan orang yang poyo, gatal tak cukup akal.'

Aku terus melangkah menuju ke pintu lift. Buatapa perlu duduk di sini lagi macam tunggul kayu.tidak pasal-pasal kena hon dengan kereta lain sebab buat teater tengah-tengah jalan.

OHH TIDAK!!!

Aku seperti tidak boleh mengstabilkan badan aku dek kerana kasut tumit tinggi aku yang hampir termasuk ke dalam lubang di atas jalan.

Baju di bahagian abdomen belakang ditarik kuat. Aku seperti terapung di atas angin. Terus aku menegakkan badan apabila Akhdan membantu aku berdiri.

Nasib aku tidak tergolek. Kalau tidak, naya Pak Karim bin Jamal.

Aku menarik baju supaya tidak konyok. Terus aku berjalan meninggalkannya dengan bersahaja. Ahhh! Malu!

Pipi aku bahang apabila dia juga buat muka poyo. Dengan cermin mata hitamnya, halahai. Gugur iman ceq!

>>>>>>>>>>>>>>>>>>

"Betul ke awak dah sihat? " soalnya berulang-ulang.

Cemuih betul aku nak menjawab. Tiada soalan lain ke mamat ini mahu tanya?

"Ye. Tuan boleh jangan terlalu caring sangat tak?" aku memerahinya dengan suara halus.

"Saya tanya pun tak boleh ke?" ujarnya lalu membulatkan mata.

"Tak boleh." Balas aku ringkas. Tidak sabar untuk menanti apa jawab balasnya kemudian.

Dia hanya menjeling aku tajam. Mata aku bertaut dengan dia. Selalu orang jeling sekejap. Ini dah macam perlawanan kelip mata sahaja. Apa? Nak lawan? Eleh, aku kenyit mata nanti, baru ada akal.

"Dah lah. Tuan duduk lah dekat tempat tuan. Saya tak sukalah ada orang kacau saya tengah kerja." Aku merungut.

"Dah tu. Berbulan awak kacau saya kerja tu, takpe pula?" soalan maut. Memang minta kena seret atas jalan raya, mamat ini.

" Itu perjanjian kan? Awak yang nak sangat!" aku menghentam sekali.

"Ye lah." balasnya. Jelas wajahnya mengalah dengan aku. Padan muka. Jangan lupa, dulu aku juga yang menang berdebat. Setakat nak serkap jarang engkau, no hal lah!

"But I Don't care apa yang awak balas dekat saya. Sebab dulu, awak bukan dengar kata saya bila saya marah. Kan?" dia menjungkitkan kening.

"Cubalah Kalau yakin."

ACID'SWhere stories live. Discover now