Aku bangun dari tidur lena. Harinya sudah tiba. Aku seperti tidak bahagia menghampiri detik ini.
"Irsa! cepat. Akhdan dah tunggu dekat bawah." Cerit mama dari luar bilik.
Mata aku meluas. Ahhh sudah! Kalau tak pergi tak boleh ke? Pasti Akhdan sedang mencari helah untuk mendapatkan aku.
Aku mengeliat sepuas hati.
Ouh. Okay. Kau nak angkut aku sangatkan. Tunggu sampai aku habis berdandut dalam bilik air dulu. Mereput lah kau dekat ruang tamu tu. Aku mengomel di dalam hati.
Sudah tiba hari sabtu dan esok hari Ahad. Kami satu syarikat akan menghadiri satu Hari Keluarga yang dianjurkan oleh syarikat Akhdan. Aku terpaksa mengikutnya kerana khuatir jika aku membatu pada saat akhir.
Akhdan terlalu peka dengan keadaanaku. Memang dia tidak melepaskan peluang selama 2 minggu ini untuk mendapatkan aku.
Jujur, aku sayangkan dia. Aku cintakan dia. Tapi, akan kerana perit dihati masih berbaur, aku menidakkan kata hati aku.
Selesai bersolek, barulah aku turun ke ruang tamu. Akhdan dengan gaya segak, berbaju T-shirt eksklusif sedang menanti kehadiran gadis pujaan hati. Cis! Menyampah.
"Haa. Turun pun. Mama ingat anak mama sorang ni nak jadi pelakon opera. Siap bukan main lama lagi."bising mama dari dapur.
"Mama. Kenapa Akhdan dekat sini?" aku merapatakan diri dengan mama lalu berbisik di hujung telingannya.
" Nak pinang mama."
"Huh?" aku ternganga.
Mama tersipu-sipu malu. Pantang betul dia kalau tidak menyakat anaknya itu.
"Gurau. Dah cepat. Kesian menantu mama tu tunggu dari tadi lagi. Bertuah siapa kahwin dengan dia. Sanggup tunggu sampai mati kering." Arah mama.
Aku menjungkitkan bibir ke atas. Menyampah aku. tak habis-habis nak memuji bakal bekas menantu dia tu.
"Tak payah lah panggil menantu sangat. Dalam rumah ni tak ada sesiapa pun nak kahwin dengan dia." balas aku.
" Ceh! Tak nak kahwin konon. Mama kenal anak mama. Hati anak mama ni paling susah nak dibuka. Tapi kalau sekali dia buka untuk seseorang, pasti sukar untuk seseorang mencari jalan keluar satu hari." Balas mama. Tajam ayatnya menusuk di hati.
Aku menggeleng kepala menidakkan tafsiran mama tetapi hati aku seperti berdentum-dentum mengiakannya. Kadbord yang berada di belakang peti sejuk, terus aku gapai.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>
"Saya suka awak pakai macam ni. Simple tapi menggugat iman." Ujar Akhdan sambil tangannya sibuk mengawal stereng kereta.
"Pandang depan. Accident nanti, susah. Sibuk nak bersembang." Aku menjuihkan mulut. Bola mata tidak henti bergolek apabila melihat Akhdan yang dari tadi sering tersenyum memanjang. Kena sawan kera ke apa, dia ni?
"Biarlah saya nak cakap sorang-sorang dengan diri saya sendiri. Sibuk pula dia." balasnya dengan cemuhan manja.
Aku menarik nafas geram. Mahu sahaja aku mencekik lembaga sebelah aku ni. Tak nak mengaku yang dia berborak dengan aku pula. Geram sungguh!
Kadbord di seat belakang, terus aku tarik lalu dijadikan penghadang antara seat pemandu dan penumpang.
Macam aman kau buat dekat aku dulu, macam tu jugalah aku buat dekat kau sekarang. Umpat aku dalam hati.
Puas hati aku apabila wajah Akhdan hilang dari ruang mata.
"Hey. Susah betul bawa penumpan sorang ni. Kerja nak duduk dalam sangkar je macam kera." Perli Akhdan di sangkar sebelah.
YOU ARE READING
ACID'S
Romance𝘗𝘢𝘯𝘤𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘤𝘪𝘯𝘵𝘢 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘮𝘢𝘵𝘢 𝘩𝘪𝘵𝘢𝘮 ••••••••• Akhdan Carlos x Irsa Daneen "Dia ni gila!'' Suara aku bergetar mengungkap kata-kata itu. Puas hati aku. Setelah lama aku bersabar, tiba juga waktu yang paling sesuai. Wajah pelaja...