bab 22

56 3 0
                                    

Akhdan mengherotkan keningnya. Geram aku. Mak aku tak pernah ajar kalau nak bercakap tu jangan pandang orang. Mak aku selalu suruh aku pandang orang bila nak bercakap.

Korek mata tu, terjuntai sepanjang malam nanti.

Dia menggaru garukan kepala.

"Tak silap saya, Dad ada tubuhkan department pengangukatan khas untuk kegunaan company." Ujarnya. Sombon betul. Nak cakap. Pandang aku. Kalau asyik pandang screen telefon, baik whatsapp aku je. Biul betul.

"Ouh. Ada eh. Saya tak tahu pula. Tapi kalau saya boleh pun. Susah sebab kaki saya ni tak boleh jalan jauh. Saya rasa, kalau nak pergi dekat bangunan sana pun kena berpapah. Takkan Tuan Akhdan nak papah saya? " ujar aku. aku bersorak gembira di dalam hati.

"Carl, not Akhdan." Ujarnya keras. Jelingan maut pun terlintas sebentar.

'Sama je. Bukan nama bangla Siam pun.' rungut aku dalam hati.

"Macam mana kaki awak boleh sakit?" soalnya.

Tak kan aku nak bagitahu kut. Sebab kau lahkasut, aku terseliuh. Ni kalau aku cakap jujur ni, mahu dia kata 'Ouh. Tadi awak pakai kasut tinggi sebab nak goda saya ye. Maaflah, tak perasan pula. Saya dengar lagu tadi'.

Ahh. Aku dah tahu dialog dia. Buat sakit hati je nanti.

"Saya terlanggar bucu meja tadi. tapi tak pelah. Pandailah saya cari transport. Lagi pun, saya memang ada simpan sayap. Bila bila masa je boleh bertukar jadi Maleficent." Aku memerli. Padah tak padah. Takkan nak melutut kut. Memang tak lah aku nak buat.

Buat sakit lutut je.

"Ouh okay. Nanti, tunggu dekat lobby dulu. Bawa..... tu" ujar Akhdan lalu menunjukkan sekeping kertas kotak di be;akang rak di hujung sudut bilik.

" Nak buat apa dengan kotak tu Tuan?" soal aku pelik. Ini zaman teknoloi lah. mana ada orang present screen guna kertas kotak.

"Bawa je." Ujarnya.

Ish. Kaki aku naik bengkok ni, dia boleh pula suruh aku pikul segala anak dalam bilik ni.

"Tuan memang tak ada sifat kemanusiaan kan. Kaki saya sakit. Terhincut-hincut saya jalan, itu pun nak suruh tambah beban lagi?" aku geram. Aku cuba berdiri untuk menambil kotak tersebut walupun dalam keadaan sengsara.

"Awak naik kereta saya. Saya tak nak tanggung kos hospital lepas ni. Tapi, awak tetap kena bawak. Saya pergi jumpa dad jap. Wait for me at lobby."arahnya tegas lalu memecut laju meninggalkan aku yang terkontang kanting di dalam bilik.

Jahanam punya boss. Ingat aku ni orang gaji dia? Aku merungut. Eh jap. Orang gaji pun tak pe lah. Aku juga yang dapat naik kereta dia. Ui. Lagi banyak privasi aku dapat. Aishhhhh!!!!

>>>>>>>>>>>

What!!!!

Macam tu sekali dia nak kutuk aku. Punyalah beria tegakkan kotak antara aku dengan dia.

"Perlu ke sampai macam ni." Aku merungut. Kereta je mahal. Tapi kotak ni pula kena jadi penghalang aku dengan Akhdan.

"Saya tak biasa ada perempuan naik kereta saya." Ujarnya. Celaka betul.

Banyak pula renyahnya. Tak pernah di buat orang, naik kereta, tapi kena letak kotak antara sit penumpang dengan sit pemandu. Sebelah sebelah, tak semestinya boleh terpeluk lah mangkuk tingkat ayun.

"Boleh ke tuan tengok cermin sisi belah saya ni kalau macam ni gayanya tuan bawak kereta?" soal aku. Mana tahu, dia berubah hati. Tak ada lah aku ni macam kena penjara dalam kereta.

ACID'SWhere stories live. Discover now