bab 29

62 3 0
                                    

"Nasib boss datang. Kalau tak, habis saya kena berterus-terang tadi."ujar Botak.

"Yang kau tak reti nak simpan rahsia kenapa." Marah Akhdan.

Aku yang berada tidak jauh dari mereka, cuba untuk mendengar setiap tutur mereka. Sejak bila pula Akhdan ada urusan dengan Botak. Botak pula pekerja dari jabatan lain. Mustahil pula untuk Akhdan ada apa-apa hal penting berkaitan dengan Botak dan transport department.

"Sorry lah boss. Saya tengah makan. Itu yang berkhayal. Tahu-tahu, diaorang dah cucuk saya sikit-sikit. Semput saya dibuatnya." Ujar Botak smabil menggaru kepalanya.

Akhdan hanya menahan geram. Dadanya yang bidang itu di paksa untuk beralun perlahan. Aku yang dari tadi masih pening, cuba untuk menerjah masuk dalam perbualan mereka. Akan tetapi, seperti ada sesuatu yang berada di hadapan aku untuk menghalang pergerakan.

Baru sahaja aku mahu menoleh ke sisi aku, wajah yang aku benci itu sudah berada betul-betul di hadan aku.

"Hei,Irsa. I rasa macam there got something wrong lah antara you dengan Akhdan." Ujar Suraya Eva dengan lantunan suara yang liar dan menjengkelkan di telinga aku.

"Kau nak apa?" soal aku.

Sue hanya membiarkan soalan aku tergantung. Laju tangannya menarik aku mengikutinya. Makin lama, aku naik rimas. Entah ke mana di hendak menarik aku, memasuki selok-belok yang semakin jauh dari ruang legar dan kumpulan orang.

Aku cuba mematikan tarikannya, tetapi makin kuat dia mencengkamtangan aku.

PANG!

Satu tamparan perit hinggap di wajahnya. Reaksinya berubah. Wajahnya kemerahan menahan kesakitan sebelum aku ditarik dengan lebih kuat.

Tangan aku mula berdenyut-denyut. Raungan kian rancak. Mangapa tatkala ini, seperti semua orang menghilangkan diri dari aku?

Sebentar sahaja,aku dan Sue sudah berada di dalam tandas wanita berdua-duaan. Bulu romaku naik mancacak. Senyum sumbing terpahat di wajahnya.

"Apa kau nak?" tengking aku.

"Aku rasa, aku tak boleh lah tengok orang yang hancurkan hidup aku, hidup bahagia." Balasnya sinis. Reaksi wajah yang selamba.

"Bapak kau yang kacau aku. Padan muka dia lah. Kenapa nak berdendam?"

"I don't mean you. I'm talking about my relationship with Akhdan." Jeritnya kuat. Bergema di setiap sudut ruang dalam tandas ini.

"Aku tak ada apa-apa hubungan dengan dia selain daripada seorang pekerja dengan majikannya. Don't talk nonsense!" mengakak halus kedengaran. Benci. Sunguh aku benci dengan gelagatnya yang menyeramkan.

"Well. Mungkin kau tak ada perasan dengan dia, but he has feeling for you. I hate that feeling. Why are you the one he needs to love. Stupid women like you don't deserve that kind of strong love. Aku yang ada dekat sisi dia ketika dia diduga. " tempelaknya. Rambut yang berwarna itu ditarik kasar. Seperti seorang yang sedang meroyan.

Hati aku berbunga tanpa sedar.

Ada kata-kata manis yang membuatkan aku terpaut dengan bebelan Sue.

"Well. That's mean, my plan worked." Ungkap ku dengan bangga.

Seraya itu, pintu tandas terkuak dan wajah Akhdan terus masuk ke dalam ruang tandas wanita.

"Get out, both of you." Arahnya tegas. Ketegangan tadi mula beransur. Bersyukur sungguh aku apabila Akhdan datang tepat pada masanya. Mahu sahaja kepala aku dikehel oleh minah Ikan Pari ini nanti.

ACID'SWhere stories live. Discover now