Bab 31

70 5 0
                                    

Dia hanya berdiri tegak menghadap ke bawah bangunan.

Spoil lah mamat ni. Aku baru nak lepak dekat atas. Sibuk dia pun nak ikut sama. Aku mengomel sendiri. Terus aku berjalan kembali ke pintu pintu masuk bangunan.

TRENG TRENG TRENG

Aku terlaggar sebatang logam yang entah dari mana, tiba-tiba sahaja munculkan diri sehingga mengganggu kosentrasi Akhdan yang sedang Melodrama. Aku mati akal. Sah-sah mamat itu nampak aku dekat belakang dia. ahh! Tidak guna punya besi. Menyusahkan orang. Kena lebur baru tahu.

"Sorry kacau tempat awak. Saya dah habis. Sekarang giliran awak pula." Ujarnya tanpa memandang wajah aku. Dia berlalu pergi meninggalkan aku. Tanpa senyum, tanpa marah. Hanya diam seribu bahasa.

TER-rindu pula wajahnya yang poyo minta kena sepuk itu. Ahh! Itulah Irsa, kena mandrem sikit dah lalai. Aku malas hendak berfikir, terus aku menuju ke hujung bangunan di tingkat ini. Sangat sejuk. Dapatlah juga menenangkan hati aku yang lara.

'Tudung biru' yang aku pakai hari ini gamaknya pasti sudah tidak terletak dengan rapi. Dengan angin yang menderu, pasti sudah kusut-masai. Malaslah aku nak membetulkan tudung aku. Tidak penting pun buat masa sekarang ini.

TING!

Satu notifikasi masuk lalu telefon aku mula bergetar.

"Akhdan?" ujar aku selepas melihat mesej dari Akhdan.

Gadis bola jaring yang digelar Shiner. I miss you. – Akhdan Carlos.

Kemudian, dihantar satu gambar seorang perempuan bertudung biru berdiri di hujung bangunan tingkat bumbung.

"Ye. Itu aku! sempat dia tangkap gambar orang tanpa kebenaran?" aku memuncungkan diri. Apabila menoleh ke belakang, wajah Akhdan sudah tiada.

"Pasti tengah syok gelakkan aku. Sewel punya mamat. Eeee. Sakit hati aku."

Kalau gambar saya, bukan murah untuk awak tangkap sesuka hati. –Irsa Daneen.

Well. It's too late. – Akhdan Carlos.

Arghhh! Aku menghentak kaki dengan kuat. Nasib tidak cabut urat kaki aku.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Aku mematikan enjin kereta aku setelah sampai di halaman rumah. Kelihatan sebuah kereta Alphard terletak di hadapan rumah aku.

"Siapa pula yang baik hati nak ziarahi aku ni. Tahu-tahu sahaja aku sedang hampir nazak ni. Eh eh." Aku menekup mulut sendiri.

"Bukan nazak. Sakit sikit je. Belum sampai lagi tahap tu." Aku tersengih. Ahh cakap sendiri pun boleh lah.

Aku mendekati rumah. Kereta sama seperti kereta Tuan F. Ahhh! Sampai ke rumah ke hal ini? kesian mama kalau tahu hal ini. Aku kena rahsiakan. Kalau dia tahu yang aku buat kerja ila dekat pejabat, habis aku.

Kasut yang tersusun di hadapan pintu rumah, sangatlah eksklusif. Cantik dan mahal. Pasti barang berjenama.

Aku mengatur lankah masukke dalam rumah sebelum badan berubah suhu 100 darjah Celsius.

"Apa kau buat dekat sini?? Berambus sekarang!" aku menengkin sekuat hati apabila melihat wajah Sang Tetamu. Hati aku mengelegak kepanasan.

"Irsa. Tak baik cakap macam tu dekat abang kandung Irsa. Dia tetap darah daging kita kan?" soal Mama dengan tenang. Aku masih tidak cam wajah mama. Sama ada ceria mahupun pasrah.

"No. Dia tinggalkan kita. Dia rampas rumah kita. Dia rampas kebahagian kita, Mama." Aku menidakkan ayatnya. Pahit untuk aku telan. Aku sudah muntahkan. Tidak mungkin aku mahu jilat balik.

ACID'SWhere stories live. Discover now