bab 24

54 4 0
                                    

Setiap ruang syarikat ini, aku perhati. Kenapa pula hari ni ada temujanji dengan syarikat yang sangat aku kenal ini. Dah lah, tak tepati masa. Tak pasal-pasal aku dengan Akhdan yang jadi pakcik guard dekat lobi.

Tidak lama kemudian, Tengku Jabrar menapak mendekati kami. Ahhh. Aku benci muka tua berkedut lunyai tu. Aku menggumam.

"Hai hello. Sorry for being late. Ada masalah yang tidak dapat dielekkan tadi." ujarnya sambil menyambut Akhdan dengan penuh hormat. Ye lah, nak dapat share syarikat dengan syarikat besar macam syarikat Tuan F ni bukannya senang. Itu yang, menanam tebu di tepi bibir tu. KAHKAHAKHAKH.

"Irsa. Cepat. Jangan mengelamun." Jerit Akhdan yang sudah jauh dari aku. aik. Bila pula dia jalan. ceh! Berangan pasal orang tua tu punya pasal, Akhdan dah marah. Malu je muka cun macam ni kenal bedal.

Aku berjalan laju mengejar Akhdan yang sudah dingin. Sempat pula orang tua tu terkelip-kelip dekat aku. Kak Zai di sebelahnya setia menemani orang tua itu kemana sahaja. Menyampah aku.

Dari jauh lai aku dah tahu bahawa temujanji ini akan dijalankan di dalam bilik Tengku Jabrar.

Ikutkan hati, aku nak je lari keluar dari sini. Tapi, kalau dibuatnya plan aku tu kelaut. Maut minimpa aja.

Aik. Kenapa tak masuk dalam bilik tu je.

Aku pelik apabila kami diarah masuk ke dalam satu bilik yang agak terpencil dan jauh dari semua orang.

" Kak Zai. Kenapa tak meeting dekat bilik mesyuarat sebelah bilik Tengku Jabrar?"

"'Special room for special guest." Ujarnya ringkas. Penuh melentik gayanya.

Ah.

" Jemput masuk ye." Ujar Kak Zai seraya membuka pintu bilik.

'Waw! Eksklusifnya!' aku bermonolog dalaman.

Ruang yang agak besar ini dihias bagaikan istana. Dikelilingi dengan barangan kaca. Belum lagi ditambah dengan haruman bunga entah di beli dari mana pun aku tak tahu.

"Sila duduk. Tea or coffee?" soal Kak Zai khas buat Tuan Akhdan aku. Amboi mata tu, dari tadi sebok pandang-pandang wajah Akhdan aku. ada yang buta balik annti. Gumam aku.

" No need. But, excuse me, where is the toilet?" soal Akhdan.

Aduh mamat ni. Masa ni lah nak ke tandas. Tadi waktu tunggu dekat lobi, punya lama, kau tak nak pula nak membuang itu ini.

"Ouh. Jom. Saya tunjukkan." Ajak Kak Zai. Ah. Ulat bulu dan naik berbulu. Jangan sampai masuk tandas bersama-sama sudah.

Yang sekarang ni. Lagi kritikal. Kenapa lah Akhdan ni tinggalkan aku berdua-duaan dengan Si Jabrar ni. Adoi!!!!! Aku meraung dalam hati.

Mata si tua itu sudah memandang aku atas bawah. Hilang fokus aku. Akhdan!!!!! Cepat lah balik. Seram aku duduk dengan biawak telen ni.

" Irsa. lama tak jumpa. Ingat I lagi tak?" soalnya.

Gila tak ingat! Mati hidup balik pun, aku takkan lupa lah. kecuali kalau kau yang mati. Memang bahagia hidup dunia akhirat aku.

"Ingat." Jawab aku ringkas. Cis! Dalam hati bukan main garang. Bila dunia nyata. Sepatah je kau balas.

"You jangan sombong lah Irsa. You kena lebih professional. Jangan masukkan hal peribadi dalam kerja." Ujarnya penuh lemah lembut. Dah tu.

Yang kau dari tadi pandang aku atas bawah tu,bukan melebihi protokol syarikat ke?

Aku malas hendak berkata. Hanya olok-olok sibuk sahaja.

"Irsa. you tak nak masuk syarikat I balik ke?" soalnya.

ACID'SWhere stories live. Discover now