"Both of you, continue this meeting first. I on call with dad first." Ujar Akhdanlalu keluar dari bilik meninggalkan aku dengan Akak Mal berdua.
" Back to your question, Irsa. Akak sebenarnya, wakil syarikat yang sepatutnya jumpa Irsa semalam. Tapi tu lah. semalam boleh pula kereta akak buat hal. Nasib baik Akhdan cancel meeting kita semalam. Kalau tak, nahas akak. Itu yang dia postpone meeting ke hari ni. Takkan Irsa tak tahu?" soal akak balik.
Sekejap. Siapa yang cancel siapa ni?
"Bukan akak ke yang cancel meeting semalam?" soal aku.
"Apa akak pula. Memang encik Akhdan yang cancel last minute. Akak ni pekerja biasa je.Mana boleh memandai-mandai tukar waktu sesuka hati. "
Aku mengherotkan muka. Dah tau meeting cancel,yang nak pergi juga semalam tu kenapa. Dia tak tahu ke sakit gila aku nak berjalan semalam dengan kaki terhincut-hincut. Lembaga punya boss.
Tiba-tiba, Akhdan masuk ke dalam bilik semula bersama Tuan F. Terus aku bertukan mode serious.
"Selamat pagi, Tuan F." ujar aku di sisi meja.
Tuan F hanya mengangguk perlahan.
"Selamat pagi, Tuan." Ujar Akak Mal pula.
"Selamat pagi Jasmine. How's your dad. Sihat?" soal Tuan F lalu menyilangkan kakinya di atas sofa di sebelah meja Akhdan.
"Always in a well healthy." Balasnya.
"Irsa, sediakan minit mesyuarat. Kita mesyuarat dekat bilik saya je." Bisik AKhdan kemudian mengambil tempat di sebelah Tuan F.
Aku terus menuju ke meja aku dan mengambil fail yang tertentu kemudian kembali ke sofa dan landing time di sebelah Akak Mal.
"No need to rushing. Ini meeting yang santai." Ujar Tuan F.
"By the way. Banyak koleksi lipstick awak dekat meja, eh." Ujar Tuan F kepada aku. Ouh.Pipi dah merah!
Sekadar intro dalam mesyuarat. Akak Mal yang tidak tahu apa apa turut gelak. Hanya Akhdan yang mengfokuskan dirinya terhadap beberapa fail ditangan. Poyo betul!
>>>>>>>>>>>>>>>
Penat perut bergelodak, bergelak tawa dengan Akak Mal. Rupnya dia wakil dari syarikat ayah dia. Lagi beberapa tahun akan datang, dia dipertanggunjawabkan untuk mengendali syarikat sendiri. Itu yang dia bertungkus lumus dalam menjalankan tanggungjawabnya. Seronok ada syarikat kecil yang boleh beri jaminan kehidupan.
Bukan macam aku, terjerat dengan syarikat lain. Halah. Kereta ini, terus aku pandu laju selepas lampu isyarat berubah warna. Misi aku malam ni, kena berjaya pujuk mama.
Cadangnya, aku nak berkelah dengan mama dekat rumput hijau. Lama tak bawa mama jalan jalan. lagi pun, Aunty Maryam pun dah nak ke JB jumpa cucu baru dia. Teringat pula pesanan Tuan F sebelum berakhirnya mesyuarat tadi.
"Nanti saya tak ada dekat sini lebih kurang seminggu. Jadi, Akhdan dengan Irsa handle sendiri syarikat. Don't worry sebab Sal ada. Tapi dia duduk dekat tempat dia lah, management department. Okay?" ujar Tuan F.
Seronoknya Encik Boss aku tu,dah dapat anak ketiga dah. Mesti kiut miut anak dia tu.
Aku jugalah yang menyolo-nyolo lagi. Buang masa dengan orang yang belum tentu ingat aku sendiri.
Apalah sangat aku ni. Pentinkan duit dan kerjaya. Ketepikan kehidupan peribadi. Entah. Tidak kecenderunan dalam bidang kekeluargaan.
HUHUHUHU.
Tapi, yang peliknya, kenapa Akhdan tak terfikir langsung macam mana aku boleh kenal dengan Kak Mal sedangkan dia memang tak kenal aku dari mula-mula aku jumpa dia. Ah. Dia bukan kesah pun, aku kenal sapa, aku jumpa sapa. Yang dia tahu, aku ni patung cendana je.
YOU ARE READING
ACID'S
Romance𝘗𝘢𝘯𝘤𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘤𝘪𝘯𝘵𝘢 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘮𝘢𝘵𝘢 𝘩𝘪𝘵𝘢𝘮 ••••••••• Akhdan Carlos x Irsa Daneen "Dia ni gila!'' Suara aku bergetar mengungkap kata-kata itu. Puas hati aku. Setelah lama aku bersabar, tiba juga waktu yang paling sesuai. Wajah pelaja...