Bab 27

64 3 0
                                    

Jeritan nyaringnya bergema di setiap pelusuk ruang di dalam bilik ini.

"Stop it or you can get out of my room now!" Akhdan membalas jeritan. Aku bertambah gerun lagi-lagi apabila wajah Akhdan saling tidak tumpah seperti ayam jantan kalah berlaga. Merah menyala dan tertimbul-timbul juga urat di leharnya.

"How dare you nak halau I. You lupa kita masih sleeping partner . You tak boleh sesuka hati nak halau I. Polisi syarikat You kan. Or, you nak I jatuhkan nama baik syarikat ni. You jangan pandang I sebelah mata." Ujarnya dengan penuh lagak.

Perempuan ni tak kenal Akhdan lagi ni. Dah lama kenal, tapi perangai sama je macam berus jamban. Cuma taraf up sikit je dari mangkuk jamban.

Apalah Akak Lova ni. Dari tadi hanya memaksa aku untuk berdiam diri dan tidak perlu campur dalam urusan ini. Masalahnya, aku ni PA Akhdan, takkan aku nak duduk diam sampai tulang aku hangus mendidih sendiri?

"Polisi syarikat tak membenarkan mana-mana syarikat yang bersatu, menikam belakang antara syarikat. Jangan sampai hal ini, I panjangkan. I tahu your dad ada udang di sebalik batu. Better watch out. Selangkah you buat jahat, beribu langkah you akan terima padah from me. Jangan main dengan api kalau you sendiri tak pandai kawal api." Balas Akhdan panjang penuh dengan isi-isi yang aku sendiri tidak faham.

Tak apalah, asalkan aku faham hal yang Tengku Jabrar ini. Padan muka kau. Biar sampai mampus kau meringkuk dalam penjara. Baru kau tahu kau duduk dekat angkasa ke dekat tanah. Sekarang, baru nak hantar anak sebagai mangsa. Tak bertauliah langsung. Tak tahu lagi tu, balik-balik kena dekat dia je nanti.

Akhdan kembali duduk setelah ketegangan tadi dikawal dengan sebegitu mudah apabila mulut panas tetamu yang tidak diundang ini ditutup sekelip mata.

"Macam mana you boleh kata I tak pandai kawal api. Kalau you sangka I ni arang, sorry but your answer is wrong. Let me be your oxcigen and let the fire dertroy your life." Lagak dan menyakitkan hati.

Aku menarik nafas geram. Ketajaman mata aku memandang wajahnya tidak terkata ngilu. Sikit sahaja lagi, ada yang terjojol biji mata, aku korek nanti.

Akhdan kekal tenang. Tidak gerun walaupun seinci dengan kata-katanya. "Well done. Show me your telent Suraya Eva." Ujarnya sambil memeluk tubuh.

Mata aku membulat. Suraya Eva? Ini bukan Ikan Pari ke. Presiden kumpulan OverG yang paling aku menyampah.

Damn.

Kenapa aku tak cam muka dia? Adakah dia anak Tengku Jabrar yang ingin memperkosa aku?

Ish. Balik-balik, muka dia juga yang aku jumpa selepas bertahun-tahun hilang menyepi.

Aku menggigit bibir. Dunia bagaikan berhenti berputar tanpa diduga.

Bunyi gesekan tapak kasutnya dengan lantai semakin kuat apabila tubuhnya mendekati aku.

Matanya tajam memandang aku.

"Just like what I said to you before. Be careful with Akhdan. You tak kenal dia dan you mesti tak nak kenal dia untuk kali kedua." Sinis. Aku termangu. Mungkin betul atau mungkin tidak. Kalau dulu, apa yang dia pernah warning aku, semuanya betul. Akhdan orang yang sangat jahat dan tidak patut bergaul dengannya. Tetapi, sekarang, situasinya tetap sama ataupun hanya dusta yang dicetuskan?

"Kalau Allah sendiri takdirkan saya kenal dia buat kali kedua, itulah yang saya akan buat. Tapi kalau awak yang takdirkan, 100% I disagree with you. Ikan pari bisu berkata, hati-hati pandu kereta." Serangkap pantun aku hadiahkan untuk dia.

Malas aku nak layan. Kalau Akhdan pun tak nak layan kau, aku ni ha, besar tapak tangan, sikit pun aku tak nak tadahkan, pandai-pandai lah kau tadah sendiri.

ACID'SWhere stories live. Discover now