bab 20 (random chapter) chillex

72 6 1
                                    

"Saya nak berhenti kerja, dan Tuan F tidak berhak untuk menghalang saya." Ujar aku keras.

Aku sudah tidak menghiraukanlagi reaksi Tuan F dan Akak Lova di sisinya. Malah wajah Akhdan yang duduk rian ria di sofa sambil membelek telefonya juga aku tidak ambil peduli.

Tuan F hanya bereaksi tenang.

"Sal, you ambil balik fail yang Anas simpan dekat almari tu." Arah Tuan F lembut. Dia kemudian membetulkan duduknya.

"Irsa, keep calm and duduk."arahnya tegas.

Aku merengus geram.

"Look at Akhdan." Arahnya.

Aku ingin membantah, tapi bila melihat matanya sudah terjegil memandang aku, batalkan sahaja lah niat. Tak perlu pun aku nak pandang lelaki yang tidak kenal aku.

Aku memusing kepala ke si lembaga hitam itu. Wajahnya sangat beku, tiada sebarang reaksi terkejut pun dengan arahan dadnya.

Aku kembalikan wajah aku pada Tuan F. Wajahnya Tuan F kembali tenang.

"Awak kenal dia kan." Ujarnya.

Belum sempat aku mahu mengangguk, Akhdan terlebih dahulu menarik diri.

"Dad. I get out now. Too boring and waste my time." Ujarnya malas. Terus dia berangsur keluar tanpa mendengar respon 'dad'nya.

Tuan F hanya mengeluh panjang sebelum kembali kepada aku.

"Awak nampak perangai dia?" soalnya.

Akak Lova disebelahnya hanya berdiri tegak bersama fail di tangan.

"Kembalikan anak saya yang dahulu."arahnya tegas kemudian merampas fail yang berada di tangan Akak Lova tadi. Terkeluar semua helaian kertas di dalamnya.

Kesemuanya tertera nama aku dan tanda tangan aku. Api kemarahan naik melonjak. Perlu ke ugut aku dengan semua ni.

"Saya pendekkan tempoh perjanjian awak untuk berkerja dalam syarikat ini. Sepatutnya selama setahun, tetapi saya bagi selama 8 bulan. Selepas itu, awak bebas untuk keluar dari syarikat ini ataupun awak kerja sahaja di syarikat ini. Dan awak jangan lupa, gaji awak juga sangatlah besar berbanding dengan orang lain.

Perjanjian telah ditanda tangani,selepas sebulan awak bekerja, awak akan dapat boss baru dan bersesuaian dengan kerja awak."ujarnya panjang.

"Apa maksud Tuan F dengan kerja yang bersesuaian?" soal aku pelik.

"Well, gaji sebenar awak hanyalah RM5001 tidak termasuk bonus. Dan selebihnya adalah gaji untuk kerja sampingan awak." Ujarnya sangat menggeruni aku.

"kerja sampingan saya?" aku mengankat kening.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Aku tenung tasik di hadapan aku. Tenang dan tidak bergelodak. Walaupun ramai manusia sudah mencampakkan masalah mereka sendiri ke dalam tasik,tetapi, sedikit pun tidakdapat menubah kehidupan air di dalamnya.

Tidak seperti aku, dipergunakan. Jadikan aku mangsa untuk kembalikan anak dia. gadaikan maruah aku semata mata untuk mendapatkanRM10000. Kalau macam tu, baik aku jadi tasik. Menjadi saksi percintaan orang lain. Lagi mudah dan senang.

Aku tertekanlah. Ugut aku macam budak mentah. Menyesal aku puji orang tua tu melambung lambung hari tu. Akhir akhir, aku jadi kain lap dia. sanggup ke aku nak gadaikan maruah aku untuk RM10000? Teringat kembali saat saat gentir itu.

"Saya tak akan sesekali jatuhkan maruah saya!" aku berkeras. Bergema suara aku di setiap ruang bilik ini. Aku tidak bodoh untuk dapatkan duit seperti ini.

ACID'SWhere stories live. Discover now