Bab 37
Siling yang dilihat, hanya menjadi peneman aku sepanjang malam.
Subuh yang hening ini, berlalu dengan tangisan.
Surat letakan Jawatan dalam laci meja. – Irsa Daneen.
Itulah, mesej yang aku copy dan paste pada setiap mesej yang masuk. Orang pertama yang mesej, tentulah Akhdan. Kemudian Akak Lova. Selepas itu, aku terus mematikan telefon.
Aku menjenguk sekali ke rumah Akhdan.
"Kalau aku boleh masuk rumah tu, lama aku porak-perandakan rumah tu. Ish! Geram.
Selendang terus di sarung. Beg tangan terus ditarik lalu keluar dari dalam bilik.
"Nak pergi mana tu? Hari ni kan Ahad. Duduklah rumah. Sekejap lagi Aunty Maryam datang. Malam ni ada ceramah dekat surau. Irsa tak nak join?"soal mama sambil mengunyah kudap-kudap di ruang tama dengan Televisyen yang terpasang.
"Takpe lah. Irsa nak pergi Taman Botani. Lama tak hirup udara segar. Mama nak apa-apa tak? Alang-alang Irsa keluar ni."soal aku.
"Tak nak apa-apa pun. Cuma nak Irsa senyum sikit. Tak sanggup mama kena tegur dengan jiran 'Eh! Anak siapa tu macam cencorot lepas berpantang'." Usiknya.
Tawa hiba.
Aku hanya senyum paksa lalu keluar dari kereta.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
"Irsa!" jerit seseorang dari belakang. Mata aku yang tadi asyik memerhatikan kawasan taman ini beralih arah.
Aku terkedu. Wajah tiga orang yang sangat aku kenali ini, menapak mendekati aku.
Perlu ke aku lari? Tak payah kot. Aku bukan buat salah.
Eh! Tapi, memang aku buat salah besar sekarang ni.
Tidak sempat aku mahu menoleh kea rah bertentangan, Izriel pula memanggil aku.
"Irsa!"
Mereka terus mendapatkan aku.
Wajah Akak Farr, Encik Boss Anas dan Izriel menampakkan kelesuan.
"Akak. Maafkan Irsa, akak." Ujar aku tanpa perlu menunggu apa-apa kata yang keluar dari mulut Akak Farr.
Terus aku mendakap tubuhnya yang sedikit kejung.
"Tak apa,Irsa. Sekarang ni, akak nak tanya. Kenapa akak Call Irsa, Irsa tak angkat. Mesej tak balas."
"Irsa matikan telefon. Dah lah akak. Irsa tak nak terlibat lagi dengan keluarga akak. Irsa malu." Rayu aku.
Muka aku, diangkat memandang Encik Boss Anas pula.
"Maafkan saya, Enik Boss. Saya tak sempat nak stop-kan hal tu. ia berlaku di luar jangkaan." Rayu aku lai.
Anas hanya mengangguk perlahan. Entah maafkan, atau tidak, wajahnya yang lesu tetap tidak berubah.
"Irsa ikut akak ye. Dad dekat hospital. Heart attacked lepas je hal video tu." Pujuk Akak Farr.
Jantung aku berdegup kencang. Aku dihuni rasa bersalah. Ya Allah! Kalau lah kerja gila tu, aku tak buat, taka dnya berlaku telur di hujung tanduk macam ni. Sadisnya.
"Tak apalah akak. Irsa tak nak. Nanti Irsa akan jumpa Akhdan, tak pasal-pasal ada gorilla mengamuk nanti." Ujar aku dengan ayat yang hujung diperlahankan.
"Tapi Irsa tak kesiankan dekat Dad?"soal Akak Farr lagi.
"Irsa yang buat dia macam tu akak. Siapa yang tak rasa bersalah."balas aku dengan jelas dan suara sedikit bergetar.
YOU ARE READING
ACID'S
Romance𝘗𝘢𝘯𝘤𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘤𝘪𝘯𝘵𝘢 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘮𝘢𝘵𝘢 𝘩𝘪𝘵𝘢𝘮 ••••••••• Akhdan Carlos x Irsa Daneen "Dia ni gila!'' Suara aku bergetar mengungkap kata-kata itu. Puas hati aku. Setelah lama aku bersabar, tiba juga waktu yang paling sesuai. Wajah pelaja...