bab 21

67 4 0
                                    

"Waalaikumussalam." Ujar Mama perlahan dan terkejut.

"Segaknya!!!!!!!" jerkah mama. Amboi. Ini nak buat bakal bapak tiri aku ke apa ni.

Tersengeh-sengeh mama memandang Akhdan. Ish orang tua ni. Ada yang tidur tak berpinggang malam ni karang.

"Makcik. Saya Akhdan." Ujarnya lalu tersenyum manis. Aku dah tau dah. Senyuman tu palsu. Mana ada orang senyum macam monyet kalau ikhlas. Makin laju aku mengacau air. Geram geram.

"Awak. Ini anak yang bongsu ke. Sama handsome lah dengan Anas." Ujar mama. Habis ditiliknya muka Akhdan.

Naik hijau muka kau,Akhdan. Kahkahkahkahkah. Itulah. Berani sangat nak menapak dekat mini Africa ni.

" Ye. Anak bongsu saya, akak. Yang ni mungkin akak tak pernah jumpa lagi. Dia ni lah yang tukar tempat kerja dengan Anas tu."ujar Aunty Maryam.

Akhdan kembali dengan wajah beku. Entah dekat mana segaknya pun tak tahu. Aku anggap jelah dia puju pakcik pengawal pencen dekat sebelah rumah ni.

"Irsa!!!buat air tu, cepat sikit. Karang ada yang melepas karang." Jerit mama pula.

"Haaaa. Nak siap dah." Ujar aku lalu mempercepatkan pergerakan.

Ketika aku mahu berjalan menuju ke ruang tamu sambil membawa air, mama tidak habis habis tersenyum macam kerang terlebih masak. Aikk. Kena sampuk ke?

"Kenapa mama tersenyum ni. Ada cili ke dekat gigi mama?"soal aku lalu menilik giginya. Ringan sahaja tangan aku mendarat di mulutnya.

PUK. Mama memukul lebut tangan mulus aku.

"Apa pula cili. Mama nak senyum pun tak boleh?"soalnya kemudian memncungkan bibir sebelum menghadap Aunty Maryam dengan lembaga hitam itu.

Aku menggelang. Tuang air lagi bagus. Tengok gigi pun salah. Yang dok tersengih buat apa. Ingatkan ada perjumpaan dengan doktor gigi.

Tuang tuang tuang. Sampai dekat giliran Akhdan untuk aku hidangkan air.

Erhgg. Tuang lah sendiri. Bukan kudung pun. Cuma tang mulut tu je cacat sikit. Tak reti langsung nak senyum.

"Irsa! kenapa tak tuangkan air kepada Akhdan?" soal mama.

"Air habis." Ceh. Jawapan professional konon. Padahal. Jantung dah berdeup kencang. Bukan sebab terpesona. Sebab takut air tak masuk dalam cawan, air liur mengalir bak air terjun.

"Kamu buat air berapa sudu sampai boleh sikit sangat?" soal mama lalu merampas jag termos di tangan. Digoncang perlahan jug itu.

"Banyak lagi. Sudah. Kalau kamu tak nak tuang, biar Mama yang tuang. Sambil sambil tuang, boleh menikmati keindahan alam." Ujar mama pula.

Berubah reaksi aku termasuklah Aunty Maryam. Dapat seteguk air liur percuma untuk kami. Akhdan hanya mendiamkan diri. Tiada reaksi langsung. Membatu.

Selesai, makan tenagh hari, mama dan Aunty Maryam kembali ke sofa di hadapan televisyen. Rancak berborak sampai pinggan ni pun tak dipedulinya. Aku juga yang kena angkut segala anak mak pinggan ni.

"Eiiii. Kalau aku ada duit. Sepuluh mesin pencuci pinggan pun aku sanggup beli. Adoi. Lutut pun nak tercabut dah ni." Aku menggoyang-goyangkan kaki.

PUK!

Entah dari mana, tiba-tiba ada balak pula belakang aku ini. Aku mengomel.

Dengan tangan yang basah lencun, terus aku memalingkan wajah.

"Tandas dekat mana?" soal Akhdan.

Kecil besar kecil besar aja aku pandang dia ni.

"Pintu tandas punya lah besar gedabak sebelah aku ni, pun buta. Ada yang kena lumur dengan sunlight ni." Aku berbisik perlahan.

ACID'SWhere stories live. Discover now