bab 19

58 4 0
                                    

Ruangan dalam hotel ini tidak nafikan kecantikannya. Kesemua perabot disusun dengan terapi bagi kelihatan megah. Belum termasuk lagi dengan ruangan Lobby yang mampu mencecak jutaan ringgit.

Sungguh orang kayangan sahaja yang mampu menempah slot di hotel mewah ini. Pelayan tetamu juga disediakan dengan uniform black tie. Ini kalau salah pandang ni, ada yang ingat diaorang tu lah VVIP.

"Datin. Dah habis teater ke?" soal Akak Lova. Dengan gayanya yang sangat berbeza. Bagai bulan dipagari bintang apabila ramai tetamu lelaki yang sama segak sama pandan mendekatinya.

"Dah. Ini bila encik boss dengan tuan F nak datang ni. Nak tunggu sampai black out baru nak datang ke?" soal aku. hampir setengah jam aku menungu ketibaan tetamu kehormat. Kaki ni dah mula lenguh lenguh. Muka pula dah berapa kali aku touch up. Tak menjelma juga.

"Kamu ni. Mulut tu jangan pasar sangat. Kita dekat majlis formal. Sambil makan pun kena senyum tau." Ujar Kka Lova.

"Dah tu. Kita tak boleh kunyah lah ni. Kita makan bubur ke kak sampai tak boleh kunyah?" soal aku lagi. Ini majlis perpisahan Encik Boss Anas ke majlis makan orang-orang tua?

"Kamu ni terencat ke. Baru dapat pakai gaun mahal, dah lupa lumrah kehidupan? Bukan maksud akak tak boleh kunyah. Maksud akak, kita kena ada adab bila ada dalam majlis besar. Barulah kita dapat tunjuk contoh terbaik untuk menaikkan saham syarikat ni. Itu pun blur." Akak Lova menggeleng lemah.

" Tak ada lah akak. Saya tanya ni sebab, waktu saya dekat Jepun dulu, mana ada orang yang datang lambat. Semua on time. Itu yang majlis berjalan lancar." Aku memerli. KAHKAHKAHKAH.

"Itu lah. Akak pun sabar je ni. Kalau tak sabar ni, dah lama akak gunting langsir ni buat tambah kain gaun akak." Balasnya pula.

Masing-masing gelak demi mengisi kesunyian.

Tiba-tiba, satu suara menerjah kegembiraan kami.

"Akak. Depa dah sampai." Ujar Botak sambil termengah mengah.

"Kau ni botak. Tak reti betul nak chillex. Aku yang dah tua ni pun, tenang aja." Kutuk Kka Lova.

Botak menayangkan wajah tidak faham. Hanya kepala yang berfungsi tertolek ke kanan ke kiri.

Tidak lama kemudian,wajah EBA yang segak bersama Tuan F diiringi Aunty Maryam dan Kak Farr.

Masing masing memaparkan wajah bangga. Ceh!!! Aku yang macam cencorot ni akan tuntut bayaran saguhati esok.

"Assalamualaikum Tuan F dan Encik Boss. Mari saya tunjukkan jalan." ujar Akak Lova penuh formal.

"Chill je. No need to be too formal. Ini majlis saya. Just have fun." Pintas Anas.

Akak Lova hanya mengangguk sahaja. Senyumannya tetap beriringan dengan kebahagiaan.

"Itu yang dekat tepi langsir tu, tak nak jemput kami ke." Ujar Anas.

Bergelodak kemarahan aku. Nasib baik Akak Farr terus mencubit lengan suaminya. Aku menggit bibir. Sabo sabo.

"Mummy. Mummy." Jerit suara riang dari belakang Akak Farr.

Alah comelnya anak-anak Akak Farr ni. Pertama kali tengok ni, pasti cair meleleh!!

Akak Farr meletakkan jarinya ke bibir memberi arahan berdiamkan diri.

Mereka hanya mengangguk perlahan manakala ramputnya ala ala helmet terangkat angkat ketika mengangguk.

Apabila aku memaling kambali ke wajah Anas. Menyirap darah aku. Boleh pula dia tunjuk bibirnya. Apa tebal sangat ke bibir aku. lipstick pun aku pakai warna yang cair. Tak sanggup aku nak sangkut bibir aku dekat pintu masuk hotel.

ACID'SWhere stories live. Discover now