Hari ini hari yang bersejarah buat Adeena.
Kenapa?
Sebab hari ini dia bertunang guys.
Ber.Tu.Nang!
Akhirnya penat lelah Harris mengayat Adeena berhasil. Murung setahun la Mona kat pejabat tu.
"Terima kasih sebab sudi terima anak mama." Ucap Puan Maliyah, ibu kepada Harris setelah selesai menyarungkan cincin pertunangan.
"Sama-sama mama. Terima kasih juga sebab terima Deena masuk dalam keluarga mama." Balas Adeena. Tiada yang lebih bersyukur daripada diterima dan direstui oleh ibu bapa dalam sesuatu hubungan.
"You are perfect sayang. Macam mana mama tak terima. Cantik sangat. Patutlah anak mama tak sabar-sabar nak buat majlis." Usik Puan Marliyah. Sesungguhnya bakal menantunya itu sangat cantik orangnya.
Selepas selesai upacara menyarung cincin, adik-adik perempuam kepada Harris datang menyerbu ke arah Adeena untuk sesi bergambar. Tak sabar nak dapat kakak ipar.
Yahuu!
Happy!
Tak lupa juga satu gambar bakal kakak ipar diambil kemudian dihantar kepada si abang yang sedang menunggu di dalam kereta. Kesian tak boleh ikut masuk sekali. Mama tak kasi. Ahaks. Padan muka.
Kedua-dua belah pihak bersetuju majlis akad nikah dan persandingan akan dibuat lagi 3 bulan dari sekarang. Itupun permintaan daripada pihak lelaki juga yang inginkan majlis lagi tiga bulan. Almaklumlah bakal pengantin lelaki dah tak sabar nak menunggu lama-lama. Talut dikebas orang katanya.
"Harris tak datang sekali ke?" Soal Puan Maryam, ibu kepada Adeena apabila kelibat bakal menantunya itu tidak kelihatan dimana-mana.
"Eh! Datang. Ada dalam kereta tu ha." Balas Puan Marliyah.
"Laa kenapa tak masuk? Malu?"
"Kalau ikutkan dia memang nak masuk kak Yam tapi saya tak bagi. Saya kalau boleh datang sini pun taknak dia ikut sekali tapi kata dia takut sesat lah apa lah. Biar dia tunjuk jalan lah so syaratnya kak Yam nak ikut boleh tapi duduk la dalam kereta tu haa jangan nak mandai-mandai keluar. Bertunang ni tak perlu bakal pengantin lelaki. Tak gitu kak Yam." Seloroh Puan Marliyah buat yang ada disitu juga tersenyum.
"Haha.. Iya la tu tapi orang sekarang tak ada dah ikut adat macam tu. Bertunang pun sekarang dah macam bersanding."
"Betul la tu Kak Yam. Itu yang saya berkeras jugak taknak dia ikut tapi hmm tak jalan. Orang muda zaman sekarang kak Yam." Balas Puan Marliyah lagi.
"Pi la panggil dia masuk. Kesian jauh-jauh dari KL sampai Perak tapi tak boleh masuk. Masuk makan isi perut pun jadi lah buat pengubat bakal pengantin lelaki. Eh! Banyak pula sembang kita. Jemput la makan semua ya. Lauk kampung je." Ajak Puan Maryam.
YOU ARE READING
Demi kamu
RomanceOrang kata bila lelaki dan perempuan berkawan baik pasti salah seorang akan menaruh hati kan? Begitulah juga dengan situasi Nur Adeena dan Zaim Amsyar. Adeena memendam perasaan cintanya terhadap Zaim seorang diri apabila terang-terang Zaim menghad...